Thursday, August 4, 2011

Masakan pengerat kasih sayang

Bulan Ramadhan ni apa lagi topik yang hot diperkatakan. Tentulah tentang makanan atau juadah berbuka puasa nanti. Tambahan para ibu-ibu ni lagi laaa dari pagi dah pikir apa la nak dimasak untuk berbuka nanti. Pikir punye pikir last-last sampai kat rumah jadi resepi lain. Tu normal dah tu, selalu terjadi kat mama :)


Alaaa mama bukannya pandai sangat masak pun. Tapi masak ni kene selalu practice, kalo dah hari-hari masak takkan tak jadi-jadi juga kan? Kalau makan kat luar, kalau tak sedap mesti kita tolak tepi dah pinggan tu. Tapi kalau kat rumah, walaupun tak sedap tetap boleh habiskan. Sebab ape...sebab air tangan isteri atau ibu kita tu jadi sedap juga. Lagipun kita basuh makanan yang nak dimasak tu sambil baca selawat Nabi.



Okeh, kita rujuk sabda Nabi S.A.W:

...dan seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suami dan anak-anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka (Riwayat Al-Bukhari & Muslim dari Abdullah Bin Umar r.a)

Seorang isteri adalah bertanggungjawab menyibukkan diri dan menguruskan keperluan suami dan anak-anak dengan tangannya sendiri. *Sorry yea, semenjak dua menjak ni entri mama memang banyak merujuk kepada Hadis Nabi, bukan apa untuk rujukan mama sendiri je*.



Air tangan isteri atau ibu itu lah merupakan bahan perasa "Ajinomoto" untuk menyedapkan makanan tu sendiri. Masakan isteri dan ibu itu dimasak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Buat masa ni mama tak penah jumpa lagi masakan kat kedai yang sama macam mak mama masak. Kalo makan kat kedai mamak agak-agak mamak tu goreng mee dengan penuh kasih sayang ke tak eh? Hehe kena pegi tanya mamak tu lah nanti :D



Tapi tak salah pun kalau nak makan kat luar. Sekali sekala apa salahnya. Tak semua makanan yang ada jual kat restoran tu isteri reti masak kan? Mana tau nak feeling-feeling honeymoon ke, pegi bawa isteri ke candle light dinner ke takkan nak suruh isteri juga masak. Tentu nak buat surprise kan?



Kesimpulannya, kalau dengan masakan boleh buat satu keluarga ceria, masak lah selalu yea ^_^



Love both of u
Till jannah




6 comments:

MaSLiNa said...

betul tu.. sambil masak, sambil berselawat.. blh tambah dgn baca Surah Al-Imran, ayat 31.. doa pengikat kasih.. Insyaallah, berkat masakan yang penuh kasih sayang tu, anak² & suami akan selalu ingat kat kita

Mamaleesya said...

terima kasih mas share doa tu. InsyaAllah, kasih sayang tu kan perlu dalam rumahtangga :)

sha a.s said...

agreed! :p comel ler pic anak bapak jln sesame tu...ehehe

Mamaleesya said...

hehe susah sgt nak ambik gmbr derang 2 tu. 2-2 jalan laju :)

kayrul-shah said...

setuju..setuju...masakan rumah yang terbaik...air tangan mak dan isteri la pengerat kasih sayang keluarga

Mamaleesya said...

tu laaa...menjimatkan lagi kan hehe. Kalo kat kedai mee goreng letak ayam sket je, kat rumah bole tambah ayam lebih, sayur lebih, udang lebih.

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)