Thursday, September 15, 2011

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah

Kebiasaan bagi para wanita diberikan soklan begini:


1) Dah ada sape-sape di hati ke? *soklan biasa time single mingle*

2) Bila nak makan nasik minyak? *kalo dah ada calon*

3) Dah ada tanda-tanda ke? *baru kawen 2 minggu dah ada dah yang tanya*

4) Takkan sorang je kot? *soklan ni keluar bila anak sulung dah masuk umur setahun*


Begitulah soklan-soklan yang selalu diterima oleh seorang wanita. Special kan jadi wanita? Banyak betul persoalan dalam hidup yang kadang-kadang terkedu nak dijawab. Dolu-dolu mama hangeeen gak dengar soklan-soklan tu *darah muda katakan*, tapi sekarang ni dah jadi mama...buat tatau aje la. Ape ader hal kan?


Persoalan sebenar yang mama nak bincangkan di sini adalah, bila dah ada anak...mudah ke nak didik anak tu? Tambahan di zaman serba mencabar ni. Rasanya belum cukup lagi ilmu didada untuk mendidik anak. Kalau manjakan sangat anak takut-takut dia kehilangan sifat kreativiti dan iltizam dalam melakukan sesuatu keje. Tapi jika terlalu berkeras atau terlampau disiplin akan menjadikan dia degil dan luka perasaan akan membawa sehingga ke dewasa pulak nanti.


Gambar hiasan



Jadi mama ni memerlukan trillion kesabaran, istiqamah dan kasih sayang. Tanpa elemen-elemen tersebut memang amatlah susah hendak membentuk dan mendidik anak-anak.


Seperti kata-kata hikmah:


“Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya, tetapi dengan seringnya ia menitik”


Bukan mudah ya untuk memberi pemahaman kepada seorang anak kecil. Berkali-kali kita kata "NO", tapi si syomel tetap lakukan juga perkara yang kita tidak suka berulang kali. Anak-anak di usia 1-2 tahun seperti Aleesya masih tidak dapat memahami arahan dengan jelas dan masih melasak tanpa tahu perkara tersebut betul atau salah.  Ikutkan hati yang marah memang nak cepuk je kan? Dalam situasi beginilah kesabaran memainkan peranan penting.


Istiqamah yakni berterusan perlu untuk terus menasihati anak supaya dia tahu perkara yang dilakukan itu salah. Tanpa kesabaran macamana nak hadirnya istiqamah tersebut. Dah tentu-tentu give up punye. Hadirkanlah kasih sayang juga. Kasih sayanglah menjadikan kita terus menerus mendidik mereka tanpa jemu. Walaupun mereka sentiasa melakukan kesalahan, kasih sayang yang ada dalam hati melahirkan kemaafan terhadap anak. That's why lah, sorga itu di bawah telapak kaki ibu.


Lagi satu yang perlu kita lihat adalah siapa yang menjaga anak kita semasa kita bekerja. Adakah dia seorang yang sayangkan kanak-kanak atau seorang yang tidak sabar. Kita sendiri dapat menilai kelakuan anak kita itu dengan melihat perlakuan dia di rumah. Sekiranya orang yang mendidik sering memarahi maka anak akan merasakan perkara itulah juga yang perlu dilakukan apabila keinginannya tidak dipenuhi. Kalau kita selalu marahkan derang dengan mencubit, dia juga akan mencubit kita atau orang lain juga. Jika kita merasakan individu tersebut tidak sesuai dalam mendidik anak kita, eloklah ditukarkan dari awal. Ianya akan mempengaruhi perkembangan mental dan emosi anak yang sedang membesar tersebut *Aleesya dah 3 kali mama tukarkan BS, alhamdulillah yang baru ni elok*.


Terapkan nilai-nilai murni dan keagamaan kepadanya. Jangan hanya jasmani sahaja tanpa pengisian rohaniah. Kerana anak adalah asset paling berharga melebihi segala harta benda yang kita miliki di dunia ini. Mereka adalah saham dunia akhirat. Setelah kita tiada lagi di dunia ini, harapan kita agar mereka mendoakan kita. Sesungguhnya doa anak yang soleh itu lebih mudah diterima Allah.



Gambar hiasan



Akhir kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Photobucket

10 comments:

Cho Zila said...

soalantu akak teringat masa akak belum kawen tapi usia dah tak berapa muda.. jumpa sorang kawan yang dah kawen tapi takder anak dia kata jangan kecik hati sangat dengan soalan2 ajaibtu kerana lepaih tanya dah kawen, tanya nak dapat anak , tanya bila nak tambah anak, dah ramai ngat anak dia tanya lak kenapa ramai sangat tak merancangker.. so usah dilayan kitakan wanita so spesel....

Nora Shahaira said...

macam..macam kalau nak kirakan mulut orang ni..biarlah..soalan memang sentiasa ada..kreatifnya mereka membentuk soalan tak boleh nak di sangkal..cuma sedap atau tak sedap di dengar je..

memang cabaran terbesar mendidik anak..tapi bukan terletak hanya pada ibu..dengar kuliah maghrib semalam..itu adalah tanggungjawab terbesar ayah..sepatutnya ayah lah pendidik fardhu ain..tapi, melihat zaman sekarang..payah tul..berjemaah bersama keluarga pun boleh di kira..

Mama Kembar Tiga said...

agreed! soklan tu semua soklan tak bleh blah hehehe. mama yg dah ada tiga anak ni pun slalu ditanya bila nak tambah anak? Adehh yg ada ni pun dah cukup mencabar utk dibesarkan hehe

and also agree membesarkan anak bukan benda mudah.

sal ya said...

memang bukan keje mudah. kalau ada anak lebih dari srg lagi la macam2 fiil boleh blh tgk. kdg2 mcm nak hlg sabar jgk. tp diaorang bkn tahu apa2 pun. kita la yang kena pandai didik dia orang kan? kene ada 1001 kesabaran...

ayeesha anna said...

cho zila: hehe itu la tuu. Banyak nau soklan kan? Letih gak nak menjawab bukan sorang dua pulak tu yang bertanya, beribu-ribu lemon. Tapi tak kesahlah, asalkan kita hepi ok la kan.

ayeesha anna said...

akak nora: memang kreatip sesangat. Tu sebab mama kalo nak terlepas soklan-soklan macamtu kat orang len, mama pikir jap. Mama pun penah terkena, tau pe perasaannya.

Ibu bapa memang memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak. Anak umpama kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka

ayeesha anna said...

mama kembar3: Huihhh! mama kembar dah ada 3 sekaligus pun orang tanya. Wow! memang hebat orang yang bertanya tu. Bkn senang nak jaga kembar 2 apatah lagi 3.

Zaman sekarang canggih semua teknologi di hujung jari. Lagi menakutkan utk menghadapi cabaran mendidik ana di zaman moden ni

ayeesha anna said...

anisalya: tu laaa...kekadang memang nak hilang sabar gak kan? Kita manusia biasa, pasti tak terlepas dari semua itu.

Kalo anak mama 3, 4, 5 tak tau pulak camne keadaannya.

syazwan tahir said...

slm..hye hot mama mamaleesya! terima kasih sudi singgah di belog enciksyazwanpunyablok.blogspot.com :) belog mamaleesya nice ! :D.

ayeesha anna said...

syazwan: hye syazwan salam kenal. Singgah menyinggah amalan mulia dan dapat ilmu baru jugee. Ur blog also nice