Friday, September 30, 2011

Part time momma

September 30, 2011 12 Comments
Jumaat datang lagi. Weekend merupakan hari Aleesya bermanja-manja dengan ayah dan mama nye, weekdays mana sempat sangat. Terkejar masa, bila dah siap masak, uruskan itu ini...Aleesya pulak dah titon. Kadang-kadang ayah balik je umah muka frust je sebab Aleesya dah titon. Tetiba rasa beshnyeee kalo jadi full time momma.



Semalam cargas ke Jusco cari bahan-bahan nak masak spegeti dengan meatball. Balik umah tu sempat lagi layan cite indon kat Astro Ria sebelum masak. Time tu layan juga karenah Aleesya sambil nonton. Besh jugak citer baru tu, banyak lagu-lagu *likeeyyy*.



Disebabkan mama terlebih rajin semalam makanya mama beli meatball cap Marina aje. Nak buat sendiri mau berejam pulak kan. Sambil tengok citer Nada Cinta sambil menggoreng. Brown gravy pulak mama beli kat kedai Halal food kat area Giant.



Makan 5 ketul ni pun dah kenyang

 

Malam tu masak spegeti, tapi disebabkan mama dah kenyang mama tak makan, ayah je makan sorang siap bertambah 2 kali. Mama letak dalam bekas simpan dalam peti sejuk, harini bawak bekal. Nyum nyum.


Ok mama nak share gambar-gambar lama masa balik N9 haritu. Sempat jugak kami sefamili berjimba-jimba sambil beraya dan pegi makan Nasi Ayam Gemas Mustafah.



Ni dalam perjalanan pegi

Kakak bermanja dengan adik
Adik dodoikan kakak titon




Akma dah lapar niiii




Nasi Ayam Gemas
Memang di tempat asal yang terbaek





Kalo makan macam ni, mak mentua lalu belakang pun tak perasan





Photobucket

Thursday, September 29, 2011

Teringin nak makan meatball

September 29, 2011 6 Comments
Balik keje ni cargas nak cari meatball lah. Teringin la pulak. Kalau rajin nak buat sendiri meatball tu, kalau terlebih rajin beli ajelah meatball dalam packet tu. Menu malam ni western sket, spegeti ngan meatball. Adehhh kecur air liur, cepat la pukul 5.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 28, 2011

Berasap juga dapur malam ni

September 28, 2011 6 Comments
Dah beberapa hari dapur mama tak berasap. Mana taknya haritu tak berapa sihat, so dapur pun bercuti sama. Malam ni pulak Aleesya tido awal, lagi menyenangkan keje mama nak memasak.




Masak simple-simple je

Sup ayam + kentang peberet Aleesya





Sambal sotong

Memang peberet mama dengan ayah
Tiap-tiap hari mesti ada sambal
Kari-kari we olz tak suka sangat
Kalo bole nak makan pedas hari-hari
Hehe mana tak sakit perut





Gambar ni takde kena mengena dengan menu di atas
Tapi still nak tempek juga ;)




Selamat menjamu selera


Photobucket

Kata-kata hikmah

September 28, 2011 0 Comments
Tidak perlu BENAR dimata manusia tapi hanya perlu BAIK dan BENAR di mata Allah S.W.T.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Semoga salam maaf dari tangan ke hati tetap berkekalan walau Syawal telah berakhir

September 28, 2011 6 Comments
Pejam celik, pejam celik Syawal pun dah sampai ke penghujungnya. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Sebagaimana pantasnya masa meninggalkan mama. Kalaulah ada jam masa kan syiok, nak putar balik waktu tu bagi Aleesya jadi baby balik. Rindu nak polok-polok diye macam dulu. Sekarang ni dapat peluk diye kejap je terus meronta suruh lepaskan. Janganlah besar cepat sangat Aleesya, mama tak puas tengok gelagat kamu yang cheeky tu.


Dalam bergembira menyambut Syawal haritu, tetap ada dugaan yang berlaku. Baru harini mama sempat hapload gambar uncle Aleesya *Uncle Hayat* yang accident motor masa raya ke 14 tempohari.

