Thursday, February 16, 2012

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur

Picture credited to Google


Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. Seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


Kredit: FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

5 comments:

Amie said...

Assalam Mamaleesya,
kaedah ini juga merupakan satu bentuk telepati...menghubungkan minda melalui naluri ibu kepada anak, alhamdulillah... insya-Allah berkesan!

ayeesha anna said...

wassalam amie, TQ sebab bagitau. Rupanya telepati bukan satu benda remeh ye.

Mari sama-sama kita amalkan

Salina@IbuAqil said...

Alhamdulillah!!
Info berguna..
Time tdo ni sejuk mata tgk deme kn dear.. ;)

ayeesha anna said...

salina: itu laaa, geram pun ada rasa nak syiom-syiom je muka deme hehehe

sal ya said...

yup. pernah bc jugak tentang ini.