Saturday, July 21, 2018

Hasilkan Jenama Produk Makanan Kesihatan Sendiri Dengan ZY Phyto

Salam semua...

Nak tanya ni...Korang ada terfikir tak nak hasilkan produk jenama sendiri? Kalau berminat produk apa yang korang nak keluarkan? Produk kesihatan atau kecantikan? Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai jenama produk di pasaran sekarang, hingga kita sendiri keliru untuk memilih yang mana bersesuaian. Kita dilambakkan dengan pelbagai jenama, iklan dan testimoni produk yang hadir seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi persoalannya, bagaimana jika kita sendiri yang ingin menghasilkan produk tersebut? Adakah pengetahuan kita dalam bidang penghasilan produk kesihatan tersebut meluas?

Bukan mudah untuk menghasilkan produk jenama sendiri. Kajian terperinci, risiko, modal dan banyak perkara lagi yang harus di ambil kira sebelum kita memulakan pengeluaran produk tersebut. Tambahan pula sekiranya kita langsung tidak berpengetahuan mengenai bahan untuk produk yang ingin dihasilkan, takut-takut akan mendatangkan masalah di kemudian hari bukan sahaja kepada pengguna malahan kepada pengeluar produk itu sendiri. Jika produk tersebut adalah makanan kesihatan, kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah perlu bagi memastikan produk tersebut adalah selamat untuk digunakan dan tidak merbahayakan kesihatan pengguna. Apa akan terjadi sekiranya produk tersebut memudaratkan penggunanya? Pengeluar atau 'founder' boleh dikenakan tindakan undang-undang dan bakal mengalami kerugian yang teruk. Malahan perniagaannya juga akan 'bungkus'!

Sekiranya kita masih kurang arif dalam bab pengeluaran produk kesihatan tetapi masih ingin mencuba mengeluarkan produk kesihatan sendiri, adalah lebih baik jika kita menyerahkan urusan ini kepada pihak ketiga yang sememangnya pakar dalam bidang ini. Bagaimana caranya?

Baiklah, mari saya terangkan serba sedikit bagaimana caranya menghasilkan produk kesihatan jenama sendiri. Sebelum itu, saya perkenalkan juga syarikat yang akan memberikan perkhidmatan tersebut bagi memudahkan anda menghasilkan produk jenama anda sendiri sebagaimana yang diimpikan selama ini.


ZY Phyto Holdings Sdn Bhd

ZY Phyto Holdings Sdn Bhd yang merupakan Syarikat 100% Bumitputera yang mengeluarkan produk kecantikan dan juga kesihatan. ZY Phyto Holdings merupakan pusat sehenti yang memberikan khidmat nasihat dan servis bagi menghasilkan produk jenama sendiri yang merangkumi perkhidmatan rekabentuk (design), perkhidmatan makmal, pembungkusan produk, pendaftaran produk, pembangunan produk, percetakan, logistik dan latihan serta perundingan.

Pakej lengkap untuk merialisasikan impian korang ada di sini. Korang hanya perlukan modal dan buah fikiran tentang bagaimana produk yang korang inginkan itu. Penipuan dan penyelewengan tidak akan berlaku kerana mereka melalukan secara terus ke kilang tanpa menggunakan orang tengah. Korang sendiri boleh pilih bahan yang ingin digunakan dalam produk korang di mana harga pengilangan ditentukan mengikut pakej tertentu.

ZY Manufacturing

ZY Manufacturing merupakan anak syarikat ZY Phyto Holdings Sdn Bhd. Sekiranya korang berhasrat untuk mengeluarkan produk makanan kesihatan jenama sendiri, ZY Manufacturing merupakan pengilang yang boleh dipercayai dan kebolehan mereka ini telah tersebar di media cetak dan elektronik. ZY Phyto merupakan nama yang terkenal dipanggil King of OEM. OEM mempunyai semua yang diperlukan dalam pengeluaran produk iaitu KKM, R&D, rekabentuk dan pembungkusan.

Bagaimana Untuk Mengeluarkan Produk Makanan Kesihatan Jenama Sendiri?

ZY Phyto menyediakan dua pilihan untuk individu yang berminat untuk mengeluarkan produk makanan kesihatan mereka sendiri. Ianya terdiri dari Pakej Chomey dan raw material. Barang yang dibeli merupakan sedia ada dan boleh dicampur sehingga berjumlah RM3,000. Jenama yang diingini akan dicetak ke atas pembungkusan produk yang telah dipilih tersebut. Korang juga tak perlu risau kerana produk yang dikeluarkan dan dikilangkan oleh ZY Phyto mempunyai sijil halal dan boleh digunakan tanpa was-was.


Pakej Chomey

Pakej Chomey merupakan pakej yang diilhamkan oleh Puan Sharifah Ameelia Akma yang merupakan Pengarah Eksekutif ZY Phyto Holding Sdn Bhd pada tahun 2017. Pakej yang dihasilkan ini bertujuan untuk membantu individu yang berminat atau mengimpikan untuk menceburi bidang perniagaan sektor kecantikan dan kesihatan walaupun mempunyai kekangan modal yang minimum untuk menghasilkan produk jenama sendiri.


Pakej Chomey ini telah dikendalikan oleh anak syarikat ZY Phyto Holding; ZY Herbal Science Sdn Bhd selama 2 tahun sebelum ini dan ianya mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para pelanggan. Pihak ZY Phyto menawarkan pakej ini serendah RM3,000 dan ternyata ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang kesihatan dan kecantikan ini. 

Antara produk yang ditawarkan oleh ZY Phyto Holding adalah produk makanan kesihatan yang terdiri daripada jus, serbuk dan teh uncang. Bahan-bahan bagi penghasilan produk ini kebanyakannya diimport dari luar negara untuk memastikan produk yang dihasilkan eksklusif, unik dan tidak mudah ditiru. Kebanyakan pelanggan memberikan maklumbalas yang positif dan berpuas hati dengan keberkesanan produk. Berikut antara produk makanan kesihatan yang disenaraikan:

1) Jus
2) Powder
3) Tablet
4) Sachet

Berikut beberapa contoh produk makanan kesihatan yang boleh dijadikan pilihan dalam Pakej Chomey ini.


Butterfly Tea



Detox Tea



Fat Burner



Chewable Tablet



Mineral Coffee


Slimming Detox


Slimming Juice


Whitening Juice


Whitening


Woman Health


Servis

ZY Phyto Holdings Sdn Bhd juga merupakan pusat sehenti untuk proses pengeluaran produk jenama sendiri bermula dari pemilihan produk sehingga proses penghantaran produk kepada pelanggan. Antara servis yang mereka tawarkan adalah:

1) Servis Pembungkusan Produk
2) Servis Design dan Printing
3) Servis untuk dapatkan Pengkelasan/ NOT KKM
4) Kelas Bimbingan Pemasaran


Impian korang untuk mengeluarkan produk jenama sendiri pasti dapat direalisasikan tak lama lagi. Dengan adanya pakej dan servis dari A to Z dari ZY Phyto Holdings Sdn Bhd ini, korang takkan keliru, terpinga-pinga dalam membuat keputusan. Segala khidmat nasihat dan saranan dari mereka amatlah berkesan dalam merealisasikan impian korang tu.

Untuk maklumat lanjut dan lebih terperinci sila rujuk link di bawah:

Website : www.zyphyto.com

Alamat :
ZY PHYTO TECH INDUSTRIES SDN BHD
NO.55A, Jalan TIAJ 2/1, Taman Industri Alam Jaya,
42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

No comments: