Friday, December 30, 2011

Si darah manis tunangan orang

December 30, 2011 6 Comments
Musim cuti sekolah ni banyak betul undangan perkahwinan. Tiap kali weekend tapayah nak masak dah, memang makan nasik minyak aje.


Dua minggu lepas, my niece Rozalyn bertunang dengan pilihan hatinya Hafiz. Date 17|12|11 tu bersempena bufday my niece. So, 2 in 1 lah majlis tu. Adik bertunang dulu baru kakak, kira melangkah bendul la ni. Tak kesahlah kan, asalkan bertunang. Sape dulu sape kemudian takde hal lah. Kakak diye Rosebel coming soon bulan depan.


Okeh, mari kita layan pixcas.



Hantaran dari pihak perempuan
5 berbalas 7 *blue, white, silver theme*
Pot pouri, cincin, apam polkadot


Buah-buahan, sirih junjung, cekelat, cupcakes





Sebelum rombongan pihak lelaki sampai we olz berphotoshoot dulu
Introducing my brother in law wif her wife Kak Jasmeen
*Both adalah muallaf*
Baby 8 months yang sangat adorable dan tak banyak ragam tu pula namanya
Puteri Azmira

Congrats to both sebab kak Jasmeen sekarang preggy lagi
Twin baby



Aleesya wif her new hairstyle *ayah punye keje*
Kusyuk layan kartun mickey mouse



Minum lilo duluuuu
Kaki syomel sebelah tu Akma
Baru nak amek gambar diye dah start cranky sambil golek-golek cari Tok
Akma tak biasa orang ramai


Perbincangan bermula
Menetapkan tarikh, hantaran dan sebagainya
Mama dengar sket je sebab Aleesya dengan Akma mula cranky
Ayah bawa Aleesya turun duduk kat khemah


Cincin menandakan sudah berpunya
Congrats!



Tok Aleesya dengan Akma sedang menikmati hidangan nasi beriani







Lyn wif her sister Puteri


Hantaran dari pihak lelaki



Sebenarnya banyak lagi gambar nak hapload, tapi tenet sangatlah siput. Nak buat satu entri ni pun ambik masa 3 hari nak hapload gambar. Makanya, mama mengucapkan Selamat Bertunang untuk Rozalyn & Hafiz...selamat menjalani alam pertunangan.



Futnot: Al-Fatihah untuk arwah kakak. Anak-anak kakak bakal menjalani fasa baru dalam hidup. Semoga mereka bahagia selalu.


Photobucket

Tuesday, December 20, 2011

Pepatah orang lama

December 20, 2011 2 Comments
"Ingat baik orang pada kita, jangan ingat baik kita pada orang.

Ingat jahat kita pada orang, jangan ingat jahat orang pada kita"

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.


Futnot: Kata-kata diambil dari bos.


Photobucket

Monday, December 12, 2011

Doa ibu sama seperti doa Nabi kepada umat-Nya

December 12, 2011 2 Comments
Ibu mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah sama seperti kasih sayang Nabi kepada umat-Nya. Ibu juga tak akan mendoakan keburukan kepada anaknya walaupun anaknya selalu melakukan kesilapan.

Nabi bersabda:

"Doa orang tua untuk anaknya sama dengan doa Nabi untuk umat-Nya". (Hadis laporan ad-Dailami)

Sentiasa doakan kebaikan untuk anak-anak kerana ibu dianugerahi banyak kasih sayang dalam hatinya. Orang yang mempunyai banyak rasa kasih dan sayang, mudah dimakbulkan doanya. InsyaAllah.


Photobucket

Friday, December 9, 2011

MASA...jangan cepat sangat bergerak plis!

December 09, 2011 10 Comments
Sekejap je dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu sama juga dengan cepatnya Aleesya membesar.


Masih terngiang-ngiang di telinga mama suara comel yang pertama kali mama dengar sewaktu kelahiran dia. Masa tu hati mama terdetik, gurl agaknya anakku. Walaupun scan boy tapi naluri hati seorang ibu tu lebih kuat mengatakan gurl. Patut la masa preggy mama suka sangat melaram, mekap, beli baju mengandung macam-macam pesen.


Nah! sekarang dah terjangkit kat Aleesya, kuat melaram! Blusher, perfume, compact powder sume die nak pakai. Lepas pakai perfume, die suruh mama cium tangan die. Wangi sangat la yayang :). Tapi lagi wangi bau kamu masa baby. Bauan baby kan bauan dari syurga.


