Monday, November 21, 2011

Jalan-jalan cari idea dekorasi bilik Aleesya

November 21, 2011 4 Comments
Ni yang mama malas bila lama tak berbelog ni. Bila nak mula berbelog balik, berejam depan pc, idea tak mai. Okeh kita layan gambar ajelah yea. Gambar ni mama amek kat Ikea semalam. Tengah cari idea decorate bilik Aleesya, tapi ya ampunnn...dalam bilik Aleesya banyak nau barang-barang yang nak kena buang. Nak kena sort dulu apa yang tanak pakai lagi. Rumah we olz kan mini je, makanya tak bole nak simpan-simpan barang. Kalo tak jual kat mudah, terpaksa la say good bye je walaupun masih sayang.



Dunia kecil kanak-kanak
Meja makan pun syomel
^__^




Okey jom kita tengok pulak contoh dekorasi untuk bilik si syomel pulak ye
Memang sangat kiut, macam bilik 7 orang kerdil dalam citer Snow White ;)



Sape kata kalo anak gegurl kena beli sume pinky je
Tengok
Kombinasi kaler blue, green dan pink jadi sangat menarik kan
Memang suke sangat dengan Mammut Series ni




Almari dan set meja kerusi kaler pink
Siap ada daun keladi lagi





Eceh...eceh...
Gaya ala-ala kena soal siasat dengan pegawai polis je :P





Ni bilik lain pulak
Tantek juga kaler putih sume
Tapi mama lagi suke design mammut series tadi sebab kalerful



 Kabinet syomel




Walaupun bilik ni sempit
Tapi kalau kena gaya, macam-macam perabot bole letak




Ni bahagian sudut bilik yang sama
Ada white board dan kerusi malas syomel
Sangat kiut, sampai harini teringat lagi kerusi ni
Tapi ayah tak bagi beli :'(




Bilik ni pun nice juga
Nak jimat ruang bole guna katil 2 tingkat
Satu bilik bole tido 4 orang kids



Mama dapat snap pixca di atas pun sebab Aleesya leka main slide ni
Sampai taknak balik okeh





Abes cuci-cuci mata we olz pegi mamam-mamam, pastu together-gether hantar ayah pegi kelas
Ayah tuang kelas, masuk kelas setengah hari je.
Tiap-tiap minggu muka wanted :D



Photobucket

Tuesday, November 15, 2011

Hadiah dari hati

November 15, 2011 11 Comments

Sempena anniversary harini, mama beri pressie simple tapi sangat bermakna untuk sahabat, kekasih dan teman hidup mama. Ni hadiah dari hati mama untuk ayah tau. Cincin tu mama dah tempah lama, tapi baru 3 hari lepas siap. Sampai 3 kali kena resize okeh. Tiap kali lepas resize, mama kena pastikan ayah titon nyenyak untuk mama ngetest size cincin tu. Akhirnya,dapat juga merealisasikan impian mama nak bagi ayah cincin perak. Jangan marah tau ayah. Murah je hadiah mama ni. Yang penting ikhlas kan? Cincin ni mama tempah dengan anak kita Aleesya. Haritu pegi KLCC macam nak fengsan berdua tu sebab nak cari cincin ayah la. Last-last beli kat kedai kat kawasan umah kita je. Dekat bahagian luar tu mama buat engraving nama ayah, bahagian dalam pula mama tulis 'Ever thine, ever mine'. Simbolik sket hehe. Miniature tu pulak mama beli tadi, kebetulan ada jual kat mall dekat ngan opis mama. Ayah kan suka perfume tu *mama pun sama, suka bau ni*. Nak beli yang botol besar maklumla dah tengah bulan ni kan hehe,sape suh kawen tengah bulan kan :-P. Mama beli miniature tu dapat free vials. Oklah, harap ayah suke yea. Hadiah simple dimple dari mama. Nak ucapan jiwang-jiwang, tepat pukul 12 malam tadi kan ayah dah baca kat belog. Hopefully, our familia sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan diberkati. Oh lupa pulak, hadiah tambahan yang tiap-tiap tahun akan ada, dah tentu-tentu puteri kita, Syahirah Aleesya. Happy anniversary sayang.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tanpamu...

