Tuesday, September 20, 2011

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Dekat radio masih bergema lagi lagu raya, besh sukee sangat. Teringat balik aktiviti raya haritu. Lepas seminggu berhari raya di Taiping we olz balik ke KL dulu. Rehat-rehat kat our mini home sehari pastu cargas balik N9 pula. Agak lama juga mama tak balik sana. Every Sunday ayah Aleesya ada kelas so berbulan-bulan tak balik.


Lambaian desa terchenta memang memberi kesayuan di hati mama ni. Sebelum ni tiap kali nak balik ke sana arwah abah akan call berkali-kali dalam perjalanan balik tu. Dipesannya macam-macam. Risau sangat arwah dengan keselamatan kami. Masa tu Aleesya pun belum lahir lagi ke dunia ini.


Sesampai di kampung amat tenang rasanya, pokok-pokok getah dan kelapa sawit melambai-lambai menyambut kedatangan we olz. Kerana berjasa dengan pokok getah inilah, mama dapat di sekolahkan sehingga ke menara gading. Sangat berbangga mama menjadi anak FELDA. Walaupun we olz hanya perantau di N9 dan tiada saudara mara di situ, tapi jiran-jiran sekeliling selalu mengambil berat.




Segarnyeee udara kat sini
Tak macam kat KL kan mama, banyak nau asap




Sonoknyeee Akma berlari-larian
Kasut mana?!




Arwah abah selalu duduk kat sini sambil melambai tangan time mama nak balik KL
Miss him so much

Sekarang cucu-cucu sorga inilah menghiasi tempat ni
Bermain-main, bergurau senda





Tengah bergotong-royong mengemas laman untuk yaye ke lalings?



Berhari raya di N9 tidaklah semeriah di Taiping, sebab we olz balik dah hari raya ke berapa dah kan. Kat kampung biasanya tak macam kat bandar, dah habis raya pun masih ada open houze lagi. Tapi yang paling penting, mama sefamili dapat bersama di hari mulia dengan gembira.



Sempat juga mama sefamili menziarahi pusara arwah abah dan arwah kakak. Melihat kemboja putih di sana sini membuatkan hati semakin rindu. Rindu pada mereka. Aleesya dan Akma pun berkaki ayam turun untuk ke pusara Tok Wan dan Mak Long nya. Oh anak, apalah yang mereka mengerti tentang pemergian yang hakiki. Yang boleh membuatkan hati menjadi bisu dalam beberapa waktu yang panjang.




Photobucket

6 comments:

e.l.i.z.@ said...

kt felda mesti byk tanaman kan

Mamaleesya said...

Byk dear, main petik je kt blkg rmh

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

anak2 suka balik kampung yg banyak pokok.. anak2 saya kesian dua2 belah nenek kat kl..hurmmmmmmm

Nora Shahaira said...

huh..mak akak kat perak nun pun dah tak macam duk kampung..rindu suasana kampung

Mamaleesya said...

baby: Yesza, derang suka main-main kat laman sambil petik bunga dan kejar anak ayam hehe

Mamaleesya said...

akak nora: kalo duduk kawasan taman perumahan dah tak macam kampung dah. Rasa duduk kat teres kat KL je :)

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)