Monday, October 31, 2011

Hari-hari adalah festival

October 31, 2011 14 Comments
Cewah tittle kemain lagi.


Haritu mama dan Aleesya ke sopeng mall baru buka kat Danau Kota tu. KL Festival City. Mama pestime pegi ngan Aleesya wiken 2 minggu lepas.



Okeh banyak gambar kali ni coz kumpul dari wiken 2 minggu lepas. Berapa lama daaa tak hapdate belog. Mood menghapdate ke kutub utara, kutub selatan :P



Bersiap sedia nak ke festival




Dah macam boboi dah rupe diye




Masyammm je muka tu
Takde mood, nantok baru lepas mandi bawak gi jalan



Moncong lagi?




Seoul Garden
Tak pasti halal ke tak sebab mama tengok takde pun logo halal




Masuk Parkson pulak
Tak abes-abes lagi dengan Shasha diye tu




Berehat sebentar
Kita minum duluuu
Sila buat macam rumah sendiri

Tantek jugak cadar Hello Kitty ni
Cadangan makeover bilik Aleesya pun ok gak ni



Seronok berlarian
Yang tak seronoknya mama yang kena kejar




Okeh di bawah ni pulak gambar we olz bertigaan pegi KL Festival City kelmarin
Dah nak totop dah masa tu



Dapat main car lagi
Weeeee!


Tempat beli token guna machine
Ada lebih 7 hengget lagi token sebab ayah beli token 10 hengget
Esok lusa bole main lagi kan yayang
Mama simpan token tu



Naik dinasour pulak
Tak banyak pilihan mainan kat situ, maklumlah baru open




Eh eh, pandai ke tu bawak kapal selam?





Sedang panggil ayah ajak naik sama




Sape lalu sini, Aleesya cedok eh



Pendapat mama tentang sopeng mall baru ni? Besh. Sebab dekat ngan umah, macam-macam ada tapayah pegi Sogo, The Curve atau sopeng mall yang jauh dari umah. Bagi mama yang suka sopeng dan cuci mata ni sume sopeng mall besh ^_^


Photobucket

Friday, October 21, 2011

Jalan-jalan sambil teman BFF survey handphone baru

October 21, 2011 6 Comments
Hari Jumaat biasanya rehat lama sket dalam 2jam 45minit so, time to cuci mata sambil JJCM dengan BFF mama. We olz pegi carrefour je coz BFF mama nak survey handphone baru.


Dia nak cari henpon yang ada keypad *takmo touch screen* dan bole buat video calling. Booth pertama yang we olz pegi tu okay jugak harga diye. Memula we olz tengok henpon Samsung. Tapi the problem is, BFF mama tak suka henpon touch screen. Samsung boleh dikatakan banyak keluarkan model touch screen.



Picture credited to Google

Samsung Galaxy SII
Ni model paling ngetop kan
RM1,700.00
Memang tip top
Reject becoz touch screen



Pastu dia keluarkan 2-3 bijik lagi model Samsung dan Blackberry:-

1. Samsung Ace - OK, tapi tak bole video call (RM799.00)

2. Samsung Galaxy S - OK juga, tapi mahal gak (RM1,399.00) (AP)

3. Samsung Galaxy S Plus - OK,  Original by Samsung (RM1,299.00)

4. Blackberry Bold 3 - Qwerty kecik sangat susah nak taip sms + takde video call (RM1,300++)

5. Blackberry Bold 4 - Mahal banget + takde video call (RM2,200.00)



Tiga atau empat booth juga we olz pegi. Harga lebih kurang je. Tapi susah juga nak cari yang keypad dan bole video call. Kebanyakannya Nokia jez. Okey next time sambung survey lagi BFF mama kata.


We olz sempat masuk Wah Chan jap. Survey harga emas pulak, sekarang harga emas segram RM189. Mahal lagi kan?


Dah pukul 2.15ptg rupenye. We olz gi mamam jap kat Restoran Rasamas. Mama dan BFF mama sehati sejiwa mamam Chop Ayam Panggang. Makan punye makan tengok-tengok dah pukul 2.45ptg. Lambat sudah. Rushing balik opis, sampai opis pukul 3.15ptg. Bos pandang je ^_^



Okie camat berhujung minggu. Musim hujan sekarang ni kan, jaga anak leklok.