 

Gambar ni beberapa hari selepas keluar dari ICU
Masa kat ICU tu memang diye tak sedarkan diri dan bernafas guna oksigen

Kecederaan kepala terhentak, tisu peha terkoyak, dada terhentak




Ni diye rupa kete yang dilanggar tu
Kete ni buat U-turn di tempat yang salah

Motor yang my BIL bawa tu dah takde rupa motor dah rasanya


Now, my BIL dah ok dan dah keluar wad




Harini dah Syawal terakhir pun. Semoga kita sentiasa mengeratkan silaturahim dan bermaafan antara satu sama lain, walaupun bukan pada bulan Syawal.



Photobucket

Char kuey teow Nana kat Tmn Melawati memang terbaek

September 28, 2011 2 Comments
Berjimba-jimba dengan Aleesya kat pasar malam Tmn Melawati semalam memang seronok. Sempat juga Aleesya mengepow mama selipar Ben10 yang berbunyi-bunyi tu. Cara mengepow adalah suruh mama trykan kat kaki diye, pastu sampai sudah taknak bukak. Hmmm, terpaksa la mama belikan. Takpela yayang, untuk kamu apa-apa pun bole. Kali ni ada rezeki mama, gerai char kuey teow bukak. Ayah, Aleesya dan mama memang sukee sangat beli kat situ. Memang cedappp :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 27, 2011

Santai-santai je

September 27, 2011 2 Comments
Harini macam biasa mama abes keje pukul 5ptg, terus pick up Aleesya kat rumah babysitter diye. Mama nak bawak diye pegi jenjalan pasar malam melawati lah harini. Char kuew teow kat situ memang terbaekkk. Sejak bulan pose haritu tak dapat makan lagi char kuew teow tu, masa minggu ke dua raya pun tak buka juga, harap-harap harini ada la rezeki.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Future Wedding Planner in the Hall

September 27, 2011 2 Comments
Aktiviti ni dah berlaku dua minggu lepas pun, baru harini sempat nak buat entri. Dalam minggu cuti raya tu, we olz sempat datang ke wedding reception BFF ayah Aleesya.



Weee...sambil tunggu ayah Aleesya sempat lagi melasak kat sini


10|09|2011
Putrajaya



Siap kene tarik baru nak ikut






Kat dalam dewan pun tak reti dok dendiam jugak
Abes reben kerusi dibukaknye
Grrrrrr...Nak jadi wedding planner agaknye *sabar*



Sekali tu ada sorang awek lalu depan Aleesya
Aleesya jatuhkan kerusi. Betul-betul pulak jatuh atas kaki awek tu daa
Adoyaiii...dengan muka merah padam mama say sorry kat awek tu
Huhu malunya



Awek tu kata takpe, tapi sambil lalu diye cakap adoi sakitnyeee kaki
*Kesian kat diye*
Aleesya...Aleesya...




Congrats to both of u
Abd. Rahman & Dokter Tasneem



Semoga berbahagia till jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Ameen




Photobucket

Monday, September 26, 2011

Aleesya bizikan diri di opis ayah

September 26, 2011 2 Comments
Mood menghapdate belog ke laut gara-gara mama demam, sakit tekak, sakit peyut.


Ok mama tempek gambar Aleesya visit opis ayahnya.



Sambil skodeng ayah sambil mamam kek cekelat





Sume deco atas meja ayah Aleesya selongkar

Uik? Ayah pun ada Pooh bear? Hiks :D

*Ayah kata ada awek bagi, hehe ape lagi Aleesya rembat la buat koleksi kat umah*





Mak oiii!
Banyaknyeeee keje ayah shaye
2 minggu cuti yaye sampai sebeban camneh?
:P





Ayah...ayah...Alica nak cekelat perasa doyan tu bole?



P/S: Selamat berhari Isnin seme...mood lemau kan harini hehe :)

Photobucket

Tuesday, September 20, 2011

Bila aleesya buat perangai

September 20, 2011 11 Comments
Malam ni Aleesya tido awal, so mama bolehlah hapdate perkara yang terjadi petang tadi. Balik je dari rumah BS, Aleesya menangis-nangis taknak balik rumah. Dia nak mama bawa dia jenjalan naik car. Cuaca tak berapa elok pulak. Jadi mama cakap hujan, lain kali kita jalan. Hmm, takde maknanya, meraung kat situ jugak. Aleesya,aleesya...makin besar makin banyak akalnya.


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

September 20, 2011 6 Comments
Dekat radio masih bergema lagi lagu raya, besh sukee sangat. Teringat balik aktiviti raya haritu. Lepas seminggu berhari raya di Taiping we olz balik ke KL dulu. Rehat-rehat kat our mini home sehari pastu cargas balik N9 pula. Agak lama juga mama tak balik sana. Every Sunday ayah Aleesya ada kelas so berbulan-bulan tak balik.


Lambaian desa terchenta memang memberi kesayuan di hati mama ni. Sebelum ni tiap kali nak balik ke sana arwah abah akan call berkali-kali dalam perjalanan balik tu. Dipesannya macam-macam. Risau sangat arwah dengan keselamatan kami. Masa tu Aleesya pun belum lahir lagi ke dunia ini.


Sesampai di kampung amat tenang rasanya, pokok-pokok getah dan kelapa sawit melambai-lambai menyambut kedatangan we olz. Kerana berjasa dengan pokok getah inilah, mama dapat di sekolahkan sehingga ke menara gading. Sangat berbangga mama menjadi anak FELDA. Walaupun we olz hanya perantau di N9 dan tiada saudara mara di situ, tapi jiran-jiran sekeliling selalu mengambil berat.




Segarnyeee udara kat sini
Tak macam kat KL kan mama, banyak nau asap




Sonoknyeee Akma berlari-larian
Kasut mana?!




Arwah abah selalu duduk kat sini sambil melambai tangan time mama nak balik KL
Miss him so much

Sekarang cucu-cucu sorga inilah menghiasi tempat ni
Bermain-main, bergurau senda





Tengah bergotong-royong mengemas laman untuk yaye ke lalings?



Berhari raya di N9 tidaklah semeriah di Taiping, sebab we olz balik dah hari raya ke berapa dah kan. Kat kampung biasanya tak macam kat bandar, dah habis raya pun masih ada open houze lagi. Tapi yang paling penting, mama sefamili dapat bersama di hari mulia dengan gembira.



Sempat juga mama sefamili menziarahi pusara arwah abah dan arwah kakak. Melihat kemboja putih di sana sini membuatkan hati semakin rindu. Rindu pada mereka. Aleesya dan Akma pun berkaki ayam turun untuk ke pusara Tok Wan dan Mak Long nya. Oh anak, apalah yang mereka mengerti tentang pemergian yang hakiki. Yang boleh membuatkan hati menjadi bisu dalam beberapa waktu yang panjang.




Photobucket

Monday, September 19, 2011

DSLR...which one is the best?

September 19, 2011 8 Comments
Bagi penggemar gadget dah tentu-tentu selalu search tentang top model DSLR sekarang kan? Mama pun sama. Wishlist mama sekarang adalah model Sony Nex-C3.




Picture credited to google
Sony Nex-C3



Sony Nex-C3 merupakan kamera kompak yang mempunyai fungsi hampir sama macam DSLR. Bukannya ape, kalo beli DSLR ni satu hal berat sangat nak bawa ke mana-mana. Then orang lain tak reti guna...kesudahannya gambar mama dalam tu mesti nan ado kan. Kamera Sony Nex-C3 agak mudah terutama yang baru nak bertukar ke kamera DSLR. Kualiti gambar pun lebih kurang sama *walaupun tak dapat challenge DSLR sepenuhnya* dan yang paling penting ringan senang nak bawa travel ke mana aje. Dalam memilih kamera, perkara terpenting adalah untuk apa kita guna kamera tu bukan kerana harga atau jenamanya.



Lepas google jumpa pula info ni. Top model DSLR setakat harini adalah model Nikon D7000 mengungguli takhta. Huuu kamera mahal *tak mampu lah*.









 Photobucket

Thursday, September 15, 2011

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah

September 15, 2011 10 Comments
Kebiasaan bagi para wanita diberikan soklan begini:


1) Dah ada sape-sape di hati ke? *soklan biasa time single mingle*

2) Bila nak makan nasik minyak? *kalo dah ada calon*

3) Dah ada tanda-tanda ke? *baru kawen 2 minggu dah ada dah yang tanya*

4) Takkan sorang je kot? *soklan ni keluar bila anak sulung dah masuk umur setahun*


Begitulah soklan-soklan yang selalu diterima oleh seorang wanita. Special kan jadi wanita? Banyak betul persoalan dalam hidup yang kadang-kadang terkedu nak dijawab. Dolu-dolu mama hangeeen gak dengar soklan-soklan tu *darah muda katakan*, tapi sekarang ni dah jadi mama...buat tatau aje la. Ape ader hal kan?


Persoalan sebenar yang mama nak bincangkan di sini adalah, bila dah ada anak...mudah ke nak didik anak tu? Tambahan di zaman serba mencabar ni. Rasanya belum cukup lagi ilmu didada untuk mendidik anak. Kalau manjakan sangat anak takut-takut dia kehilangan sifat kreativiti dan iltizam dalam melakukan sesuatu keje. Tapi jika terlalu berkeras atau terlampau disiplin akan menjadikan dia degil dan luka perasaan akan membawa sehingga ke dewasa pulak nanti.


Gambar hiasan



Jadi mama ni memerlukan trillion kesabaran, istiqamah dan kasih sayang. Tanpa elemen-elemen tersebut memang amatlah susah hendak membentuk dan mendidik anak-anak.


Seperti kata-kata hikmah:


“Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya, tetapi dengan seringnya ia menitik”


Bukan mudah ya untuk memberi pemahaman kepada seorang anak kecil. Berkali-kali kita kata "NO", tapi si syomel tetap lakukan juga perkara yang kita tidak suka berulang kali. Anak-anak di usia 1-2 tahun seperti Aleesya masih tidak dapat memahami arahan dengan jelas dan masih melasak tanpa tahu perkara tersebut betul atau salah.  Ikutkan hati yang marah memang nak cepuk je kan? Dalam situasi beginilah kesabaran memainkan peranan penting.


Istiqamah yakni berterusan perlu untuk terus menasihati anak supaya dia tahu perkara yang dilakukan itu salah. Tanpa kesabaran macamana nak hadirnya istiqamah tersebut. Dah tentu-tentu give up punye. Hadirkanlah kasih sayang juga. Kasih sayanglah menjadikan kita terus menerus mendidik mereka tanpa jemu. Walaupun mereka sentiasa melakukan kesalahan, kasih sayang yang ada dalam hati melahirkan kemaafan terhadap anak. That's why lah, sorga itu di bawah telapak kaki ibu.


Lagi satu yang perlu kita lihat adalah siapa yang menjaga anak kita semasa kita bekerja. Adakah dia seorang yang sayangkan kanak-kanak atau seorang yang tidak sabar. Kita sendiri dapat menilai kelakuan anak kita itu dengan melihat perlakuan dia di rumah. Sekiranya orang yang mendidik sering memarahi maka anak akan merasakan perkara itulah juga yang perlu dilakukan apabila keinginannya tidak dipenuhi. Kalau kita selalu marahkan derang dengan mencubit, dia juga akan mencubit kita atau orang lain juga. Jika kita merasakan individu tersebut tidak sesuai dalam mendidik anak kita, eloklah ditukarkan dari awal. Ianya akan mempengaruhi perkembangan mental dan emosi anak yang sedang membesar tersebut *Aleesya dah 3 kali mama tukarkan BS, alhamdulillah yang baru ni elok*.


Terapkan nilai-nilai murni dan keagamaan kepadanya. Jangan hanya jasmani sahaja tanpa pengisian rohaniah. Kerana anak adalah asset paling berharga melebihi segala harta benda yang kita miliki di dunia ini. Mereka adalah saham dunia akhirat. Setelah kita tiada lagi di dunia ini, harapan kita agar mereka mendoakan kita. Sesungguhnya doa anak yang soleh itu lebih mudah diterima Allah.



