Tuesday, March 29, 2011

Bayi saya jatuh, tapi ok...

March 29, 2011 12 Comments
Mama share info ni dari blog Dr. Muna.


Cerita kawan:
Baby aku jatuh. Wife tergelincir semasa mendukung baby. Baby nangis straight away selepas jatuh. Cuma ada benjol di kepala tapi baby aku ok je. Doktor dah periksa, cuma kata observe 24 jam di rumah aje.



Contoh cerita lain,
Baby saya jatuh dari buaian lebih kurang setinggi 2 kaki. Baby saya kuat, tak nangis pun. Tak bawak pun gi klinik sebab nampak ok.


Ini adalah cerita yang biasa kita dengar di sekeliling kita. Mungkin juga pernah berlaku di dalam keluarga sendiri. Begitu juga keluarga saya.



Ada banyak isu yang boleh dibincangkan di sini:

1. Pengetahuan perubatan (medical knowledge) di kalangan ibu bapa dan sejauh mana mereka tahu untuk memeriksa tahap kesedaran bayi mereka.

2. Definisi “ok” oleh ibu bapa serta apa impaknya bayi yang tidak menangis selepas jatuh.

3. Panduan terbaru tentang keperluan imbasan CT otak CT Brain scan) di dalam isu kecederaan kepala di kalangan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun.

4. CT scan VS No CT scan in view of imaging radiation. Kesan radiasi imbasan otak.

Dalam seminggu ini, terdapat 3 kes di mana bayi kurang dari umur 3 bulan terjatuh telah datang ke Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM. Kesemua tidak mengalami kecederaan dan mereka boleh diklasifikasikan sebagai Mild Head Injury.

Bayi pertama dan kedua tidak kami lakukan CT brain tetapi mereka telah dimasukkan ke dalam wad Neurosurgery untuk pemerhatian. Semasa saya mengendalikan 2 kes ini, saya sekadar berdiskusi dengan pegawai perubatan yang senior di Jabatan Neurosurgery.

Kes ke 3, bayi berumur 2 bulan jatuh dari sofa setinggi 2 kaki. Bayi hanya diam dan tidak menangis sejurus jatuh. Bayi cuma mengalami lebam biru di dahi (bruises). Kemudiannya bayi menyusu dan tidur seperti biasa.

Pada mulanya, kami mengambil keputusan untuk tidak melakukan CT Brain. Tetapi semasa ward round bersama pakar kami iaitu Dr Faizal Amri, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT Brain scan walaupun pemeriksaan bayi nampak normal.

Penerangan yang diberi oleh Dr Faizal ialah, bayi kurang dari 6 bulan pada kebiasaannya akan tidur banyak. Memang sukar untuk memerhatikan tahap kesedaran mereka (GCS monitoring) pada sekitar umur ini.
Ketinggian itu juga adalah 2 kali daripada ketinggian atau panjang bayi. Maka ia adalah ketinggian yang siknifikan.

Bayi juga tidak seperti orang dewasa, otak mereka tersangat sensitif lagi fragile dengan sebarang hentakan.
Bayi ini juga dikatakan tidak menangis selepas jatuh, dia hanya terdiam seketika. Dengan bahasa perubatan, bayi tersebut telah mengalami hilang kesedaran sementara (loss of consciousness).
Sebarang tanda-tanda neurologi adalah simptom yang lewat.
Radiasi CT Brain hanyalah sekali dan tidak memberikan impak yang besar berbanding keperluan utama untuk memastikan tiada kecederaan otak.