Photobucket

Thursday, October 20, 2011

Lunch hour yang dot dot dot

October 20, 2011 4 Comments

Lunch hour tadi mama & bff mama pegi JJCM ke Ice**** Bff mama kata nak makan yang berkuah. Sebelum ni memang we olz penah makan eskrem kat Ice**** tu, tapi tak penah pula order makanan. Harini kononnya nak try mana tau sedap. Bff mama order bihun tomyam seafood & air 100 plus. Mama pulak order noodles & soup spicy *lebih kurang gitu la nama menu tu* dengan air fresh orange. Menu pun sampai, sekali tengok mee yang diye guna tu megi. Cet, baik mama masak kat opis je. Kuah diye pulak sup yang cair pastu taruk cili paste. Rasa dia? Mama bagi 1/10. Kenapa? Yu olz try sendiri tengok. Adehhh nasib baik mama tak lapar sangat. Memang pasni tak order dah menu lain selain eskrem kalo masuk situ.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Owh my sweetest sweet...Kau ilhamku

October 20, 2011 6 Comments
Today mama nak cerita aktiviti we olz di hari Sabtu yang lepas. Pagi-pagi tu seperti biasa menjalani rutin harian, masak, membasuh, melipat, mengemas etc. Dalam pukul 3ptg we olz keluar. Hujan turun masa tu. Ayah kena masuk keje pukul 4ptg, makanya we olz ikut sekali. Parking dekat opis ayah. Then mama dan Aleesya naik chungginton lagi ke KL Sentral sementara nak tunggu ayah siapkan keje apa yang patut.



Sessi menunggu chungginton
Nampak je chungginton gelak sakan
Beshnyee jadi bebudak, mende simple pun bole buat derang hepi



Sampai je di KL Sentral tempat pertama we olz pegi adalah mencari makan. Mekdi la apa lagi, tak jemu-jemu Aleesya mamam bubur Mekdi. Kali ni mamam sket je, lebihnya mama tapau sebab Aleesya dah bising nak jalan. Mama pun bawa diye ronda-ronda kawasan KL Sentral aje lah. Nak pegi sopeng kompleks lain jauh dari opis ayah dan kene lintas jalan bagai, leceh pulak.




TENGOK
Lajuuuu je, bukan nak tunggu mama
Pangai sebijik sejebon ayah diye *lambat tinggal*




Dah fenat berlarian, berurut jap kat sini




Lima belas menit bergayut kat public fon
Pung pang pung pang berceloteh ngan tok diye la konon-kononnya
Haih, macam-macam la kamu ni yayang




Sempat lagi melompat naik token car ni
Cet dah rosak telan duhet :P




Tunggu chungginton untuk balik ke opis ayah



Sambung berjimba bertiga-tigaan ke pasar malam Melawati pulak pastu.




Photobucket

Tuesday, October 18, 2011

Tutorial Maxis broadband setting untuk pengguna Samsung Galaxy Tab P1000

October 18, 2011 8 Comments
Tutorial ni mama buat sebab mama penah search cara-cara setting di Google tapi tak jumpa. Lastly mama call Maxis Centre untuk dapatkan setting.



Picture credited to Google


Khas untuk pengguna Maxis broadband dan menggunakan tablet pc jenis Samsung Galaxy Tab P1000 sahaja *Digi dan Celcom setting lain*. Mesti yu olz ada Maxis broadband kan, then nak guna maxis broadband tu kat tab. Bole ajeee. Memula keluarkan Maxis broadband kad tu then pasang kat tab. Lepastu ikut step berikut:


1. Pegi ke bahagian - Setting



2. Klik - Wireless and network



3. Klik - Mobile networks



4. Klik - Use packet data (pastikan bertanda right) pastu klik OK



5. Klik - Access Point Names



6. Klik - Maxis 3G WAP



7. Klik - APN (tukar perkataan unet ke perkataan maxisbb) pastu klik OK
    - bila dah klik OK tu, APN akan keluar perkataan APN maxisbb



8. Klik - Proxy (padam semua nombor-nombor yang tertera, kemudian klik OK)
    - bila dah klik OK tu, Proxy akan keluar perkataan Proxy Not Set


9. Klik - Port (padam semua nombor-nombor yang tertera, kemudian klik OK)
    - bila dah klik OK tu, Port akan keluar perkataan Port Not Set