Gambar hiasan



Akhir kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Photobucket

Wednesday, September 14, 2011

Hukum menyambut hari lahir dengan memotong kek dan meniup lilin

September 14, 2011 20 Comments
Bercerita tentang bufday Aleesya yang lepas, majlisnya dikensel sebab moyang dan tok ngah Aleesya menasihati supaya tidak terikut budaya kristian dengan memotong kek dan meniup lilin. Makanya mama dan ayah ikut aje, sebab we olz pun dari kecik memang takde sambut bufday pun, cuma bila dah study kawan-kawan selalu buat suprise bufday.


So, mama pun cargas lah cari info berkenaan bufday pawtay tu. Google la apa lagi :). Okeh sumber ini mama dapat dari Utusan Malaysia Online. Mama rasa tak larat pulak nak meng edit. Kopipes aci tak?


________________________________________________________________________________

SOALAN:

APAKAH hukum sambutan hari lahir dengan menyediakan kek serta lilin dan diiringi lagu happy birthday to you. Ada yang mengatakan kek yang diletakkan lilin itu sebagai simbolik orang kafir memecahbelahkan Islam ketika zaman dahulu.

Bagaimana pula sambutan yang dibenarkan oleh Islam?



JAWAPAN:

Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut". (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma' al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).


Maksudnya kita ditegah supaya tidak menyerupai mana-mana kaum yang jelas ingkar kepada Allah SWT.


Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.


Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.


Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).


Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.


Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)


Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.


Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)


Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).


Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.


Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.


Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.
Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada "Allah selamatkan kamu". Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.


Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.


Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.


Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

________________________________________________________________________________


Okay clear kan penjelasan di situ...makanya bolelah mama belikan bufday kek untuk Aleesya next time. Sorry yayang, dah 2 tahun bufday kamu takde kek. Takpela kan...yang penting kasih sayang mama dan ayah untuk kamu melebihi dari segala-galanya.




Photobucket

Tuesday, September 13, 2011

Salam Lebaran...Maaf dari tangan ke hati

September 13, 2011 6 Comments
Belum terlambat lagi mama nak mengucapkan Salam Lebaran rasanya. Raya kan sebulan *walaupun pose tak cukup sebulan hehe*.


Dua minggu bercoti-coti raya membuatkan mama kene minum lebey 100 Plus untuk recharging tenaga menghapdate belog keshayangan mama ni. Bukannya takde idea nak tulis, banyak sangat memori masa raya tuh...tapi bila bukak lappy je layan fesbuk berjam-jam. Kesudahannya belog terabai. Lagipun fesbuk kan senang sket nak hapload gambor, ta payah nak resize-resize sume. Tapi bezanya tak bole bercerita panjang-panjang kat situ, dan mama pun agak malas juga nak membalas komen di fesbuk, hihi bole?


We olz bertolak balik kampung di malam raya coz ayah Aleesya still keje lagi, mama dah coti makanya mama ngan mak mama bersopeng aje lah. Pagi raya tak silap mama seawal 3 pagi we olz sampai di rumah Moyang Aleesya. Ngantuknyeeee...berbual-bual sekejap terus cari bantal. Memang tak ingat dunia dah punye fenat.


Dalam pukul 6.30 pagi tu terbangun. Waaa rasa segala sendi nak tercabut meriba Aleesya sepanjang perjalanan dari KL ke Teypeng. Si kecik Aleesya dan Akma syiok titon. Akma titon kat belakang. Auntie Aleesya baru sampai dari Singapore pun together-gether travel di malam raya bersama kami. Hehe sori sis, macam sardin bawak barang bebudak berdua lagi banyak dari barang mak budak, ehe macamtu la dah jadi mama.


Mari kita lihat suasana di pagi raya.


Kami dalam tema fink
Ayah Aleesya tukang amek gambar
Biasalah pagi-pagi raya ni, sorang kat dapo, sorang kat depan.
Takde sape nak amekkan pixca we olz cukup korum.




Ayah Aleesya berbaju melayu biru di pagi raya
Tema ikut tudung mama ader kaler biru-biru secoet tuh
Jadi laaa, nak gak match ngan mama kan :)
Nak sedondon-dondon ayah takmo berbaju melayu fink pulak kan
Takpela...raya taun depan ayah pilih theme pulak eh?