Untuk memastikan lagi kata-kata Dr Faizal tadi, maka di sini saya nyatakan kajian terkini oleh pakar kanak-kanak di London di mana mereka mengambil 347 kajian (research studies) yang pernah dilakukan kemudian mereka banding dan membuat kesimpulan daripada kesemua kajian-kajian ini.
http://www.bestbets.org/bets/bet.php?id=238


Kesimpulan daripada perbandingan semua kajian ini ialah:
The emergent imaging of children with minor head trauma remains conflicted between the need to differentiate ICI versus minimisation of radiation exposure to a large number of young brains. The consequences of ICI in otherwise clinically normal children who have had a head injury remain unclear. Up to 8% of children with a GCS of 15 following head injury will show radiographic ICI on brain CT (Boran), up to almost half of these may receive neurosurgery or be offered prophylactic anti-convulsant therapy. Ten prospective studies representing more than 10,000 children with minor or mild head injury clearly demonstrate that intra-cranial injury occurs in the absence of altered GCS and/or focal neurology. It is also clear that an improvement of GCS to 15 does not mitigate against ICI (Murgio). Interestingly LOC of less than 5 minutes or amnesia with no other findings has been shown to be low risk for ICI (Palchak) Two papers show those infants who have no focal signs and no altered mental state but have a significant scalp haematoma are at increased risk of ICI. There appears to be a stronger association of ICI with non-frontal haematoma and the younger end of this age spectrum. Clinical or radiological evidence of skull fracture is also shown to significantly increase the risk of ICI. Direct evidence supporting mandatory scanning in coagulopathic children is limited.
There is no study which adequately differentiates on clinical grounds those children with mild head injury who require intervention from the majority who can be managed conservatively. All head injured children who have a GCS of < 15 should undergo cranial CT. In order not to miss surgically important brain injuries all children GCS 15 with a head injury and a history of >30 seconds of LOC or clinical findings of amnesia, drowsiness, persistant vomiting, skull fracture or focal neurology should also have a brain CT. Asymptomatic infants less than two years of age who have head injury and a scalp haematoma or are suspected to have recieved NAI should also undergo cranial CT. Although the evidence is limited there should be a low threshold for imaging children with coagulopathy and head injury.


1. 8% dari kanak-kanak yang mengalami kecederaan kepala yang mempunyai tahap kesedaraan yang penuh menunjukkan Intra cranial injury (ICI) di dalam CT scan. Separuh dari jumlah ini memerlukan pembedahan otak. 8% ini bersamaan dengan lebih 10,000 orang kanak-kanak.

2. 2 kajian menunjukkan kanak-kanak (kurang dari 2 tahun) yang mengalami lebam atau benjol di kepala walaupun pemeriksaan yang lain termasuk tahap kesedaran adalah normal, berisiko untuk mengalami intra cranial injury (kecederaan otak).

3. Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan perbezaan di antara keperluan 24 hour observation vs CT Brain. Namun, untuk tidak terlewat mengambil tindakan, adalah disarankan semua kanak-kanak, mestilah dilakukan CT brain apabila pemeriksaan menunjukkan tahap kesedaran yang normal tetapi mempunyai hilang ingatan (loss of consciousness) lebih 30 saat, kelihatan mengantuk atau muntah-muntah.

4. Ct brain mesti dilakukan kepada semua kanak-kanak kurang dari umur 2 tahun yang mengalami benjol di kepala walaupun pemeriksaan neurologi yang lain normal.



Kredit: Doktor Muna






Siaran tergendala...

March 29, 2011 10 Comments
Dah beberapa hari siaran belog ni tergendala.






Inilah penyebabnya


.

.

.


1) Bizi melayan pwinces and king

Trauma mama tak hilang lagi ni
Aleesya jatuh dari troli sopeng



Citenye macamni, masa mama tolak troli, aleesya berlari ke depan. Tak terbrek, terus buat samersop. Jatuh! Mama dah panik cepat2 angkat diye, urut2 belakang diye. Makcik kat depan tu pun kata diye tak sempat nak sambut. Sekelip mata. Pheww...takut kalo jadi pape. Alhamdulillah setakat ni diye sehat. Semoga Allah lindungi kamu anakku.







2) Bizi melayan customer kat fesbuk shop


Pixca rasmi butik online Baju Babyku Babymu


Bila publish baju baru je memang agak kalut sket. Nak jawab komen kat fesbuk, nak angkat fon, nak SMS, nak check payment, nak check code, size lagi. Nak buat invoice lagi. Tak bole terlepas pandang, buatnya customer order laen, antar laen dah susah. Memang perlu komitmen tinggi kat situ, siang malam tak totop kedai.











3) Keje opis lagi, keluar lagi, etc...etc...etc...