10. Klik - User name (taip maxis kemudian klik OK)
      - bila dah klik OK tu, User name akan keluar perkataan User name maxis


11. Klik - Password (taip wap kemudian klik OK)
      - bila dah klik OK tu, Password akan keluar perkataan Password ***


12. Klik - Server (padam semua nombor-nombor yang tertera, kemudian klik OK)
    - bila dah klik OK tu, Server akan keluar perkataan Server Not Set


13. Klik - MMSC (padam semua nombor-nombor yang tertera, kemudian klik OK)
    - bila dah klik OK tu, MMSC akan keluar perkataan MMSC Not Set


14. Klik - MMS proxy (padam semua nombor-nombor yang tertera, kemudian klik OK)
    - bila dah klik OK tu, MMS proxy akan keluar perkataan MMS Proxy Not Set


15. Klik - MMS port (padam semua nombor-nombor yang tertera, kemudian klik OK)
    - bila dah klik OK tu, MMS port akan keluar perkataan MMS Port Not Set


16. Klik - MCC (padam semua nombor-nombor yang tertera, kemudian taip 502 pastu klik OK)
    - bila dah klik OK tu, MCC akan keluar perkataan MCC 502


17. Klik - MNC (padam semua nombor-nombor yang tertera, kemudian taip 12 pastu klik OK)
    - bila dah klik OK tu, MNC akan keluar perkataan MNC 12


18. Klik - Authentication type (klik None)
      - bila dah klik OK tu, Authentication type akan keluar perkataan Authentication type None


19. Klik - APN type (klik internet)
    - bila dah klik OK tu, APN type akan keluar perkataan APN type internet


20. Ok dah selesai tu klik Menu (button lambang macam tingkap kat belah bawah tab tu), then klik Save.



Peringatan:
Taip perkataan-perkataan tu semua dalam huruf kecil SAHAJA yea. Contoh: maxisbb



Sekarang yu olz dah bole melayari internet menggunakan broadband di tab yu olz. If yu olz dah taknak guna tenet jangan lupa offkan tenet menggunakan cara 1, 2, 3 dan 4. Di cara ke-4 padamkan tanda right.


Sekian.


Photobucket

Monday, October 17, 2011

SALE!!! situ sana sini

October 17, 2011 14 Comments
Semalam lepas antar ayah Aleesya ke U.M, mama ngan Aleesya seperti biasa mesti nak pegi berjimba berduaan. Kebetulan lalu kat situ ternampak Sogo dari jauh. Lyn *my niece* kata ada warehouse sale, nak pegi ke tak eh? Takpela try pegi tengok, kalo sekali round tak dapat parking balik aje lah. Turun je basement parking macam tau-tau je apa dalam hati mama ni, parking B3 manyakkkk kosong. Bersedia mengosongkan poket purse jap lagi.


Sogo buat SALE masa gaji tinggal nyawa-nyawa fish...grrrrr. Ce buat masa ujung-ujung bulan kan besh. Tapi ada gak bagusnya, kalo buat masa gaji lagi banyak duhet abes kan. Orang femfuan biasa laaa hiks.


Sampai je we olz terus naik lif. Lyn cakap kat tingkat 7, tapi mama tengok ramai banget orang turun kat tingkat 6 ni. We olz pun folo aje la. Tak ramai sangat orang macam selalu siap himpit-himpit *maybe tak ramai yang tau kot kat atas ni ada sale*.


Okies layan gambar sambil bercerita eh.


See...
Warehouse clearance sale up to 80% okeh

Department ni ada jual segala mak nenek langsir, cadar biasa + cadar peranten, bolster, pillow & towel
Seme seshantekk, tapi tak sempat rembat sebab Aleesya berlarian
Risau mama takut diye hilang celah cadar, siap tawaf 3-4kali mengejar diye

Takpe kat Jusco pun ada anniversary sale 70% sampai end of this month
Nanti bole skodeng sesorang tak bawak Aleesya




Aleesya tetiba nak naik stroller display kat situ, pastu takmo turun-turun
Mama terpaksa tolak diye, ala-ala macam nak beli stroller tu
Bagus gak tak fenat mama nak kejar diye




Ni pulak bahagian dalam
Memacam adaaa
Pinggan mangkuk, kuali, sport shoes, baju baby, toys, food, pempes, barang letrik, etc
Memacam brand ada, dan harga murah-murah




