Tuesday, February 21, 2012

Bercerita tentang morning sickness

Bagi mama-mama sume mesti ada yang penah alami atau ada yang tak penah mengalami morning sickness. Kebanyakan kawan-kawan mama takde morning sickness langsung. Biasanya yang takde alahan langsung tu dapat baby boy. Betul ke eh kalo takde alahan dapat baby boy? Mama pun tak dapat nak pastikan coz arwah kakak mama dulu pun takde morning sickness tapi dapat dua-dua gegurl.


Memang trismeter pertama ni agak tak besh sket *bagi mama la*. Sumenya serba tak selesa. Tapi kalau nak dibandingkan masa preggy kan Aleesya dulu, lagi teruk morning sicknessnya. Memang bau makanan termasuk bau nasik baru masak tu memang tak bole langsung. Nak terkeluar *memang terkeluar pun* sume isi perut mama. Masa preggykan Aleesya lebih kurang 3 bulan lebih jugaklah mama muntah-muntah teruk. Memang melepek je kat rumah tak bole buat keje aper. Sian ayah Aleesya kena masak sendiri bila dia nak makan.


Masa minggu ke-5 mama preggy kali ni ada bleeding sekitar 4 hari camtu. Bila pegi scan doktor kata kantung baby takde pecah atau defect pape pun. Tapi memang kalau ada bleeding tu tanda-tanda keguguran. Doktor kata ada juga sesetengah ibu mengandung yang memang bleeding masa awal-awal mengandung tapi baby takde pape. Mungkin bleeding tu sebab mama lasak sangat bawa Aleesya jalan-jalan siap main basketball kat tempat game dengan Aleesya aritu. Sekarang ni mama memang dah tak dukung Aleesya lagi, ayah yang antar Aleesya pegi umah BS setiap pagi.


Masa tu down la mama sekejap. Ayah kata kalau dah tersurat redha aje la. Doktor ada bagi ubat kuatkan rahim. Mama makan dalam tempoh 5 hari. Lepas 4 hari tu dah stop bleeding. Memang mama berehat je sepanjang 4 hari tu. Pegi keje pun duduk je kat tempat sendiri dan tak lasak-lasak lagi. Lepas hari ke 5 tu dah ok. Mama start makan macam biasa je. Muntah sket2 je kalau mama makan lambat perut masuk angin. Kalau mama makan on time ok je takde alahan muntah cuma pening-pening dan cepat mengantuk je.


Dibandingkan dengan yang 1st preggy kali ni ok sket. Cuma yang buat risau bleeding aritu je. Harap-harap baby tak pape. Mama tak kesah boy ke girl asalkan dia sihat dan selamat. Semoga Allah lindungi dia selalu.





Tima kasih Aleesya sebab tolong jaga mama masa mama morning sickness
Tolong urut belakang mama bila mama muntah-muntah
Ambikkan bantal mama, picit kepala mama, suapkan mama makan
Mama sayang Aleesya sangat-sangat
Anak dara mama yang rajin
Dah ada talent nak jadi kakak
^__^



Photobucket

4 comments:

anisalya said...

saya pregnantkan anak kedua tak ada alah langsung. alhamdulillah. tp nombor dua pun gal jgk. ms pregnantkan Alya saya bleeding. tap alhamdulillah, ok je. tak makan ubat cuma berehat je la. tak buat kerja berat jgk.

Mamaleesya said...

beshnye anis kalau takde alahan kan. Mesti dapat makan apa saje takde nak termuntah. Mama skrg makanan yang mama suka, dah tak suka. Tapi suka makan makanan berasaskan coklat macam peberet ayah Aleesya.

Tu laa, kena rehat banyak kan. Bukannya malas tapi dah tak bole nak lasak lagi mcm selalu.

MaSLiNa said...

Wahhhh... tahniah, Mar.. Aleesya bakal jadik kakak!! nampak sangat dah berbulan-bulan saya tak ngadap blog kan? semoga mama & baby sihat sepanjang kehamilan.. jaga kesihatan ok? pandai la Aleesya tu bawak diri nanti, jgn risau..

Mamaleesya said...

tu laaa windu nak baca entry baru mas. Lama tak berbelog. TQ Mas, insyaAllah.

Tak tau la Aleesya camne lepas dpt adik nanti, hehe ada adik angkat sama besar dengan dia pun selalu dia buli, inikan pulak adik kecik :D

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)