Dah lama dah tak turun site
Projek dah siap






Alangkah beshnya kalo jadi fulltime mommy








Mesti Aleesya bole maen kat sini hari-hari








Tiap kali mama antar pegi skool mesti titon







Alek dari skool mesti cakap ehhh....ehhh...ehhhh...
Tunjuk peti cejuk

2 botol vitagen, 3 yogurt *abes licin*








Syomot!








Deswai belog ni, macam tak bertuan umah je sejak akhir-akhir ni






Saturday, March 26, 2011

Ayat Pendinding

March 26, 2011 13 Comments
Assalamualaikum...


Mama nak share doa yang mama rasa patut kita amalkan iaitu doa pendinding. Kita sebagai hamba-Nya kadang-kadang tidak berupaya untuk menyelami hati dan niat orang yang berniat jahat terhadap kita atau apa-apa musibah yang akan menimpa kita. Oleh itu selain daripada berusaha kita juga digalakkan berdoa. Marilah kita mengamalkan doa ini.













Thursday, March 24, 2011

Let's style your babies and kids

March 24, 2011 9 Comments
, onTajuk belogshop mama tuh. Biasanya mama selalu hapdate fesbuk shop je, sebab yang tu cepat, pantas, tuntas. Maklum, mama buat biznez tu part time je...mana nak buat keje opis lagi, nak hapdate belog lagi, nak fesbuk lagi kan...hehe macam-macam nak buat kekadang fening jugak. Tapi kalo dah minat, apa pon bole. Kena curi-curi masa.



Okeh, merujuk kepada nama butik online mama...Baju Babyku Babymu. Masa mama blom bukak lagi butik online neh, mama suka search kat google. Mesti taip hint Baju Baby. Nanti keluar la memacam butik online kat Mesia termasuk Indonesia dan Brunei. Makanya, mama terfikir...SEO ni bole guna untuk nama butik online mama. Coz, mesti 1st orang taip baju baby. Jadi nak sedapkan, mama tambah je la jadi Baju Babyku Babymu. Bukan saja baby mama je pakai baju tu, tapi yu olz kat luar pon bole gayakan untuk anak masing-masing.




Orait dipendekkan cite coz mama manyaaaak keje today. Let's shopping design terbaru untuk koleksi hari raya anak anda sume. Persiapan hari raya selalu mama-mama kat luar sana buat awal kan? Kalo anak sorang bole lagi sopeng last menit, tapi kalo ramai kene sediakan seawalnya. BTW mama baru sempat publish baju untuk gegerl je dulu. Untuk boboi dan baby esok lusa mama publish okeh. Cekidauttttt!





Pre Order
Estimate Time Arrival: End June











 Gap Brand




POLO Brand






Maanyakkkk lagi baju syomel untuk koleksi anak anda.

Klik sini







Wednesday, March 23, 2011

Dan kemboja pun berguguran...

March 23, 2011 19 Comments
Assalamualaikum...



23|03|2011 genap 2 tahun pemergian arwah ibu mertua mama ke rahmatullah. Arwah meninggal kerana menghidap breast cancer. Mama masih ingat segalanya tentang arwah. Rasanya baru semalam berbual dengannya tanpa disangka cepat betul masa meninggalkan kami.



Semasa hayatnya, arwah adalah orang ke dua selepas hubby yang tau tentang kewujudan Aleesya dalam rahim mama. Arwah sangat gembira waktu itu. Macam-macam nasihat diberikan supaya menjaga kandungan yang baru berusia 6 minggu itu. Setelah kandungan mencecah usia 2 bulan, sakit arwah semakin teruk. Masa mama melawat arwah di kampung, arwah tanya "Baby sihat?" sambil mengusap perut mama. Hubby sempat bertanya kalau-kalau arwah nak berikan nama pada cucu sulungnya. Arwah cakap, "kalau perempuan mula huruf 'S', kalau lelaki pula huruf 'A'". Itulah asal usul terciptanya nama Syahirah Aleesya. Hubby yang berikan nama tu.



Dan kini, telah genap 2 tahun kemboja putih berguguran di atas pusaranya. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.