Mama snap pixca ni dari atas stage
Kat atas stage tu ada baju baby
Mama pun skodeng tengok
Aleesya behaved je dok bawah bila dapat num Vitagen




Okey ni pulak Dept baju bajan kids, mens & women
Baju budak memacam brand ada
Diesel, Poney, Hello Kitty, Miki, Soda, Kiko, Kiki Lala, etc
Beg Shasha pun ada *nasib baik seme beg sekolah yang besar-besar tu, so Aleesya takmo*
Nak pitam mama tengok sebab semenye murah-murah
Top Aleesya harga 10 hengget pun adee




Department ni lepaking paling lama *sampai Aleesya naik buhsan*
Sempat tergolek dari stroller lagi sebab berdiri dalam tu

Mama sempat juga rembat untuk ayah. Tiap kali sesopeng mesti tingat kat ayah Aleesya.




Department ni femfuan suke
Ada handbag, shoes, perfume dan 'sotong kering' :D

Kasut Vincci dan Sachs murah-murah
10 hengget ke atas
Mama tak beli pape kat department ni




Patah balik ke dept home furnishing sebab kejar Aleesya
Dah nantok tapi tetap aktif



We olz dah fenat, dan kelaparan.
3 jam kat situ mana tak lapar huhu.
Sempat beli serba sedikit barang-barang keperluan biasa je.
Selebihnya untuk Aleesya tershayang.




Hasil rembatan untuk Aleesya.
2 top Miki, 1 top Snails dan 2 pants Poney  

*Jangan kata ai show off pula yea publish gambor ni. Takde maknanya nak show off beli baju budak, seme orang mampu beli time sale ni murah giler okeh*
Memori ni untuk tatapan Aleesya bila dah besar sok, tengok kehepian mamanya bersopeng untuk diye ajee.




Balik je our home sweet home, Aleesya duduk setempat je time makan tak macam selalu siap kena kejar.
Mamam satu mangkuk bubur Mekdi tu abes kat diye sorang je.
Lepas mamam, mandi...titon.



Okey selesai sudah ceritera sopeng minggu lepas.
Daaa.



Friday, October 14, 2011

Shopping dan berbelog aktiviti yang tak dapat dipisahkan

October 14, 2011 10 Comments
Bila banyak je idea nak taip entri, mood takde...bila mood ada nak taip entri, idea pulak takde. Point-point sume ada nak tulih, tapi berterabur pala otak ni. Tatau la. Nak kata PMS belum masanya lagi. Adehhh...mama memikirkan tentang ISO ni. Banyak mende lagi tak setel. Dah tu sekarang ni fenin lah fenin lah.


Never mind, sume tu bole cari jalan penyelesaiannya. Now kena berterapi minda, firstly mama pegi bersopeng je lah. Tadi mama pegi Metrojaya *sengsorang je*, coz jiwa tengah kacau banyak pikir ni elok jenjalan solo molo aje. Sampai-sampai je mama pegi soru dulu, lapar la pulak sebab pagi tu makan bubur nasik je. Mama makan kat Marry Brown aje sebab tade pilihan lain, kedai makan lain non-halal. Not bad jugak ayam goweng kat situ.



Pastu mama pegi Metrojaya belek-belek cadar, hmmm nice jugak. Tapi sabar dulu tak rembat lagi sebab my niece cakap kat Sogo ada warehouse sale start semalam sampai Ahad ni. Tengokla kalo rajin nak bersesak-sesak tu bole la pegi. Kalo tak beli ajelah kat sopeng mall terdekat. Patah kaki pulak pegi tempat ramai-ramai ni rasa nak pitam je.


Then mama pegi Reject Shop kat tingkat atas Metrojaya tu. Besh gak ada sale. Mama suke sopeng situ sebab murah, cantik, kain sejuk, banyak design baju. Bukannya reject apa pun kan, kekadang butang tercabut, kekadang terjahit dua kali gitu aje lah defect dia. Kalo pandai pilih, takde pun defect maybe design tu dah old season so derang masukkan kat Reject Shop. Pilih punya pilih, tengok-tengok dah pukul 2.30 p.m. Dah terlewat, lastly sempat sambar 2 helai baju tidur aje, baju Aleesya yang cumil pun tak sempat beli.


