Wednesday, January 16, 2013

Barut gantung baby

Harini mama nak buat review tentang barut baby. Bolehlah dikongsikan dengan mama-mama atau bakal mama yang sedang menggugirl tu hehehe. Sekarang ni mama addicted dengan barut baby comel-comel. Masa Rizq baru lahir mama takde belikan dia barut pun, sume guna kakak Aleesya dia punya. Lagipun Rizq kecik lagi jadi pakai je yang mana ada.

Baru-baru ni mama ada order barut baby kat Little DJE . Size dia agak besar dan sesuailah dengan Rizq yang semakin bambam. Macam-macam corak ada, kain pun selesa, jahitan kemas.


Contoh barut baby
Picture credited to Little DJE
 
 
 
Masa Rizq dalam womb dulu mama beli set tilam kekabu kat Little DJE ni, jadi dah tau dah hasil kerja dia memang kemas. Rizq pun memang suka tido kat tilam tu sebab kain dia sejuk je, tilam pulak empuk btol mama pun rasa nak tido gak.


Set tilam cars untuk Rizq
Gambar ni masa Rizq umur 4 hari
Gambar masa newborn tak ambik pun sebab tak bawak kamera kat hospital
Rugi rasanya sebab takde kenangan newborn :(
 
  
 
Now, mama addicted kat barut gantung baby pulak. Barut ni bole pakai sampai 2 tahun. Rizq ni sensitip sket tak macam kakak dia dulu. Kakak dia dulu pakai sampai 3 bulan je, jarang nak kembung ke apa ke. Tapi Rizq ni, pakai barut pun kembung jugak...kalau tak pakai tak tau la macamana. Perut dia pun sensitip, tak bole mama silap makan mesti dia cirit birit. Aritu cirit birit + demam panas sampai masuk wad. Later mama citer pasal masuk wad kat entri lain.
 
 
Ok sikit info tentang barut gantung:
 
Keistimewaan:
1. Sesuai untuk bayi yang sudah meniarap atau merangkak. Sekiranya bayi baru lahir boleh dilipat di bahagian bawah.

2. Menggunakan 3 tali di kiri dan kanan barut supaya lebih kemas dan tetap di badan bayi.

3. Boleh dipakai barut ini sahaja ketika cuaca panas, tanpa perlu memakai baju.

4. Saiz lebih lebar dan besar, boleh dipakai sehingga baby berusia 2 tahun.

5. Menutup keseluruhan bahagian dada dan perut bayi bagi mengelakkan asma dan kembung perut.

 
 
Ada tak yang tak pernah tengok barut gantung tu? Zaman sekarang ni orang jarang pakai dah barut gantung, tapi mama berazam nak pakaikan Rizq sampai dia besar sket sebab taknak jadi macam kakak dia *kena asma*. Biar dada dia selalu tertutup je takdela dada sejuk.
 

Barut gantung
Picture credited to Butik Qiut Butik Qiut
 
  
 
Mama memang suka tengok kain syomel-syomel. Then mama beli kain syomel-syomel pastu tempah orang jahitkan barut gantung baby ni. Mesin jahit rosak pulak nak jahit sendiri. Kalau jahit sendiri memang lagi jimat.
 
 
 
 
Comel kan fabrik-fabrik ni?
Picture credited to Mashiit
Nanti bila barut gantung ni dah siap mama upload gambar Rizq pakai
*tak sabarnya nak tunggu siap hehe*
 
 
 
 


Photobucket

No comments: