Wednesday, August 3, 2011

Mudahnya wanita mengumpul pahala di bulan Ramadhan

Assalamualaikum,


Seronok tak berpuasa harini? Tentu lah kan. Bulan yang ditunggu-tunggu.
Sebenarnya kita wanita ni paling mudah nak dapat pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ni. Contoh?


1. Menyediakan makanan untuk orang yang berbuka puasa

Tak kira la kita ni bercuti pose ke tak, still kena masak untuk suami, anak dan keluarga. Kalau yang bujang-bujang tu masak untuk kawan-kawan serumah pun bole.

Sabda Rasulullah S.A.W.

Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu) (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)


See...Senang kan nak dapat pahala? Bayangkan berapa ramai ahli keluarga atau kawan-kawan kita kat dalam rumah yang kita masakkan makanan berbuka untuk derang. Uissshhh banyak tu pahala dapat. Bessshhh tuuu...So, jom kita rajin-rajin masak makanan untuk orang yang tersayang ^_^



2. Mengajak dan menyediakan sahur

Bab bangun sahur ni memang lemah sket kan? Tapi kalo kita tau sebenarnya mengajak atau membangunkan orang bangun sahur tu pun dapat pahala, dah tentu-tentu kita rajin bangun punyee.

Bersahur adalah perkara-perkara sunat berpuasa yang besar pahalanya. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah (HR Al-Bukhari dan Muslim)


Okeh lepas ni rajin-rajin kejut suami bangun sahur, hehe jangan terbalik pulak suami kejut kita :). Dengan membantu orang lain membuat perkara sunat, dengan automatik kita dapat sekali pahala orang yang melakukan perkara baik tersebut. Subhanallah.



3. Suami beriktikaf di masjid pada malam-malam terakhir 10 Ramadhan

Kalo ada anak kecik memang kita tak bole nak join suami beriktikaf di bulan Ramadhan ni. Tapi jangan risau...Nabi S.A.W bersabda:

Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan sesiapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang (HR Al-Bukhari dan Muslim).


Bukankah suami pergi beriktikaf di masjid itu satu perjuangan untuk menjejaki Lailatul-Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan?



Banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan pahala di bulan Ramadhan ni. Yang mama cite kat atas tu cuma sebahagian je. Puasa itu sendiri dah ada pahalanya, belum masuk lagi berzikir, membaca Al-Quran, menyambung silaturrahim, berdoa dan banyak lagi lah.


Semoga puasa kita semua mendapat keberkatan dari Allah. Ameen.






Aleesya nak masak untuk ayah ngan mama lah






Nak masak sambal ikan bilis petai peberet mama,
hati ayam masak kicap peberet ayah,
tomyam peberet Alica, air tembikai,
bla...bla...bla...





10 comments:

Rozita said...

hehe.. cute gamabr tu.. kat mana ni?

senang je nak dpt pahala kan... insyallah semoga kita boleh dapat semua tu..

Mamaleesya said...

hehe ma aceh...gambar tu dekat ikea je. Suke sangat main set dapor tu, sampai sejam dok situ. Nak belikan kat die mahal sangat :).

Sama-sama kita menambah pahala di bulan Ramadhan. InsyaAllah.

Que Afify said...

Aleesya!! Meh nak kiss sket .. Muah muah!! Hehe ~ Alhamdulillah saya seorang wanita ..

Mamaleesya said...

haha meh meh auntie :). Tulaaa...syukur.

MaSLiNa said...

wahh.. ni yang rasa berkobar-kobar nak masak berbuka ni.. hehehe

Mamaleesya said...

haa...nanti share resepi sedap-sedap tau hehe

sha a.s said...

kt ikea eyh? so cute la dia tu..hishhh

Mamaleesya said...

aah sha kat ikea...sha lagi cute hehe

Mama Kembar 3 said...

amboi rajinnya alesyaa nak masak menu mcm mcm betul hehe

Mamaleesya said...

hehe rajin sangat tu mama kembar 3...sepahkan rumah pun die rajin :D

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)