Terapi minda kedua dah tentu-tentu lah berbelog. Tempat meluah perasaan walaupun tak semuanya. Kadang-kadang ada yang perlu disimpan untuk diri sendiri. Belog ni memang banyak kisah familia, kisah Aleesya, kisah personal gitulah. Sape yang memang suke baca memang akan folo baca, sape yang tak suka tu maybe akan cakap asyik-asyik citer pasal anak, pasal asben, pasal famili, takde citer lain ke? Hmmm memang takde cite lain sebabnye belog ni belog peribadi yang berkisarkan kisah mama dan familia sehari-hari. Jika nak cari info pasal kete ke, gadget ke, citer retis ke, silalah ke belog berkenaan. Dan kalo tak suke baca belog mama ni silalah klik kat button X sebelah atas kanan itu yea.



Now, meh mama tempek wajah kesayangan mama sebagai penutup citer.




Aleesya's new hairstyle
Mama yang potong rambut diye ni
Nasib baik diye reti dok dendiam
Mama potong rambut depan je, rambut belakang nak biarkan panjang



Okie dokie, masa dah time.

Selamat berwiken sume. 
Sayangilah familia anda kerana merekalah yang selalu ada di waktu susah atau senang.


Photobucket

Thursday, October 13, 2011

Menghibur hati ertinya...

October 13, 2011 6 Comments
Tidak membiarkan hati merana, berduka,
dan bersedih dgn masalah-masalah duniawi ,
yang takkan berakhir hingga akhir hayat nanti


Mengapa memilih SEDIH jika ada GEMBIRA,
mengapa memilih DUKA jika ada SUKA,
dan mengapa memilih DERITA jika ada BAHAGIA


Jika hidup memberimu 100 alasan untuk MENANGIS
Tunjukkanlah bahawa kamu masih memiliki
berjuta-juta alasan untuk TERSENYUM



Photobucket

Wednesday, October 12, 2011

Berdua lebih baik tapi...(Part 2)

October 12, 2011 14 Comments
Sambungan dari entri ini.



Masuk je dalam KLCC tu tempat pertama yang we olz tuju adalah Isetan, ada sales baju bebudak. Blink-blink dah mata mama tapi...


Aleesya lagi laju dari mama. TENGOK.



Dalam proses mengepow mama Barney sekor




dan lagi




Dah pegang rabbit dengan sling bag shasha satu



Merajuk mama tak belikan beg shasha tu, hampir nak nangez  guling-guling tapi mama dukung diye cepat-cepat *kaver line hehe*. Bukan mama takmo belikan beg shasha tu tapi kat pasar malam baru 10 hengget tapi kat situ almost 39 hengget *tu laa sape suruh bawak anak jalan tempat gitu, amekaw*. Mama taknaklah ajar diye selalu belikan barang mahal, belajar hidup susah yea yayang yea. Mama dulu mana ada beg shasha ke shashu ke, beg cap hayam aje okeh.



Belum abes lagi citer kat Isetan, masa Aleesya nangez-nangez tu ada pulak Happy Hour Barbie, payung ngan topi memang murah...tapi disebabkan Aleesya moody apa pun tak dapat beli. Diye nak spek hitam Pooh lepas tu, tapi mama kata kat diye haritu kan dah beli spek Barbie. Nasib baek pastu diye diam.



Pengajarannya kalo bawak anak tempat ada menan kena bawak duhet 2-3 guni baru cukup sebab kalo bole satu mall tu diye nak beli. Adoyai pangai sapeee la tuu :). Mama-mama sume tau la kannn, rege barang menan kan mahal, barang-barang budak ni sume boleh dikatakan mahal lah. Kasut mak budak baru 10 hengget kasut derang 50 hengget, dah la tu kecik cinonet je kan. Tapi sayang punye pasal, beli juga la. Tapi tak bole selalu okey yayang *ingat pesan mama tadi BELAJAR HIDUP SUSAH*.



Then, we olz kuar dari situ pegi cari mamam. Mama kenyang lagi sebab masa kat umah dah mamam bihun sup. So Aleesya aje la mamam bubur mekdi ngan air Lilo *Milo*.



Si budak muka bulat yang hepi dapat jenjalan



Aktiviti lepas mamam pulak


Aktiviti wajib tiap kali pegi mall adalah seperti gambar di atas


dan gambar di bawah



Dahaga eh anak mama ni
^_^




Tau takut naik ni bertiga orang ngan anak sape entah kat situ





Lepas satu kedai menan, ke dua kedai menan sume we olz masuk. Then apa jadi?