Dah big gurl anak mama & ayah
Makin banyak akalnya juga


Masa memang tak pernah menunggu kita yayang. Saat Aleesya membesar kalau boleh mama nak jaga Aleesya sendiri. Kalau boleh mama nak sentiasa kamu ada depan mata mama. Walau sepenat mana pun mama akan puas hati dapat menjaga kamu. Tapi tak sume kita nak kita dapat kan yayang.


Bila Aleesya dah besar nanti, Aleesya kena baca semua ni tau. Ada masa mama tulis ni dalam perasaan yang gembira, adakala sedih, adakala tensi. Macam-macam perasaan. Nanti Aleesya dah besar, Aleesya fahamlah apa ertinya kehidupan. Bukan sekadar dapat toys dan hepi je, dan bukan juga menangis kerana nak shushu atau ribena saje. Ada macam-macam sebab dan keadaan kenapa kita gembira dan sedih.


Yang penting kita kena redha. Ubat terbaik untuk hati ye nak yea.

Jangan berhenti melangkah walaupun jatuh tersungkur
Jangan pernah putus asa dengan dugaan hidup

Kenapa Allah bagi kita dugaan?
Sebab Allah sangat sayangkan kita
Allah mahu kita cepat menyedari kesilapan kita

Walaupun kita selalu lupakan DIA, tapi Allah tetap memaafkan kita
Buktinya Allah tetap bagi kita rezeki yang melimpah ruah



Anakku
Kamu perlu tahu bahawa


Mama dan ayah sayang kamu sangat-sangat
*Peluk kamu kuat-kuat*



Photobucket

Tuesday, December 6, 2011

Jom tengok Vespa comel di Jambori Vespa 1 Malaysia 2011

December 06, 2011 6 Comments
Dah berkurun dah pegi Jambori ni baru dapat hapdate. Jambori ni berlangsung 2 bulan lepas. Kebetulan je masa tu pegi Tasik Titiwangsa di malam hari, tengok-tengok ada Jambori Vespa. Jom tengok apa yang menarek tertarek kat situ.


Jambori 1 Malaysia 2011
Sume negeri kat Mesia join jambori ni
Paling ramai rasanya dari negeri Perak, sebab lalu je dengar loghat Perak
Kejor Yob kejor



Aleesya macam pelik sket tengok nape banyak sangat motor sepesen camni



Okey, jom kita tengok vespa-vespa yang syomel-syomel belaka


Rasa dah macam kembali ke zaman mak abah mama time baru-baru kawen dulu pulak
^_^




Lama dah tak tengok vespa ni
So cute!




Antara vespa menarik yang dah di cat semula
Nampak macam baru




Sang Penyu
Jauh tu dari Terengganu

Ada mama tengok, sampai je kat Jambori dah rosak, merepair sakan la kat situ
Berjalan jauh sangat kot








Merahnyeee mak ngah :D




Tengok la mata Aleesya pandang mana
Memang feminat kasut
Dalam rumah pun nak pakai kasut bajet duduk London agaknye



Pelbagai jenis spare part ada dijual
Dah berkonvoi vespa jauh-jauh kan
Kalo tercabut pape bole terus repair



Bila tengok dressing derang
Terasa macam kembali ke zaman 60-an



Okeylah jom kita balik
Vrooomm!



Monday, December 5, 2011

Lirik Lagu Pendam -Shahir

December 05, 2011 4 Comments
Mama suke sangat videoclip lagu Shahir ni. Macam penah tengok je jalan cerita dalam videoclip ni. Seorang lelaki selalu pegi beli CD. Then gurl yang jual CD tu selalu letak surat dalam CD tu. Tapi lelaki tu tak penah baca. Bila lama lelaki tu tak datang beli CD tu, gurl tu pegi cari. Baru gurl tu tau lelaki tu meninggal sebab ada sakit. Sebenarnya lelaki tu pegi beli CD tu semata-mata nak jumpa gurl tu je. Touching gak tengok videoclip ni.


Lirik Lagu Pendam -Shahir

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta



P/S: Sekadar lirik semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia :)

Hantaran hati...Reuse & recyle

December 05, 2011 0 Comments
Lama betul mama tak berblogging. Bercuti-cuti belog sementara. Apa sebabnya bercuti tu jom kita layankan picture di bawah.