November 15, 2011 7 Comments
Dedikasi khas buat suami tercinta sempena our 3rd Anniversary. Terimalah lagu...


.

.

.






Tanpamu - Sabhi Saddi & Helena


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Chorus

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Chorus

Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu


Photobucket

Monday, November 14, 2011

Menu simple malam ni

November 14, 2011 2 Comments

Sambil masak sambil berbelog, hehe bole? Ayam goreng berempah dah siap sume bahan, tunggu diperap lagi sejam. Ayah aleesya balik nanti terus goreng. Makan panas-panas.

Published with Blogger-droid v2.0.1

GPS @ Guna Pun Sesat

November 14, 2011 4 Comments
Semalam kan ada kenduri kawen kat Bandar Mahkota Cheras tu. Ayah ngan mama memang jalan-jalan kat Cheras ni failed sket. Cheras kan luas, memang sesat pun. Tambah pulak hujan lebat sampai tak nampak jalan, dan air pun naik sket kat bahagian tepi jalan. So, we olz pun tengok direction kat GPS lah. Search Jusco Bandar Mahkota Cheras, sekali dia bagi Jusco juga. Ingatkan betul, we olz folo je la anak panah die tu. Pusing 8 kali pun tak jumpa umah pengantin. Laaa rupenye Jusco Cheras Selatan. Boleh perasan pun sebab tanya ada sorang chinese lalu kat tepi kete.


Ces! Memang GPS ni maksud diye GUNA PUN SESAT.


Photobucket

Sunday, November 13, 2011

Hujan itu rahmat

November 13, 2011 4 Comments

We olz ke bandar mahkota cheras menghadiri majlis kawen adik kawan hubby. Hujan lebat juga sampai tak nampak jalan. Sampai je kat rumah pengantin aleesya dah tertido, letih sangat + kesejukan. Lagipun batuk dan selsema dia belum baik lagi sejak sebelum raya haritu. Cuaca sekarang kan tak menentu. Mama temankan aleesya tido je, ayah pegi jumpa kawan die salam-salam sume sebab majlis dah abes. Masa majlis tu, ibu pengantin ditimpa pelamin yang runtuh kerana ditiup angin. Jadi, sekarang sefamili derang ke hospital kajang. Mama dan famili mendoakan semoga ibu pengantin tidak mengalami kecederaan teruk.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

November 06, 2011 4 Comments
Selamat menyambut Aidiladha dari Aleesya, ayah dan mama. Hidup ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Semoga kita sentiasa menghayati erti pengorbanan tersebut. InsyaAllah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 3, 2011

Kelengkapan si comel...worth it tak kalau beli?

November 03, 2011 13 Comments
Bila dah ada anak ni, semua keperluan si syomel kita nak penuhi kan? Kalau boleh nak yang terbaek dari ladang saje untuk diye. Tapi, kita kena fikirkan juga faktor kegunaan toys tu sume. Ada toys yang kita beli hanya guna 2 atau 3 bulan anak kita pun makin membesar. Dah kena simpan untuk anak seterusnya, ataupun bagi pada sedara mara sebab anak kita dah taknak main dah menan tu. Diye nak toys lain yang sesuai dengan umur diye.


Nak beli peralatan anak pun bukannya murah kan. Kalau nak yang kualiti elok, takde bahan yang merbahayakan kesihatan anak. Tapi mama senang je, mama belikan Aleesya preloved item. Dari umur diye 10 bulan mama start beli toys preloved ni. Coz nak belikan yang baru pun sampai RM200+, pastu guna berapa lama sangat. Nak beli yang murah-murah tu, tau ajela Aleesya ni kan premature baby masa lahir dulu...makanya bila dah besar diye memang hyperactive. Barang-barang diye memang cepat rosak bila dapat kat diye. Ala-ala brutal gak la anak dara mama neh. Kejap je dapat kat diye lingkup :D. So, mama kena beli barang menan yang tahan lasak untuk diye.


