Wednesday, March 23, 2011

Dan kemboja pun berguguran...

Assalamualaikum...



23|03|2011 genap 2 tahun pemergian arwah ibu mertua mama ke rahmatullah. Arwah meninggal kerana menghidap breast cancer. Mama masih ingat segalanya tentang arwah. Rasanya baru semalam berbual dengannya tanpa disangka cepat betul masa meninggalkan kami.



Semasa hayatnya, arwah adalah orang ke dua selepas hubby yang tau tentang kewujudan Aleesya dalam rahim mama. Arwah sangat gembira waktu itu. Macam-macam nasihat diberikan supaya menjaga kandungan yang baru berusia 6 minggu itu. Setelah kandungan mencecah usia 2 bulan, sakit arwah semakin teruk. Masa mama melawat arwah di kampung, arwah tanya "Baby sihat?" sambil mengusap perut mama. Hubby sempat bertanya kalau-kalau arwah nak berikan nama pada cucu sulungnya. Arwah cakap, "kalau perempuan mula huruf 'S', kalau lelaki pula huruf 'A'". Itulah asal usul terciptanya nama Syahirah Aleesya. Hubby yang berikan nama tu.



Dan kini, telah genap 2 tahun kemboja putih berguguran di atas pusaranya. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.



Ameen.






Al-Fatihah untuk arwah Tok
Walaupun kita tidak dapat bertemu di dunia ini, moga-moga Allah temukan Aleesya di dalam mimpi
Itu pun sudah memadai








19 comments:

eLLy said...

Al fatihan ..

Syahirah Aleesya sedap nama anak ko

Mamaleesya said...

ma aceh...maksudnye yg mahsyur, dilindungi Allah

MamaEma said...

Al-Fatihah untuk arwah ibu mertua mama..

p/s : jomalah join main bloing

kakchik@ella said...

Bca n3 ni sebak la mar. teringat arwah FIL yg dah pegi. Kak ella rapat sgt dgn dia.

shah-kayrul said...

al-fatihah....

syairahmohdanuar said...

semoga rohnya dicucuri rahmat Allah :)

Mrs Hakim said...

Al-Fatihah utk mak mertua mamaleesya...Mesti rapat dgn arwah kan?? Simpan sebahagian kenangan itu utk pengubat rindu..Dan sempat juga arwah tahu tentang cucu nye..

♥.::ĈïŇtªβüŇĝªβĽŐĝŜpŐt™::.♥ said...

tau takpe mama, memang ngantok giler... nie kang ade lagi meeting, adoiii -___-)
FULL HOUSE???

♥.::ĈïŇtªβüŇĝªβĽŐĝŜpŐt™::.♥ said...

Memang bushukkkk! ehh, bukan mama taw... asap ROKOK tuh ;)
AKU BENCI ROKOK!!!

Mamaleesya said...

mamaema: ma aceh. Kene miting ngan hubby dulu yea...nnt mama roger

Mamaleesya said...

kak ella: smg arwah FIL kak ella juga dicucuri rahmat. Alfatihah

Mamaleesya said...

shah: amin

Mamaleesya said...

syairah: tima kasih dik

Mamaleesya said...

mrs akim: rapat. Tapi hanya 4bulan je dapat bersama lepas kawen tu. Tima kasih mrs akim utk doa itu

Mamaleesya said...

cinta: jgn giler dulu...nanti tak sempat tido dah kene antar kat TR hehe

MaSLiNa said...

Al-Fatihah untuk arwah.. sekurang2nya Aleesya tau dia pernah ada nenek yang baik dan tabah melawan kanser bila baca blog ni.. tetiba rasa sedih plak (apsal ntah kita nak emo ni..)

ariana's said...

Al Fatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Tentu arwah seorang yang tabah ye..Akak pun dah kehilangan ibu mertua yang akak sayang..arwah pun cuma sempat bermesra dengan anak sulung akak selama beberapa tahun je..

Mamaleesya said...

maslina: tima kasih mas. Aah kanser bukan calang-calang penyakit. Perlu pengorbanan yang bukan sedikit.

Mamaleesya said...

ariana: amin. Al-fatihah juga untuk arwah ibu mertua akak ya. Sempat jg arwah menimang cucu. Smg arwah ditempatkan di tempat terbaik di sana.

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)