Bekas pot pouri




Bekas cincin




Bakul buah



What? Aleesya nak bertunang? No. no. no. My niece yang nak bertunang 17.12.11 ni *sempena date bufday dia juga*. Mama tolong buatkan hantaran ni guna barang-barang recyle juga. Bunga-bunga tu bunga yang mama guna masa bagi hantaran kawen kat ayah Aleesya. Tiga tahun dah umo bunga tu tapi masih elok lagi sebab simpan dalam kotak.


Mama cuma buatkan tapak hantaran dan bakul tu je. Hehe senang je dalam 2 jam dah siap, sape-sape pun bole buat :D. Pastu bekas potpouri dengan bekas cincin tu my niece beli kat Sayang You. Beli yang jenis tu senang, tapayah hias reben-reben bagai.


Bakul buah tu pulak, bakul yang ayah Aleesya bagi mama masa kawen. Mama tukarkan reben dan bunganya. Bunga asal warna merah putih *tema ayah bagi masa kawen*. Senang banget kejenya, letak manik-manik sket dah siap.


Alas dulang hantaran pulak combination alas dulang ayah dengan alas dulang mama. Alas dulang mama dulu pelapik dalam kaler ijo pucuk banana.


Lagi 4 hantaran adalah sirih junjung *my niece buat sendiri coz mama tak reti buat*, cupcakes *dah tempah online* tema bunga dan rama-rama warna biru, putih dan silver, apam polkadot warna biru putih mama dah tempah kat kawan mama dan lagi satu cekelat. Hantaran makanan tu dekat-dekat nak hari langsung baru ambik. Tinggal letak bunga yang seragam macam kat atas tu je.


Senang kan, guna je balik barang apa yang ada. Jimat. Lagipun barang-barang tu seme kalo tak guna balik mama nak buat ape eh? Nanti lama-lama rosak juga.


Untuk Rozalyn, Selamat Bertunang in advance dari Cu sefamili.



Photobucket

Monday, November 21, 2011

Jalan-jalan cari idea dekorasi bilik Aleesya

November 21, 2011 4 Comments
Ni yang mama malas bila lama tak berbelog ni. Bila nak mula berbelog balik, berejam depan pc, idea tak mai. Okeh kita layan gambar ajelah yea. Gambar ni mama amek kat Ikea semalam. Tengah cari idea decorate bilik Aleesya, tapi ya ampunnn...dalam bilik Aleesya banyak nau barang-barang yang nak kena buang. Nak kena sort dulu apa yang tanak pakai lagi. Rumah we olz kan mini je, makanya tak bole nak simpan-simpan barang. Kalo tak jual kat mudah, terpaksa la say good bye je walaupun masih sayang.



Dunia kecil kanak-kanak
Meja makan pun syomel
^__^




Okey jom kita tengok pulak contoh dekorasi untuk bilik si syomel pulak ye
Memang sangat kiut, macam bilik 7 orang kerdil dalam citer Snow White ;)



Sape kata kalo anak gegurl kena beli sume pinky je
Tengok
Kombinasi kaler blue, green dan pink jadi sangat menarik kan
Memang suke sangat dengan Mammut Series ni




Almari dan set meja kerusi kaler pink
Siap ada daun keladi lagi





Eceh...eceh...
Gaya ala-ala kena soal siasat dengan pegawai polis je :P





Ni bilik lain pulak
Tantek juga kaler putih sume
Tapi mama lagi suke design mammut series tadi sebab kalerful



 Kabinet syomel




Walaupun bilik ni sempit
Tapi kalau kena gaya, macam-macam perabot bole letak




Ni bahagian sudut bilik yang sama
Ada white board dan kerusi malas syomel
Sangat kiut, sampai harini teringat lagi kerusi ni
Tapi ayah tak bagi beli :'(




Bilik ni pun nice juga
Nak jimat ruang bole guna katil 2 tingkat
Satu bilik bole tido 4 orang kids



Mama dapat snap pixca di atas pun sebab Aleesya leka main slide ni
Sampai taknak balik okeh





Abes cuci-cuci mata we olz pegi mamam-mamam, pastu together-gether hantar ayah pegi kelas
Ayah tuang kelas, masuk kelas setengah hari je.
Tiap-tiap minggu muka wanted :D



Photobucket