Friday, October 8, 2010

Jumaat yang indah

Di hari Jumaat penghulu segala hari ini, ku seperti biasa melakukan rutin harian. Berblog untuk diari ini baru saja kumulakan pada hari ini...sebelumnya, hanya berada di fikiran dan hati sahaja.



Harini mak masak apa agaknya...mak semenjak ketiadaan abah, dia sendiri pun telah berteman...Akma Rozanna, anak Pak Ngah ku telah dipelihara oleh mak sejak berusia 11 hari. Kelmarin (6.10.2010) harijadi Akma...tapi tak sempat nak shoot gambar dia...ni gambar dari album simpanan saja.

Selamat Harijadi Akma...yang pertama...Semoga menjadi anak yang solehah.


Pagi tadi, gula-gula hati kami yang sentiasa menghiburkan itu sempat main-main dengan Akma...mengekek dia gelak...Aleesya yang dah boleh berjalan tu terkejar-kejar Akma yang masih merangkak walaupun usia dah masuk setahun. Sangat syomel mereka berdua...indahnya hidup dikelilingi pari-pari kecil.


.

.

.



No comments:

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)