Thursday, January 12, 2012

Penangan Game Talking Tom




Semenjak Aleesya dah besar ni mama banyak juga cari alat bantu mengajar untuknya. Cara paling senang adalah donlod game ABC, 123, piano untuk dia belajar dalam tab.

Selain tu kalo dia dah boring belajar, mama bagi dia main Angry Bird dan game TalkingTom. Penangan game- game ni memang ada impak positip dan negatipnya. Yang positipnya Alica pandai menyelesaikan masalah dlm game, lebih kreatip. Yang negatipnya, Alica asyik nak pow mama sume barang2 bertemakan Angry Bird. Baru ni dia nak selipar Angry Bird, sebab geng dia kat rumah BS dah ada.

Game Talking Tom pulak memang la bagus. Buat dia hepi, ketawa-ketawa sebab kucen tu tiru apa dia cakap. The problem is time makan pun dia nak Tom temankan dia. Tak dapat tab, ditangkapnya kucen jiran bawa masuk dalam rumah. Pandai pulak tu, memang kaler kucen tu sebijik sejebon kaler tom. Bila kucen tu balik menangis-nangis jenuh mama nak pujuk.

Aleesya, aleesya, semua yang kamu buat walaupun buat mama rasa nak grrrrr, bila ingat balik bole buat mama tersenyum.

Published with Blogger-droid v2.0.1

4 comments:

Fitri Senin said...

Kdg2 kena berebut iphone dgn ank... Adey

Mamaleesya said...

Clever raif :D

anisalya said...

alahai... comel je.

Mamaleesya said...

keletah mengalahkan boy perangai dia anis hehe

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)