Ok, ni bukan iklan berbayar yea :). Mama cuma nak share blog-blog yang mama beli preloved items seperti toys, books, bed, stroller, etc dengan mama-mama di luar sana. Preloved items ni ada yang elok lagi tau. Ada preloved item yang mama beli conditionnya 9.5/10 *almost new*. Contohnya stroller Combi Aleesya. Kalau beli yang baru harganya dalam RM1,200++, tapi mama beli yang preloved dapat dalam RM300.00 je.


Masa mama preggy 2months, ayah Aleesya memang eksaited sangat nak belikan barang baby. Ayah Aleesya belikan stroller Sweet Cherry SCR3 kaler oyen. Sangat striking dan ceria warna tu. Tapi kesudahannya tersimpan je kat rumah, sebab berat dan susah nak pasang. Kena cabut tayar sume. Susah juga la mama nak uruskan stroller tu bila keluar berdua dengan Aleesya je. Tapi takde stroller susah juga, nak mengejar Aleesya berlarian lagi fenat. Tu blom diye punggah barang kat mall lagi,tak fasal-fasal mama kena keje part time susun barang kat mall pulak nanti.


Mama pun ambik keputusan beli stroller yang ringan dan senang nak lipat buka. Beli yang preloved item ajelah. Tapi memang rezeki Aleesya dapat yang masih baru. Maybe pemiliknya guna 4-5 kali je macam mama ngan ayah beli SCR3 tu juga rasanya.


Preloved Combi stroller
Sangat ringan, senang nak lipat, tahan lasak, Japan brand
Stroller ni mama beli kat mudah.com.my

Mama likeyyyy...Aleesya pun sama
Yang paling penting mama ngan Aleesya bole sopeng dan jenjalan selalu
Takkan nak duduk rumah je kan, boring kot




Baru ni ada kawan blogger mama tanya tentang buku Aleesya baca tu. Tu pun mama beli yang preloved juga. Kat sini. Memang worth it, buku tebal dan susah nak koyak. Tau ajela Aleesya, hobinya memang suke koyak kertas.



Buku ni ada rak buku sekali
Ada 8pcs dalam satu rak tu
Tak silap mama beli ni RM28
Dah lama tak ingat hehe
Sama juga beli kat blog juaimurah




Playskool push walker & ride on ni mama belikan masa Aleesya 10months
Condition dia 7.5/10
Tapi memang tahan lasak


Masih elok cuma terkoyak bahagian sticker mata je, lain-lain ok. Aleesya sampai sekarang main lagi push walker ni. Masa umur die 10 bulan dulu dia tolak je sebab bila buka boleh jadi push walker. Memang worth it beli barang preloved. Dapat yang murah dan tahan lasak. Harga diye masa mama beli RM60+ kat juaimurah juga.


Ada lagi beberapa preloved toys yang mama beli tapi mama tak amek pixca. Dari beberapa fb shop juga mama beli *tak ingat dah nak senaraikan kat sini*. Semenya harga berpatutan dari brand Vtech dan Little Tikes.


Coming soon, katil Aleesya pun mama beli preloved item juga. Cosco toddler bed complete with mattress. Hehe tak sabar nak tunggu sampai. Bole mama makeover bilik Aleesya nanti, letak cadar Hello Kitty yang diye sukeeee banget tu. Pinky-pinky mama pun suke ^_^.

