Monday, January 14, 2013

Kali pertama adik baby pegi kenduri kawen

Semalam bangun pagi terus siap-siapkan diri dan Rizq dulu. Mandikan dia dulu. Aleesya blom bangun lagi. Aleesya kalau dapat tido tak ingat dunia, kalau boleh nak bangun petang esok. Lepas dah mandikan Rizq siapkan dia, tuam, mekap2 dia, pakaikan baju...kejutkan kak Aleesya dia pulak. Liat sangat nak bangun tido. Mama kata kat dia "nak beli baju abie tak?" abie *Barbie*. Mama tengok dia bukak mata jeling sket. Mama masuk bilik tengok2 dia ikut mama kat belakang. Hmmm kalau pasal Barbie laju aje nak mandi.


Dah ready sume turun, hujan renyai-renyai pulak. Ayah hantar Aleesya dulu kat car. Pastu baru amik mama dengan Rizq. Kami nak pegi kenduri kawen opismate ayah Aleesya kat Cheras. Pusing2 jugak masa cari tu nasib baik tak susah sangat tempat dia.


Mama memang ada bawak kamera, tapi semenjak dah berbaby ni memang tak sempat nak pegang kamera ke, henpon ke, melompat saje Rizq. We ols makan laju-laju, borak2 sket dengan kawan2 opis asben, pastu zas balik.


Balik umah Rizq rehat-rehat kejap, nak tido. Bagi dia tido memang sangat mencabar jugak. Kejap masuk buai dia taknak, nak BF. Dah mama terbaring dia nak bangun pulak. Bawa dia keluar tengok TV. Pastu meragam lagi, bagi botol susu pulak. Mama dah letih rasanya. Bedungkan dia, masukkan dia dalam buai...selamat zzzzz. Ayah dengan Aleesya tengok citer tamil kat TV2. Mama memula tengok jugak sket2, lepas tu citer tamil yang tengok mama. Mama dah Zzzzz. Ayah Aleesya yang tak suke citer tamil, boley pulak dia layan citer tu sampai abes.


Adehhh ni mama tak suke ni, time mama rajin berbelog nak hapload gambor tak bley pulak. Saje nak suruh mama stop blogging agaknye hehehe. Next time la mama hapload gambor adik baby.


Photobucket

No comments:

 

My Cutie Pie Story | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Mamaleesya :)