Ameen.






Al-Fatihah untuk arwah Tok
Walaupun kita tidak dapat bertemu di dunia ini, moga-moga Allah temukan Aleesya di dalam mimpi
Itu pun sudah memadai








Tuesday, March 22, 2011

Menu for dinner?

March 22, 2011 17 Comments
Hai semuaa....



Ape yek nak masak dinner nih? Hari Senin coti masak, ada pasar malam depan umah. Hari Selasa sampai Jumaat masak, wiken coti masak *mamam kat luar*. Blur. Dah tatau nak masak ape. Peberet ayah sambal, sup, ikan masak taucu, hati masak kicap. Dah selalu sangat. Asam pedas diye mamam kuah je, ikan tak mamam. Mama gak kene perabeskan. Aleesya pulak suke mamam bubur. Tapi tahap kemalasan mama sejak akhir-akhir ni mencecah 80%. Makanya...mama beli bubur ayam Mekdi *bubur jugak kannn*.



Aleesya neh jenis susah nak mamam. Nak yang cedap-cedap je seme. Cerewet mamam. Pastu nak mamam sendiri. Kalo semangkuk tu, suku je diye mamam. Yang selebehnya En. Tong yang mamam. Macamtu la ragam budak tengah nak membesar nih. Sukeee menambah keje mama mengelap lantai, sofa dan seangkatan + salin baju diye tiap kali abes mamam. Sekarang musim hujan pulak tu, baju lambat kering :(




Mamam bihun sup pun sodap



Sejak dah pegi skool baru ni
Banyak je celoteh diye itu ini, itu ini
Mama tak paham sepatah pun, iyekan aje
Sampai time nak titon pon mulut mengomel lagi
Sonok agaknya





 

Nyam.nyam
Haip! haip! mamam tangan kiri








Tengok la acting diye tu








Errrrr...ape nak masak neh...
Blom ada idea










Haaaa mama...apa kata mama buat roti boy
Aleesya likeyyyy

Mama letak nama roti gurl pulak okeh
^___^








Sesusah je mama neh perah otak
Kan ada myresipi.com, cepatlah terjah
Cari resepi besh-besh sket tau momma






P/S: Mama masak sardin je bole?






Monday, March 21, 2011

Jom bertukar kepada ipad 2

March 21, 2011 18 Comments
Today mama nak bercerita pasal gadget pulak lah. Sume orang suke gadget kan? Malahan ramai yang invest ribuan hengget untuk membeli gadget yang di sukai. Kepuasan dan minat masing-masing, apa salahnya kan? Gadget yang diidamkan mama sudah pon keluar di pasaran antarabangsa pada 11 Mac lalu dan target sampai di Mesia pada bulan Ogos. Sempat lagi nak kumpul duhet beli yea. Terutama para belogger tegar yang suka berbelogging di mana-mana saje, ta payah bawak lappy dan kamera yang berat lagi.




Slim & Stylish
Picture by Google





Ipad 2 bole log in dengan pantas, sepantas 2 saat je. Jadi tak la berjanggut tunggu on. Selain tu, ipad 2 lebih nipis dari iphone 4 dan ringan...600 gram jek *Aleesya lagi berat nak dukung*. Daya tahan bateri pula selama 10 jam dan tahan selama sebulan dalam 'standby mode'. Jadi boleh la mama berbelog sampai fengsan. Sesuai jugak kat mama yang selalu berebut lappy ngan ayah yang asyik maen game je (^_^). So pasni bole makan ipad 2, tido ipad 2, mandi ipad 2...segala-galanya dengan ipad 2.





Kamera depan dan belakang
Picture by Google





Kalo ipad pertama dulu takde kamera, ipad 2 dah melengkapkannya. Ader kamera depan dan belakang, jadi bole shoot movie & snap gambar. Kalo yang berchenta jarak jauh tu, bole la bervideo calling. Then, bila hadiri course dan malas nak tulis-tulis, bole taip terus je kat ipad 2 tu je. Pastu agak2 nantok tu bole surf internet. Ipad 2 bukan sekadar ipad saja tapi juga buku untuk mendapatkan ilmu di dalamnya di mana-mana sajeeee. Bole surfing, blogging sambil duduk, baring seme sebab ringan kan :).





