Wednesday, December 13, 2017

Kalau dapat ku undur masa...

Harini melayan karenah anak2, sambil tu tunjuk kat Aleesya blog dia ni. Mengekek gelak tengok gambar sendiri masa baby2. Siap pesan, "nanti dah besar, dah ada handphone sendiri boleh la baca blog mama".

Rasanya dekat 7 tahun dah usia blog, tapi momentum menghapdate blog merudum sejak sambung study. Time tu jugak mama preggy anak no. 3 a.k.a Nafis.

Seketul Nafis

Kalau dapat ku undur masa...memang mama akan update semua cerita anak2 mama dari baby sampai sekarang. Tapi nak buat macamana, masa tu keje banyakkk giler. Dengan part time study lagi memang boleh guna tagline 'the struggle is real' lah masa tu.

Besarkan anak memang bukan kerja mudah. Kalau full time duduk rumah mungkin agak teratur hidup tu. Tu yang salute dengan blogger Ben Ashaari yang berblog dan sambil tu asuh anak sendiri. Memang mencabar jaga anak kalau lebih dari seorang ni *sambil lap peluh kat dahi* fuhh...tabik spring.

Tapi mak selalu pesan, anak2 ni kecik2 memang menyusahkan kita. Mana tau bila besar nanti dia menyenangkan kita. InsyaAllah, doa ibu tu makbul.

2 comments:

Radhia Razali said...

InsyaAllah dapat update blog dengan konsistennye..Saya masa mengandungkan Zafran dulu, mmg lamalah cuti rehat dari blogging.time preknen asyik nak tido je.yang pregnancy kali ni hmpr nak stop jugak..tapi kuatkan semangat untuk berblogging..just rehat untuk 2 bulan jea..hehe

Mamaleesya said...

Betul tu, insyaAllah teruskan menulis ye. Biasa lah tu memang ada turun naik kehidupan ni kan. Bila ada masa terluang boleh blogging :)