Fengsannnn



Turn mama pulak nak cari apa yang telah di plan. Cincin untuk ayah sempena arniberseri bulan depan *saja cari awal-awal senang nak tempah takut tak sempat siap*. Pusing punye pusing level 2 tu tak jumpa, pusing lagi sekali. Tak puas hati turun level 1 pulak. Nan ado jugak. Last-last mama dah tak larat nak cari, mama tanya je concierge counter tu. Gurl tu cakap, Baush K dah tutup kak. Grrrr...fenat je cari.


Cargas we olz balik. Dalam hati mama, memang lepas ni kalo jumpa je kat mana-mana kedai mama terus rembat. Dah nak patah kaki mama rasa, bukan fenat cari cincin punye pasal...tapi fenat meronggeng ngan Aleesya + mengejar diye. Berdua lebih baik tapi...kalo selalu fengsan. Bersyukur ayah selalu ada, macamana lah keadaan mama-mama yang somi derang keje jauh *memang supermak betul*.


Kisah mencari cincin arnibeseri kita citer kat entri lain eh.


 

Besh jugak naik changginton ni mama
Lenkali nak naik lagi yea mama





Photobucket

Tuesday, October 11, 2011

Berdua lebih baik tapi...(Part 1)

October 11, 2011 8 Comments
Last Sunday mama dan Aleesya tinggal berdua je kat umah. Seperti biasa ayah pegi kelas, tinggal kami je tak tau nak buat ape. Aleesya pulak batuk sebab cuaca sejuk kan lately.


Mama pun cargas menyuapkan Aleesya mamam breakfast, mandikan, siapkan diye pakai baju long sleeve dan jeans *senang pakai jeans, kalo pakai skirt tak berkenan tengoknya bila diye melasak*.



Kali ni we olz jenjalan jauh sket, pegi KLCC. Walaupun LRT tu sekangkang kucen je dari umah tapi Aleesya tak penah naik lagi okeh. Mama pun together-gether ngan Aleesya ke kete kununnya nak bawak kete bebetul parking dekat-dekat ngan tren, sekali tu ada kete jiran blok la pulak. Hmmm, terpaksa la we olz menapak. Tapi bukan jauh pun, Aleesya suke la...mama je tak suka menapak. Kalo bole mama nak parking dalam tren tu *huh tak munasabah langsung kan?*


Sambil menapak berdua-duaan tu mama nak bagi mood Aleesya ok mama pun nyanyi la lagu changginton *ejaan taktau betul ke tak*, alaaa kartun keretapi tu. Aleesya gelak-gelak punye la suke, sampai kat train nampak train diye buat tak heran je. Macam dah biasa naik je gaya diye.


Bila masuk je dalam train tu, ada sorang mamat ni bagi mama duduk...tapi mama letak Aleesya kat kusi bagi diye tengok luar. Diye selamba jugak. Tapi bagus diye behaved je dalam train, tak kaco orang tak lari sana sini.



Sampai je kat train KLCC siap! Diye dah start enjin. Berlari-lari la mama sama :P.


Alamak dah nak balik lah...esok mama hapload gambor eh. Nak pegi menyopeng barang dapor kat Carrefour kena on time balik hehe.


Bersambung...


Photobucket

Monday, October 10, 2011

Hari-hari ceria kerana ada KAMU

October 10, 2011 6 Comments
Hari-hari pun kita kena ceria dan jadikan ianya special...supaya hidup berfamili lebih bermakna dan enjoice. Bukan sehari, bukan dua hari tapi selama-lamanya, maka perlu bajai kasih sayang yang dibina tu.



Seperti biasa aktiviti wajib dalam belog mestilah tempek bahan bukti *gambar ala-ala tahun 70-an*.


Verangan ala pwincess la tuuu
:P





Wah so kiut!!!
Cobit pipi sket bole?





Tengok gelagat pwincess tak reti dok diam





Wif my sweetest sweet
Mama sayaaaaaang sangat kat Aleesya tau






Menikmati panorama indah di Titiwangsa


Tempat ni ajelah yang sekangkang kucen dari umah yang bole bawa Aleesya bermaen-maen dan melihat kehijauan alam di hujung minggu. Alangkah beshnye kalo balik kampung, pokok kelapa melambai-lambai di mana-mana.


Photobucket