Harga ipad 2 wifi + 3g (16G) adalah RM2,200.00. Kalo nak specification laen bole google ye kawan-kawan. Mama share mana yang mama tau je.  Macam-macam aplikasi yang menarek tertarek disediakan untuk iPad 2. Kompas, Microsoft Word, Excel, Powerpoint, Photoshop, game, Tafsiran Al-Quran, GPS, Software Editing dan banyak lagi. Yang nyata gadget ni memang dah bole buat mama jatuh chenta kali ke-3 *of kos la kali pertama kat ayah, kedua kat Alica ^_^*





Sudah tiba masanya untuk BERTUKAR kepada komputer kompak!







Friday, March 18, 2011

Berjimba-jimba bersama auuummmm...Grrrr!

March 18, 2011 14 Comments
Assalamualaikum...


Semalam mama tak sempat hapdate belog. Mama pegi Majlis Dialog kat Kajang, makanya...bukak tenet pon tengok gitu-gitu je. Malam pon tak sempat nak berbelog atau berfesbuk sangat. Masak untuk ayah dan Aleesya mamam malam pula. Camtu la rutin harian. Tapi mama notice, sejak Aleesya duduk kat nursery neh, diye dah kurang meragam. So, memudahkan mama nak masak ta payah dukung-dukung diye lagi. Diye siap bole mamam loti loh sambil tengok zikir kat Astro Oasis. Mama cargas masak sambil jeling-jeling tengok diye dok atas sofa tu. Takut nanti terlebeh eksaited tengok TV, tengok-tengok tertonggeng ke bawah pulak hiks.





Okeh, bercerita tentang belog ni, memang kesahnya berkisarkan tentang kisah peribadi mama, ayah, Aleesya dan our familia. Kisah kami sehari-hari. Sebagai momentos untuk kami sefamili. Tapi bila kita dapat kawan ngan ramaaai geng mama-mama atau bukan mama pon, ianya dapat merapatkan silaturahim. Dapat tengok life mereka yang berbeza dari kita, dapat tengok adorable kids, hobi familia, beautiful & happy familia. Walau sorang duduk kat K.L, sorang kat Sarawak, sorang kat Findland, sorang kat Kelantan...tapi tetap dekat di hati. Sangat menyenangkan mengenali rakan-rakan blogger neh. Siyes. Maybe 1 day kalo rakan blogger buat gathering mama nak join lah. Mama tak penah join lagi memandangkan blom berkesempatan. Nak kenal kawan blogger secara live.





Wiken aritu mama dan Aleesya berjimba-jimbaan kat Zoo Negara. We olz pegi 2 orang jeee...Biasalah, time ayah pegi kelas memang masa yang membuhsankan kalo duduk rumah tengok TV je. Kali ni mama paksa Aleesya dok stroller. Bawak lightweight stroller cenang sket, kalo tak mau fengsan nak kejar itu budak kicik.





Mari!





Welcome to Zoo Negara
Cecewah cam duta zoo pulak :)

Umah sekangkang kucen je ngan zoo, baru kali ni nak pegi

Kalo yu olz nak pegi, rege tiket dewasa RM20
Kids bawah 3 tawun...FOC *hehe tu suke tuh*








Dapat tengok burung merpati dekat-dekat
Memang sangat jinak

Hepi ye yayang ye








Hai En. Embeekk
Tomey la awak...Ngeeee


Suke banget kat kambing neh, kalo kat kampung manyak
Kat Kolumpo ni kene pegi Zoo baru bole tengok







Olaaaaa poney

Masa ni Aleesya sempat pegang hidung poney
Poney malas layan, siap menguap hehe








Owh inilah moo moo yea mama?
Yang Aleesya selalu num shushu diye tu yek?










See...Tengok embeekk lagi
Sambil ketawa riang


Anakku, mama likey tengok kamu hepi









Girrafe: Uik mane Aleesya?








