Wednesday, September 14, 2011

Hukum menyambut hari lahir dengan memotong kek dan meniup lilin

Bercerita tentang bufday Aleesya yang lepas, majlisnya dikensel sebab moyang dan tok ngah Aleesya menasihati supaya tidak terikut budaya kristian dengan memotong kek dan meniup lilin. Makanya mama dan ayah ikut aje, sebab we olz pun dari kecik memang takde sambut bufday pun, cuma bila dah study kawan-kawan selalu buat suprise bufday.


So, mama pun cargas lah cari info berkenaan bufday pawtay tu. Google la apa lagi :). Okeh sumber ini mama dapat dari Utusan Malaysia Online. Mama rasa tak larat pulak nak meng edit. Kopipes aci tak?


________________________________________________________________________________

SOALAN:

APAKAH hukum sambutan hari lahir dengan menyediakan kek serta lilin dan diiringi lagu happy birthday to you. Ada yang mengatakan kek yang diletakkan lilin itu sebagai simbolik orang kafir memecahbelahkan Islam ketika zaman dahulu.

Bagaimana pula sambutan yang dibenarkan oleh Islam?



JAWAPAN:

Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut". (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma' al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).


Maksudnya kita ditegah supaya tidak menyerupai mana-mana kaum yang jelas ingkar kepada Allah SWT.


Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.


Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.


Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).


Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.


Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)


Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.


Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)


Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).


Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.


Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.


Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.
Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada "Allah selamatkan kamu". Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.


Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.


Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.


Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

________________________________________________________________________________


Okay clear kan penjelasan di situ...makanya bolelah mama belikan bufday kek untuk Aleesya next time. Sorry yayang, dah 2 tahun bufday kamu takde kek. Takpela kan...yang penting kasih sayang mama dan ayah untuk kamu melebihi dari segala-galanya.




Photobucket

20 comments:

Mamamya said...

alhamdulillah..suka sgt dgn info ni sbb sya pun selalu dgr katanya blh nak sambut b'day n ada kek....

kebetulan lagi beberapa hari nak buat b'day utk anak yg sulung...rasa lega lah sbb dah tau batas2nya n hukum mengadakan majlis sambutan hari lahir ni....

sbnrnya tujuan mjlis b'day anak2 ni utk kegembiraan mereka.... ;)

mohon izin utk share info ni yer.....t.kasih.

Nur a.k.a admansyah said...

Yg penting NIAT....

Selamat hari Jadi to bb Aleesya!

Nora Shahaira said...

bagi akak yg tak suka anak-anak sambut birthday ni bukan pasal kek dan lilin tu..kek boleh beli n makan bila-bila kan..

cuma akak terasa je..kenapa? nanti akak share info awak ek..buat entri..hehe..nice info...

papepun hepi birthdaY TO baby...boleh minta baby dah ke? hahaha...

Mamaleesya said...

mamamya: Bufday kalau takde kek macam tak lengkap je kan. Mama pun suke sangat nak buat bufday pawtay sebab nak bagi diye hepi dengan kiddos. Tambahan pula tahun lepas bufday diye jatuh time bulan ramadhan.

Owh happy bufday in advance to your child. Mesti tengah tercari-cari tema untuk bufday tu yea.

Silakan share dear, apa-apa pun bole share dari belog ni :)

Mamaleesya said...

Nur: Betul sesangat tu. Ma aceh auntie Nur :)

Mamaleesya said...

Akak Nora: Akak tak suke anak sambut bufday yea?

Opsss ye ke akak terasa tentang entri mama ni? Sori yek, tak berniat nak melukakan hati mana-mana pihak cuma untuk simpanan sendiri dan share info dengan lain-lain aje hehe.

Silalah share akak, mama pun dapat kat google juga. Ilmu kalau di share kan banyak manfaatnye :).

Ma aceh, Aleesya memang nak baby...tapi mama ngan ayah belum nak bagi lagi ^__^

MaSLiNa said...

good sharing.. kita pun baru tau pasal ni.. patut la selama ni tak pernah pun ayah n mak kita buat celebration potong kek, tiup lilin utk kita.. tak sempat nak tanya kenapa kat diorang masa tu

p/s : Happy birthday, Aleesya.. XOXOXO

Kyra said...

terus membutangkan mata info ni..
so boleh la beli kek..beday my doter dah tal lambat ni

Mamaleesya said...

maslina: Aah tu laaa...mak abah kita memang takde sambut bufday kita dulu. Bila dah study tu baru tau nak berbufday kek sume.

Tapi takpela, yang penting niat kita kan. Kalau nak bagi anak-anak hepi apa salahnya.

p/s: ma aceh auntie mas :)

Mamaleesya said...

Kyra: hehe kalo tak mesti rasa nak tarik selimut je kan time tengahari ni, sejuk pulak tu.

Epy bufday in advance to your child. Smg jadi anak yang soleh dan solehah

anisalya said...

beli jugak kek utk anak2. cuma tak ada tiup2 lilin. nnt bersembur air liur atas kek. hahaha....

Mamaleesya said...

haha, air liur tu penambah perisa tauuu

MamaEma said...

yang penting nawaitu kan

Fitri Senin said...

raif pun belum pernah dapt kek bulat lagi..betul yg penting nawaitu. seeloknya kita just adakan kek tu then bagi org makan bukan nak meraikan secara berlebihan. lebih baik bersekali dengan kenduri doa selamat agar sentiasa berada di bawah rahmatNya

Mamaleesya said...

owh sama dengan aleesya la. Takpela tahun depan belikan raif kek bulat ea.

Itulah yang terbaik, moyang aleesya pun cakap buat kenduri kesyukuran je. Semoga anak-anak kita panjang umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Mamaleesya said...

mamaema: yeszaaa...nawaitu yang penting. For sure kita buat bufday anak utk hepikan derang

Raidenovich said...

Melayu islam mudah goyah dengan macam2 teori/fakta yang tak jelas.Kalau kita telusuri matlamat sebenar dan niat kita yang tak membelakangkan agama kita,insyaallah tak ada masalah.Apa yang baik kita boleh ikut,yang tak kena dengan haluan agama kita,tinggalkan ajelah,simple.

Mamaleesya said...

raidenovich: Tidak semua umat Islam mudah goyah dengan fakta yang tidak jelas. Tetapi agak keliru dengan banyak pendapat dari para ulamak juga.

Meski pun niat kita baik dan tidak membelakangkan agama, tetapi pendapat orang tua tetap kita terima. Kata orang 'tak ada yang lama maka tak adalah yang baru'.

Peace no war :)

Christian Tadeo said...

hello, nice blog you have, i am thinking you might like to exchange link with me so i can visit you everyday if i have my time, if you want to please visit back here and comment on the exchange link section so i know, thanks! http://literasura.blogspot.com

Mamaleesya said...

Chris: Hye! tqvm for visiting my blog. I've already add ur link in my blog. Keep in touch ok :)

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)