Picture credited to Juliana

Cosco toddler bed ni diperbuat dari plastik
Condition 9/10
Senang nak cuci dan kalo terhantuk ke takdela sakit
Pastu ringan, senang nak buka kalo nak pindah rumah

Bole guna dari umur 2y hingga 5y
Sesuai nak latih Aleesya tido kat bilik sendiri
Kalo tak, diye nak nyelit kat mama je



So, dengan cara membeli barang-barang preloved ni. Dapat menjimatkan perbelanjaan di samping dapat beli barang anak yang berkualiti dan tahan lasak. Lepas kita taknak guna nanti bole jual balik kat mudah, sure berebut orang nak beli sebab tau kualiti barang-barang tu sume macamana kan. Banyak belog preloved item kat luar sana, mama-mama sume bole google. Memang menarik tertarik dan affordable price semenye *cewahhh macam mama pulak yang jual barang preloved gayanya hehe*.


Photobucket

Wednesday, November 2, 2011

Fever please go away

November 02, 2011 4 Comments
Aleesya dah nak demam ni, badan panas, muntah. Siannn anak mama. Fever, plis go away. Main jauh-jauh eh, jangan kacau Aleesya :-(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Riang ria di playground

November 02, 2011 0 Comments
Playground dengan kids memang tak bole dipisahkan. Sukeee sangat main kat taman. Nasib baiklah time mama kecik-kecik dulu takde mende-mende ni sume. Main congkak, galah panjang, baling selipar, baling tin, anak patung tu jela permainan mama.


Bebudak sekarang canggih. Kalo umah besar tu, kat dalam umah pun dah macam nursery. Siap ada slide, buaian, horse seme. Disebabkan umah we olz yang cute tu, mana bole nak beli seme toys gitu. Makanya untuk tidak menghampakan Aleesya, we olz bawa la diye ke taman kanak-kanak untuk diye menikmati zaman kanak-kanak dengan riang.




Baru lepas hujan je time ni
Basah lagi slide tu tapi Aleesya nak naik juga

Ayah pulak layankan diye
Sedondon baju anak beranak




Ready?



Go!!!

Weeeee!!!
*Abaikan gambar Aleesya yang goyang-goyang tu, blom ada DSLR lagi hehe*




Kejar jangan tak kejar
Bukan selalu pun kan ayah :)





Ayah tak bagi main slide ni sebab basah
Nanti syomot




Naik titi gantung pulak


Memang lepas habis main kat playground tu, basah kuyup baju Aleesya.
Berpeluh-peluh baju diye hehe.
Eksesais yea yayang




Photobucket

Tuesday, November 1, 2011

Mengantok tahap gaban

November 01, 2011 8 Comments
Bersiaran langsung dari Hotel Renaissance, KL. Mengantuk tahap gaban o_O tiap kali pegi course. Time tutor bagi brief, terbayang-bayang muka cheeky Aleesya. Lambatnyaaaa nak abes course. Rindu sama itu budak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Engkaulah mustika, kasih dan cintaku hanyalah untukmu

November 01, 2011 12 Comments
Tajukkk...sebenarnya mama tengah dengar lagu WOW. Buat tajuk ajelah lirik lagu tu ekeke.


Baru sempat belogkan aktiviti Aleesya pada hari Sabtu 2 minggu lepas di our mini home. Aleesya bangun pagi-pagi terus cari bakul menan diye. Taburkan sume menan, dan enjoyyy!


Baca buku
Tapi bermuka kelat




Main tennis pulak
Muka menten masyam




Dah pandai main
Kenalah kemas balik

Nak tengok mama jadi resaksa gorgom boleh ajeee
Sila biarkan berselerak





Dah siap kemas menan, baru bole kuar jenjalan ukur mall
We olz pegi Courts Ukay Boulevard je


Suke tengok lampu kelip-kelip tu




Ayah pulak tengah skodeng microwave baru
Microwave kat umah baru je terbakar






Mama toleh belakang tengok Aleesya hilang
Aikk?


Cakk!!!




Si budak rambut ketak buat muka blur cari ayah kesayangan
Anak ayah betul




Balik dari Courts Ukay Boulevard
Ayah & mama bawa puteri we olz ke kinik
Ambik ubat selsema sebab Aleesya baru ada tanda-tanda selsema
Bagi diye makan ubat awal-awal sebelum makin teruk


Ok cukup setakat harini
Bye



Photobucket