Aleesya di siniiii
Wif En. Elephant

Masa kat sini mama tingat masa mama kecik-kecik bergambar dengan arwah abah, mak dan arwah kakak
Tempat ni masih sama seperti dulu
Cuma generasi baru yang bergambar di sini
Time flies very fast :'(










Lepas dah shake hand ngan seme animals kat zoo
Kene la cuci tangan









Start dah meragam
Suara diye nangez satu zoo bole dengar
Terkejut beruk seme

Grrrr...lom jupe rimau lagi, mama pulak nak jadi rimau







Nak num shushu la mama neh
Panas terik pukul doblas tengahari







Besarnyeee zoo ni...mama jalan tak sampai-sampai lagi exit
Manyak tempat skip tak singgah
Fenattt :P








Nampak tak kat belakanggg tuh?


Tak nampak?








Closed up sket

Mr. Lion tengah syiok titon
Auuuummmm!









Okeh disebabkan Aleesya dah nantok, mama tak round dah
Mama ngan Aleesya naek bas sambil tengok badak, seladang, ape tah lagi manyak tak ingat dah

Naek bas kene bayar tiket dua hengget jek
Aleesya suke naek bas coz kene angin terbang-terbang rambut diye
^__^









Last pixca seblom alek








Kenapa pegi zoo besh?

Sebabbbb maaaaaanyakkkk animals syomelllll

Aleesya sukeeee


Now, Aleesya dah fenat...Nak titon
Zzzzzzzzz








Wednesday, March 16, 2011

First day Aleesya di nursery baru

March 16, 2011 25 Comments
Harini cuaca agak dingin kan...Hujan. Tapi alhamdulillah, masa mama antar Aleesya ke nursery baru pagi tadi blom hujan lagi. Diye titon kat seat belakang dengan nyenyaknye. Aleesya dah ke nursery baru yang mama jumpe melalui berbelogwalking. Haaa, kan bagus baca belog ni...senang nak cari info kan. Nak cari tempat mamam-mamam yang besh atau segala macam mak nenek pon bole google je...nah kuar senarai manyak amat kan. Donia di hujung jari anda.




Mama memang suke Aleesya masuk nursery. Dari dulu memang manyak dah mama search tentang nursery nih. Antara yang disenarai pendek tapi dah penuh adalah:-


  1. Adni Islamic School - Yang ni memang besh. Mama tengok nursery dan jupe penyelia nursery festime je terus jatuh chenta ngan nursery nih. Tapi tempat besh memang macam goreng pisang panas. FULL!
  2. Taska Umi Setia Kasih - Ok, tersenarai under JKM. Tapi dah penuh.
  3. Genius Aulad - Hehe berangan tak hengat nak masukkan Aleesya kat sini, tapi Aleesya baru setahun setengah, diye terima budak umo 3 tahun ke atas je.




Dan akhirnya...Aleesya ke nursery baru ni. Nursery ni dibuka oleh ex-student UIA. Ibu muda yang suke pada kanak-kanak. Baru je buka awal tahun ni. Tak ramai bebudak lagi. Masuk Aleesya baru 4 orang budak. Ader 2 orang kids sebaya Aleesya dan sorang budak Arab umo 3 tahun. Owner nursery ni tengah bercuti confinement jadi diye taknak amek ramai dulu. Lepas confinement tentu ramai kekawan Aleesya nanti, sure lagi meriah.





Antara aktiviti untuk stimulate bebudak di nursery tu adalah:-

  1. Water play
  2. Music time
  3. Arts and crafts
  4. Memory game
  5. Puzzle play
  6. Reading
  7. Role play
  8. Puppet show
  9. Block building
  10. Outdoor game






Owner taska dan anak-anaknya
Picture credited to Mastura Zuber









Bahagian dalam taska
Picture credited to Mastura Zuber









Bahagian luar taska
Bole la Aleesya berlari-larian kat padang hijau tu nanti
Picture credited to Mastura Zuber






Sesi bermain
Picture credited to Mastura Zuber







Sesi membaca
Picture credited to Mastura Zuber








Semoga Aleesya sukeeee duduk kat school baru ye yayang yeaa. Mama lebiu so much!