Anak dara kesayangan mama
Syahirah Aleesya dan Akma Rozanna di pagi raya
Sedondon baju derang, besh giler sesopeng sehari sebelum raya kat Jusco
Sales sampai 70%
Baju kurung budak RM49 jadi 14 hengget ajeee
Ape lagi mama rembat untuk dorang berdua sedondon



Kasut pun sama sales up to 50% sehari sebelum raya
Wah sorga betul sumenye beli dapat murah-murah dan tantek pulak tuuu
Syukur, rezeki Ramadhan dan Syawal





Aleesya wif her beloved auntie

Pagi raya tu Aleesya moody sket
Silapnya mama tak mandikan diye sebab seminggu sebelum raya Aleesya demam
complete dengan batuk, selsema dan lelah sekali.
Jadi pagi-pagi sejuk ni mama memang elakkan diye mandi
Tu agaknye diye tak fresh dan cranky




Aleesya & Auntie Nadia versi kad raya




My FIL & SIL di pagi hari raya pertama



Ok setel beraya di rumah sedara-mara di hari raya pertama





Ni pulak momentos di hari raya kedua



Di stesen keretapi Ipoh
We olz hantar auntie Aleesya balik
Train pukul 2.00 petang

Dari kiri uncle Hayat, semalam dapat berita dari my FIL uncle Aleesya accident motor dengan kereta. We olz so worried about him. Ayah Aleesya dah bertolak dari KL pagi tadi ke Hospital Teypeng. Mama tak dapat ikut sama sebab kehabisan cuti, kena tunggu khamis malam baru mama balik dengan Aleesya. Malam tadi ayah Aleesya call hospital cakap uncle Aleesya masih dalam ICU dan tak sedarkan diri. Ya Allah selamatkanlah adikku, semoga diye cepat sedar.




It's so hard to say gudbye to familia *ni pula uncle bongsu Aleesya, uncle Azam*





Then lepas tu sambung lagi ziarah raya ke rumah sanak saudara.
Aleesya soooo happyyy





Cerita raya ke-3


Bufday Aleesya ke 2 tahun bersamaan 1 Sept 2011

Sambutan bufday Aleesya di kensel last menit. Memang hajat di hati nak sambut di kampung. Dah beli belon sume untuk bufday diye, tapi atas nasihat moyang Aleesya makanya tak jadi buat. Plan memang nak pegi beli bufday kek Aleesya sebab uncle Hayat tak sempat buatkan. Uncle diye kata kat hotel tak ramai staf sebab dah start cuti. Takpelaa uncle, next time okay.


Untuk menghiburkan buah cinta kami di bufdaynya yang ke - 2 tahun kami bawa diye ke lombong pasir merangkap ladang kelapa sawit together-gether dengan atok Aleesya sekali. Mama yang memang habit suke amek pixca Aleesya dah tentu-tentu tak lepaskan peluang merakamkan detik menarek di hari bersejarah Aleesya *ekceli hari bersejarah mama juga sebab pertama kali melahirkan baby*.



See mama, ader beribu-ribu lemon itik kat situ




Ayah + Mama = Aleesya
Cinta hati hamba





Akma dan tok Aleesya


Malam tu sempena bufday Aleesya we olz sefamili mamam-mamam kat Teypeng dan pegi jenjalan kat Tesco Teypeng. Aleesya tersangat hepiii menyanyi-nyanyi dalam car sepanjang perjalanan balik tu. Dah big gurl anak mama dan ayah.





Raya ke-4 buat ape pula yea?


Kami berjimba-jimba sefamili ke Kuala Kangsar



Aleesya nantok bangat ni
Sepanjang perjalanan titon




Hari-hari seterusnya kami cuma berehat-rehat di rumah dan melayani tetamu yang datang beraya di rumah aje *Aleesya wif her Tok Nek @ Moyang*




Selesai seminggu berhari raya di Perak.
Entri berhari raya di N9 menyusul nanti.


To all frenz and peepers, Selamat Hari Raya maaf dari tangan ke hati.



Photobucket