Tuesday, March 29, 2011

Bayi saya jatuh, tapi ok...

Mama share info ni dari blog Dr. Muna.


Cerita kawan:
Baby aku jatuh. Wife tergelincir semasa mendukung baby. Baby nangis straight away selepas jatuh. Cuma ada benjol di kepala tapi baby aku ok je. Doktor dah periksa, cuma kata observe 24 jam di rumah aje.



Contoh cerita lain,
Baby saya jatuh dari buaian lebih kurang setinggi 2 kaki. Baby saya kuat, tak nangis pun. Tak bawak pun gi klinik sebab nampak ok.


Ini adalah cerita yang biasa kita dengar di sekeliling kita. Mungkin juga pernah berlaku di dalam keluarga sendiri. Begitu juga keluarga saya.



Ada banyak isu yang boleh dibincangkan di sini:

1. Pengetahuan perubatan (medical knowledge) di kalangan ibu bapa dan sejauh mana mereka tahu untuk memeriksa tahap kesedaran bayi mereka.

2. Definisi “ok” oleh ibu bapa serta apa impaknya bayi yang tidak menangis selepas jatuh.

3. Panduan terbaru tentang keperluan imbasan CT otak CT Brain scan) di dalam isu kecederaan kepala di kalangan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun.

4. CT scan VS No CT scan in view of imaging radiation. Kesan radiasi imbasan otak.

Dalam seminggu ini, terdapat 3 kes di mana bayi kurang dari umur 3 bulan terjatuh telah datang ke Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM. Kesemua tidak mengalami kecederaan dan mereka boleh diklasifikasikan sebagai Mild Head Injury.

Bayi pertama dan kedua tidak kami lakukan CT brain tetapi mereka telah dimasukkan ke dalam wad Neurosurgery untuk pemerhatian. Semasa saya mengendalikan 2 kes ini, saya sekadar berdiskusi dengan pegawai perubatan yang senior di Jabatan Neurosurgery.

Kes ke 3, bayi berumur 2 bulan jatuh dari sofa setinggi 2 kaki. Bayi hanya diam dan tidak menangis sejurus jatuh. Bayi cuma mengalami lebam biru di dahi (bruises). Kemudiannya bayi menyusu dan tidur seperti biasa.

Pada mulanya, kami mengambil keputusan untuk tidak melakukan CT Brain. Tetapi semasa ward round bersama pakar kami iaitu Dr Faizal Amri, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT Brain scan walaupun pemeriksaan bayi nampak normal.

Penerangan yang diberi oleh Dr Faizal ialah, bayi kurang dari 6 bulan pada kebiasaannya akan tidur banyak. Memang sukar untuk memerhatikan tahap kesedaran mereka (GCS monitoring) pada sekitar umur ini.
Ketinggian itu juga adalah 2 kali daripada ketinggian atau panjang bayi. Maka ia adalah ketinggian yang siknifikan.

Bayi juga tidak seperti orang dewasa, otak mereka tersangat sensitif lagi fragile dengan sebarang hentakan.
Bayi ini juga dikatakan tidak menangis selepas jatuh, dia hanya terdiam seketika. Dengan bahasa perubatan, bayi tersebut telah mengalami hilang kesedaran sementara (loss of consciousness).
Sebarang tanda-tanda neurologi adalah simptom yang lewat.
Radiasi CT Brain hanyalah sekali dan tidak memberikan impak yang besar berbanding keperluan utama untuk memastikan tiada kecederaan otak.


Untuk memastikan lagi kata-kata Dr Faizal tadi, maka di sini saya nyatakan kajian terkini oleh pakar kanak-kanak di London di mana mereka mengambil 347 kajian (research studies) yang pernah dilakukan kemudian mereka banding dan membuat kesimpulan daripada kesemua kajian-kajian ini.
http://www.bestbets.org/bets/bet.php?id=238


Kesimpulan daripada perbandingan semua kajian ini ialah:
The emergent imaging of children with minor head trauma remains conflicted between the need to differentiate ICI versus minimisation of radiation exposure to a large number of young brains. The consequences of ICI in otherwise clinically normal children who have had a head injury remain unclear. Up to 8% of children with a GCS of 15 following head injury will show radiographic ICI on brain CT (Boran), up to almost half of these may receive neurosurgery or be offered prophylactic anti-convulsant therapy. Ten prospective studies representing more than 10,000 children with minor or mild head injury clearly demonstrate that intra-cranial injury occurs in the absence of altered GCS and/or focal neurology. It is also clear that an improvement of GCS to 15 does not mitigate against ICI (Murgio). Interestingly LOC of less than 5 minutes or amnesia with no other findings has been shown to be low risk for ICI (Palchak) Two papers show those infants who have no focal signs and no altered mental state but have a significant scalp haematoma are at increased risk of ICI. There appears to be a stronger association of ICI with non-frontal haematoma and the younger end of this age spectrum. Clinical or radiological evidence of skull fracture is also shown to significantly increase the risk of ICI. Direct evidence supporting mandatory scanning in coagulopathic children is limited.
There is no study which adequately differentiates on clinical grounds those children with mild head injury who require intervention from the majority who can be managed conservatively. All head injured children who have a GCS of < 15 should undergo cranial CT. In order not to miss surgically important brain injuries all children GCS 15 with a head injury and a history of >30 seconds of LOC or clinical findings of amnesia, drowsiness, persistant vomiting, skull fracture or focal neurology should also have a brain CT. Asymptomatic infants less than two years of age who have head injury and a scalp haematoma or are suspected to have recieved NAI should also undergo cranial CT. Although the evidence is limited there should be a low threshold for imaging children with coagulopathy and head injury.


1. 8% dari kanak-kanak yang mengalami kecederaan kepala yang mempunyai tahap kesedaraan yang penuh menunjukkan Intra cranial injury (ICI) di dalam CT scan. Separuh dari jumlah ini memerlukan pembedahan otak. 8% ini bersamaan dengan lebih 10,000 orang kanak-kanak.

2. 2 kajian menunjukkan kanak-kanak (kurang dari 2 tahun) yang mengalami lebam atau benjol di kepala walaupun pemeriksaan yang lain termasuk tahap kesedaran adalah normal, berisiko untuk mengalami intra cranial injury (kecederaan otak).

3. Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan perbezaan di antara keperluan 24 hour observation vs CT Brain. Namun, untuk tidak terlewat mengambil tindakan, adalah disarankan semua kanak-kanak, mestilah dilakukan CT brain apabila pemeriksaan menunjukkan tahap kesedaran yang normal tetapi mempunyai hilang ingatan (loss of consciousness) lebih 30 saat, kelihatan mengantuk atau muntah-muntah.

4. Ct brain mesti dilakukan kepada semua kanak-kanak kurang dari umur 2 tahun yang mengalami benjol di kepala walaupun pemeriksaan neurologi yang lain normal.



Kredit: Doktor Muna






12 comments:

cik pulau said...

hishh.. takut bila dengar baby jatuh ni..
risau kalau jadi pape..

Arpiiz said...

err, maksudnya jika bayi itu tak menagis kita kena pergi check ke..??

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

anak sy dua² selalu jatuh..benjol kepala,dagu,jatuh buai,jatuh kerusi asik jatuh..biasanya bila jatuh sy taruk ais cecepat..dan tgk sama ada diaorang muntah atau x..


KEBIASAAN YANG BIASA

bunga said...

risau bunga lau dengar anak jatuh..bunga lum ada anak g..

Mamaleesya said...

cik pulau: tu la dik. Ni tengok dpn mata tapi tak sempat nak sambut lagi takut

Mamaleesya said...

arrpizz: aah kalo tak menangis, trauma atau muntah2 kene pegi check

Mamaleesya said...

rina: btul tu rina..doc pon ckp ais bole menghilangkan bengkak. Bebudak camtu la kan, lasak. Tambah anak i yg premature ni, mmg budak premature hyper-activ sket coz lahir2 dah kene suntik antibiotik

Mamaleesya said...

bunga: kalo bunga dah ada anak nanti mesti kene bg perhatian 200%. Terleka kejap je dah jatuh

Nur a.k.a admansyah said...

Mamaleesya, citer bab jatuh nie... dah mcm2 gaye depa kena! kalo dgn troli..penah dgn troli Giant tu terbalikkkk!!! dieorg x nangis.. tp gelak ada-lah:))

Nak jwb psl Nursery: More than OK.. that y 3A bertahan dah hampir 7 thn! cume at this moment..I rase TERLALU RAMAI student compare to staf yg cume 5-6 org! for babies.. not SO GOOD-LAH!

Hidayah said...

hmm baru2 ni Jose ada gak jatuh kat tangga..cam nak luruh jantung woo...ada benjol ckt je..jatuh2 tu dia minum susu,monitor la muntah ke tak..bila tgk dia macam biasa je takde perubahan lega la skt.dulu masa 5 bulan penah jatuh katil kat umah SIL,laki bini doktor,dia la kasik ckt instruction nak tgk baby ok tak bile jatuh camtu

MaSLiNa said...

Aiman selalu la jatuh katil sebelum kitorang beli bedrail.. ada la benjol kat kepala tapi tak demam dan muntah.. mmg menangis la lepas jatuh tu, risau la pulak lepas baca artikel ni.. agak² perlu ke buat CT scan kalo kita nampak dia mcm 'OK'? apa alasan nak ckp kat doc? nak bgtau Aiman penah jatuh sebulan lepas.. boleh ke? pls advice..


p/s : Anyway, thanks for sharing this info :)

shah-kayrul said...

bahaya jugak ye bila baby jatuh nie....

haikal dulu masa kecik pernah gak terjatuh dari sofa masa tengah golek2 ngan mama....hehehehehhe

mujur la semua ok....

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)