Friday, March 2, 2012

Buah-buahan dari syurga

Buah delima memang banyak khasiatnya, terutama untuk ibu mengandung. Masa mama preggykan Aleesya dulu mama cuma sempat makan 2 biji je buah delima 2 hari sebelum Aleesya dilahirkan ke dunia. Susah nak jumpa buah delima, merata ayah Aleesya dengan tok dia cari. Last-last dapat beli kat kedai jual buah-buah eksport kat pasar borong baru Selayang. Kedai tu tak jual 2-3 biji je, kena beli sekotak. Sekotak ada dalam 12 biji kalau tak silap, harga sekotak RM50 masa tu. Kalau mama-mama preggy nak anak bijak dan bibir merah macam delima makan la buah delima ni. Banyak khasiatnya, jom mama share sket :)


Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
    – Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
    – buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranya sangat mudah Ok lepas makan buah delima jangan buang kulitnya ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk kemudian simpan dalam bekas dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah biarkan ianya kering kemudian basuh.

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Tips memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela. Memang segar betul dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais.

  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnya  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk dan nikmati keenakannya.

Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.

  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.

  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.

  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.

  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.

  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.

  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.


Preggy kali ni ayah Aleesya tak sempat pegi beli lagi buah delima untuk mama. Jadi mama order jus delima je dulu secara online. Minggu depan sampai la kot, baru order tadi je :)


Picture credited to FD Shop
Jus Delima



Photobucket

14 comments:

Misz-ella said...

kak ella kan, kalau teringin nak minum Jus Pomegranate ni, Kak Ella beli yg dlm kotak jer. sedap gak.

ayeesha anna said...

ada jual dalam kotak ye kak, hehe nanti cargas mar pegi cari :)

emarieys said...

best buah delima ni..mom minum jenama giffarine..bila balik sellau cilok minum yg mom punya..mahal harganya

ayeesha anna said...

hehe kalo dah ada kat umah mesti nak cilok juga sket. Yang mama beli ni ok juga rm28 sebotol termasuk postage :)

Unknown said...

mmg ssh nak dapat buah delima ni..t'ingat dulu adik ipar yg dok kat sarawak m'idam nak makan buah delima...gigih minta kan dgn jiran makcik yg b'bangsa cina...sbb klu kt jb mmg org cina rajin tanam depan umah...

mrs kayrul said...

bagus jugak khasiat buah delima nie bila baca kat entri nie..tahniah ye..mesti aleesya tak sabar nak jadi kakak

ayeesha anna said...

aah tu la, kat kampung pun tak ramai orang tanam pokok buah delima ni. Sebab tu cari jus delima je dulu.

Tapi lagi best kalau dapat buah delima, sebab isi buah delima tu terdapat berkat dalam setiap bijinya. So kena makan sume.

ayeesha anna said...

kayrul: khasiat dia banyak, ada yang mama tak tulis sebab banyak sangat :)

TQ kayrul, hehe Aleesya kata taknak baby, dia sorang je nak jadi baby :D

sal ya said...

masa pregnantkan Azfar susah nak jumpa delima. luckily jmp jus ni. minum jus ni sampai bersalinkan dia.

ayeesha anna said...

Anis, patut la azfar tersangat somel dan cerdik hehe

SeputihSalju said...

byk khasiat buah delima nihh.. suker mkn buah delima tp taim mgndung dlu sush nak jumpa buah nih..

follow sini :-)

lieynanilaz said...

jus yg order ni sedap rasanya...penah gak beli secara online...:)

ayeesha anna said...

seputih salju: aah susah nak jumpa kan. Nasib baik ada jus

TQ visit & follow belog ni :)

ayeesha anna said...

lienanilaz: sedappp...semalam dah try. Aleesya pun suka. Rasa dia lain dari yang lain.