Saturday, December 23, 2017

Design bangunan unik dan misteri di Menara Mustapha Kamal

December 23, 2017 3 Comments
Pertama kali masuk ke dalam bangunan Menara Mustapha Kamal ni rasa macam seram2 gitu. Bila tengok ada pokok dalam parking lot tumbuh tinggi, bertingkek-tingkek terbayang cerita Jumanji.

Bila masuk lif pun sama juga, dengan pencahayaan yang agak suram, kemasan lantai bercorak batu bata memang nampak unik. Seolah-olah masuk ke dalam bangunan yang belum siap, terbengkalai dan usang. Tema yang ingin diketengahkan oleh Arkitek bangunan ini memang berjaya menggamit rasa ingin tahu kepada pengunjungnya.

Macam filem seram Korea kan?


Bila menjejakkan kaki ke dalam bangunan, nampak kehijauan pokok-pokok, amat menenangkan. Kiranya tema menghijaukan bumi 'green our earth' ada dalam ciri-ciri rekabentuk bangunan ni. Tak hairanlah kenapa Lisa Surihani dan Yusry memilih tempat ini dalam video perkahwinan mereka.


Ketenangan




Kemasan siling sengaja direka seolah-olah diplaster secara tidak sempurna


Saya sempat masuk ke dalam tandas wanita, tapi tak pula ambil gambar. Pencahayaan yang suram sekali lagi menyebabkan saya seram bercampur kagum. Rekaan sinki seolah kolam mandi kecil, mengimbas kembali nostalgia tandas di kampung. Ditambah pula apabila berpaling ke belakang...ada cermin besar, memang masa tu nak berpaling ke belakang pun fikir 2-3 kali jugak la :O 


Bahagian ni pun menarik juga. Meja dari kayu, sofa dawai dan buaian, unik! 



Berseni kan gambar ni?
Siap berlumut lagi. 


Arkitek sangat kreatif dan berani dalam menghasilkan rekaan bangunan yang hanya nampak seperti batu bata. Nampak tidak menarik pada awalnya tetapi berjaya membuat hati pengunjung ingin menerokai dan mengunjungi lagi tempat ini. Superb, mysterious and unique design! 

Wednesday, December 13, 2017

Kalau dapat ku undur masa...

December 13, 2017 2 Comments
Harini melayan karenah anak2, sambil tu tunjuk kat Aleesya blog dia ni. Mengekek gelak tengok gambar sendiri masa baby2. Siap pesan, "nanti dah besar, dah ada handphone sendiri boleh la baca blog mama".

Rasanya dekat 7 tahun dah usia blog, tapi momentum menghapdate blog merudum sejak sambung study. Time tu jugak mama preggy anak no. 3 a.k.a Nafis.

Seketul Nafis

Kalau dapat ku undur masa...memang mama akan update semua cerita anak2 mama dari baby sampai sekarang. Tapi nak buat macamana, masa tu keje banyakkk giler. Dengan part time study lagi memang boleh guna tagline 'the struggle is real' lah masa tu.

Besarkan anak memang bukan kerja mudah. Kalau full time duduk rumah mungkin agak teratur hidup tu. Tu yang salute dengan blogger Ben Ashaari yang berblog dan sambil tu asuh anak sendiri. Memang mencabar jaga anak kalau lebih dari seorang ni *sambil lap peluh kat dahi* fuhh...tabik spring.

Tapi mak selalu pesan, anak2 ni kecik2 memang menyusahkan kita. Mana tau bila besar nanti dia menyenangkan kita. InsyaAllah, doa ibu tu makbul.

Pagi yang indah belum tentu tenang

December 13, 2017 1 Comments
Morninggg...

Pagi-pagi ni masih fresh lagi elok la update blog dulu. Maklumlah, petang-petang nanti dah lemau dengan segala macam costing nak kena buat. Kadang-kadang terfikir nak berhenti kerja, mana lah tau kot-kot lagi tenang. Tapi...apakan daya.


Monday, December 11, 2017

Comeback setelah sekian lama

December 11, 2017 1 Comments
Good morninggg...

Harini tiba-tiba tergerak hati nak aktif balik dalam dunia blogging. Setelah sekian lama busy dengan part time study dan kerja yang tak pernah nak abes.

Maklumlah...dulu anak sorang, sekarang bertiga. Dulu Aleesya je, memang kisah dia since baby sampai 3 tahun di abadikan dalam blog ni. Tapi masih belum terlambat untuk adik-adik dia juga kan.