Friday, May 27, 2011

Tazkirah Hari Jumaat

May 27, 2011 6 Comments
Assalamualaikum...


Hari Jumaat yang mulia ini Aleesya nak berikan tazkirah yang dipetik dari pakar motivasi Datuk Haji Fadzillah Kamsah.


Sorry tak sempat tukar baju :)





PETUA MENCUCI HATI


1. Dirikan solat dan banyak berdoa

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W









3. Solat taubat

4. Membaca Al-Quran







5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari

6. Bisikkan kepada diri sendiri perkara yang positif





Errrrr....nanti Aleesya sambung yea sebab tukang taip entri *mama Aleesya* dah nak balik.


Selamat beramal






Thursday, May 26, 2011

Notty Tau!

May 26, 2011 5 Comments
Assalamualaikum wahai blog readers ku yang di sayangi *hehe mama je pon blog reader setia :P, Aleesya besar sok bila baca jangan lupa jawab salam mama yea*




Okeh, mama hapdate cepat-cepat ni. Nak pegi pejabat pos kejap.





Grrrrr...Pantang mama pegi dapur ada je projek diye








Besh wooo maen salji

:P








 

Tuesday, May 24, 2011

Setahun sudah Aleesya jadi model kecit kesayangan mama

May 24, 2011 8 Comments
Selamat ber hari Selasa sume kekawan blogger...
Harini cuaca cerah, mood mama untuk menulis semula pun cerah jugekk. Haritu dah rasa nak bersara dalam dunia belog neh, sebabnya masa sangat limited edition. Huh? Apakah? *Ehe layan aje lah mama merepek ni yea ^__^*



Sempena genap setahun butik online Baju Babyku Babymu pada 15 April 2011 lalu *haritu tak sempat buat entri sebab Aleesya masuk wad*, mama nak share koleksi gambar model kecit penjana semangat mama ber biznez dan berbelog. Kalo tak kerana model kecit neh tentulah tak wujud belogshop dan belog My Cutie Pie Story ni. Takkan mama nak cite pasal keje opis mama pulak kan...



Mari kita tengok pixca lama-lama model kecit neh




Gambar pertama Aleesya jadi model belogshop mama
Tengok mama pakaikan baju pun salah, sepatutnya tak payah tight in :P




 



Mempromosikan busha pants
Chumill kan ada froggy kat montots
Masa ni Aleesya bam bam lagi







Menggayakan busha cotton pulak
Aleesya jadik model je
Design ni sold out
Sehelai pun Aleesya tak dapat





 
Burberry top pula

Adehhhh letih Aleesya taw!




 


Old Navy sleep set

Masa ni dengan Akma
Pakai baju sepesen
*Derang memang selalu ada baju sama...tambah-tambah time nak dekat raya, memang mama akan pilihkan 1 design sama untuk derang*






 
Ni pulak top & pants Guess

Masa ni Aleesya baru bole berdiri pegang sofa





Sume di atas adalah






Dan di bawah ni antara yang terbaru. Baru semalam je mama amek pixca, baju ni baru je sampai.
Phewww susah btol nak suruh model kecit dok dendiam.
Last-last

.

.

.


Bila diye duduk dalam tempat peberet diye
Mana lagi kalau tak drawer kabinet tv

Baru la dapat amek pixca




 


Sorry lah yayang
Sape suruh melasak sangat
Dah tak nampak sekerat




 


Akhirnyaaaa...
Dapat jugak gambar full
*Phewww lap peluh kat dahi, kalo upah fotografer sure fotografer fengsan*




 


Aleesya lapar la mama
Sebab tu takde mood nak catwalk
Kita mamam mekdi duluuu!






Inilah antara kenangan Aleesya jadik model belogshop mama. Aleesya akan sentiasa jadi model mama yang tersyomel, keletah dan menghiburkan mama sepanjang hayat mama yea yayang. Nanti bila Aleesya ada adik *ewah verangan*, Aleesya bole turunkan ilmu kat adik pulak kan? Takkan Aleesya lagik jadi model baju baby ^_^. Royalti, tiap kali ada design baru mama bagi kat Aleesya dulu eaaa...Hiks, takde la...royalti kasih sayang dan cinta dari mama dan ayah itu adalah yang terbaek kan?




Di sini mama juga nak ucapkan trillion terima kasih kepada Mazlina Mama Harith kerana telah menaja header, watermark dan signature untuk belogshop mama. Dannn...Maz juga telah mengiklankan belogshop mama secara percuma di belog peribadinya. Kalo yu olz nak sopeng tudung sesantek klik sini. Mama doakan Maz sentiasa dilimpahi rezeki yang melimpah ruah hendak-Nya. Bila kita buka rezeki orang lain, insyaAllah Allah akan mengembalikannya dengan lebih lagi.


Ameen.








Monday, May 23, 2011

StyloScarfs's 1st Giveaway : MANIS BERTUDUNG

May 23, 2011 4 Comments
Asyik Aleesya je join contest kannn...mama pun nak join jugak :D

Jom kekawan memeriahkan contest ni.



Nak join klik sini










Okeh kena la letak gambar bertudung

Gambar mama sensorang takde, mesti ada je Aleesya nak menyelit :D







Kenapa anda mahukan Tudung FAREEDA Raihanah ini?


Sebab Tudung FAREEDA Raihanah memang cantik, selesa dipakai, diperbuat dari kain berkualiti tinggi dan lembut, mempunyai rekaan yang tersendiri serta harga pun berpatutan. Mama memang feminat No. 1 koleksi Tudung FAREEDA ni, memang berbaloi-baloi memilikinya. Sesuai untuk mama-mama yang berkerjaya yang mengejar masa nak pakai tudung sambil mengejar anak tu ^__^. Kalau pakai shawl biasa tu susah sikit terutama time pagi-pagi mesti nak pegi keje cepat kan? Jadi tudung FAREEDA ni memang sesuwai sesangatlah. *Cecewah dah macam duta produk pulak, masuk contest je sebenornye hiks*


Tudung FAREEDA Raihanah ni memang limited edition designnya. Design pun memang yang ter latest lah untuk ibu-ibu, single-mingle dan untuk bagi hadiah besday ke, hari ibu ke, atau bagi kat aweks pon bole. Sure aweks yu olz sengih sampai ke telinga punyeee hehe.



Oklah setakat ni dulu. Selamat mencuba yea sume kekawan.






Wednesday, May 11, 2011

Tabung duhet pertama Aleesya

May 11, 2011 14 Comments
Hye, hye, hye!





Lamaaanyaaa tak hapdate belog nih. Bizi sket menguruskan keje-keje opis dan online shop. Dah lama tak menulis ni, blur jap...nak kena refresh banyak mende tentang si kecik tu. Banyak momen yang dah terlepas.




BTW haritu mama ada join contest anakku menangis comel anjuran mama ema. Nak tengok gambar Aleesya nangez klik sini. Tenkiu mama ema for syomelicious tabung tu. Aleesya likeyyy, hari2 Aleesya simpan duhet syeleng dalam tabung tu.




Menabung dari kecik ye yayang yea...nanti dah penuh kita simpan dalam SSPN...



Tabung pertama Aleesya
Hadiah menang contest







Eeee tangan tuuu
Rasa nak cobitttt je








Seposen selamat dah







Sempat lagi tengok iklan peberet







Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Sehari doposen ayah bagi Aleesya




Harini kita sihat, esok lusa mana kita tau kan. Sebab tu simpan duhet untuk si kecik ni sangat2 penting. Manalah tau besar sok diye dapat futher study ke, kalo takde duhet sian jugak kat diye.





Ok bebeh, selamat lunch







Sunday, May 8, 2011

Ibu kita hanya ada satu

May 08, 2011 3 Comments
Assalamualaikum...


IBU...perkataan yang sangat bermakna buat kita semua. Semua orang ada ibu. Ibu melahirkan, membesarkan dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah jemu-jemu. Sekali pun susah, tidak sekali pun mengeluh.



Mak...Selamat Hari Ibu. Jasa mak akan saya kenang hingga ke akhirnya. Kini saya juga telah bergelar ibu. Saya banyak mengerti segalanya. Dulu...masa saya kecil saya selalu merajuk dengan mak bila mak marah saya. Saya rasa macam mak tak sayangkan saya. Tapi bila saya dah ada anak sendiri, baru saya tau kenapa mak marahkan saya. Mak marah sebab mak sayangkan saya.



Dulu, bila mak balik lambat saya rasa mak tak pedulikan saya. Tapi setelah bergelar ibu baru saya faham. Saya balik lambat sebab nak cari rezeki supaya dapat belikan anak saya toys, baju syomel dan macam-macam lagi.



Dulu, saya rasa mak tak suka saya baca majalah kartun. Mak marah bila saya beli majalah Gila-Gila. Kini bila saya dah berjaya...baru saya tahu, mak buat macam tu sebab mak nak saya tumpukan pada pelajaran. Sekarang cucu mak Aleesya pun suka baca majalah Upin & Ipin. Tapi mungkin dia masih terlalu kecil untuk faham kalau saya marah dia baca majalah tu.



Mak...tanpa mak, saya takkan lahir ke dunia ini. Tanpa mak saya takkan jadi seorang manusia yang berilmu seperti sekarang ini. Ilmu itulah harta saya yang paling berharga pemberian mak dan abah. Mak, semoga mak tabah menjalani kehidupan tanpa abah di sisi. Semoga Allah sentiasa melindungi mak tanpa saya di sisi. Semoga Allah sentiasa memanjangkan umur mak dan memurahkan rezeki mak. Mak hanya ada satu saja di dunia ini. Saya amat sayangkan mak. Saya tiada hadiah yang lebih bererti selain DOA saya untuk mak.



SELAMAT HARI IBU