Monday, October 22, 2018

Pengalaman memanjakan diri di Bondahaven Breastfeeding Specialist & Spa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Dulu mama ingat jadi ibu ni macam senang je. Tapi sebenarnya tak semudah itu. Dari fasa awal mengandung, muntah, pening dan loya amat meletihkan. Tak boleh bau makanan langsung masa awal-awal terutamanya nasi mesti nak termuntah. Bila kandungan membesar rasa sakit pinggang, kaki cramp tu biasa berlaku. Membawa kandungan selama lebih kurang 10 bulan bukanlah tempoh yang sekejap. Proses kelahiran tu sendiri pun amat menyakitkan dan meletihkan, belum cerita lagi part menyusukan anak sampai ibu tak cukup tidur.

Memang seronok jadi ibu. Tengok milestone anak membesar depan mata. Keletah yang menghiburkan, comel dan manja. Hilang semua rasa penat mengandung dan melahirkan. Walaupun bukan senang, nak uruskan anak, sambil bekerja...memang tak cukup rehat. Sebelum ni sambung belajar part time memang kadang-kadang takde masa untuk diri sendiri. Alhamdulillah, sekarang dah free sikit. Dah boleh bersantai sikit, anak-anak pun dah besar.

Sesekali apa salahnya memanjakan diri di spa. Merehatkan diri dari semua aktiviti kerja dan rumahtangga. Minggu lepas mama sempat ke Bondahaven. Mama ternampak dekat fb tentang Bondahaven ni. Kebetulan tempat ni mama pernah lalu. Dekat je dengan Bangi Wonderland.

Aleesya sempat posing di hadapan Bondahaven

Bondahaven Breastfeeding Specialist & Spa


Bondahaven merupakan spa mewah yang dikhaskan untuk perempuan sahaja dan merupakan breastfeeding spa pertama di Malaysia yang dimiliki oleh Dr. Tengku Nur ‘Atiqah. Beliau merupakan medical doctor, lactation councelor, ibu kepada 2 orang anak dan advocate breastfeeding. Jadi para ibu jangan risau ye, sebab korang akan diberi konsultasi dari doktor yang memang pakar tentang masalah ibu-ibu tentang breastfeeding dan maternal care.

Dr. Tengku Nur 'Atiqah pengasas Bondahaven
Picture credited to fb Dr. Tengku Nur Atiqah

Spa ini menggabungkan kepakaran sains moden dan tradisional dalam penjagaan untuk para bakal ibu atau ibu bersalin. Penjagaan tradisional ibu bersalin adalah bagus untuk pemulihan tubuh luaran dan dalaman. Tidak semua pantang larang semasa berpantang boleh diikuti contohnya minum air hanya setengah cawan sehari dan tak boleh makan sayur. Jika diikuti juga ibu lepas bersalin akan mengalami sembelit yang teruk. Namun, rawatan tradisional seperti urutan, sengkak rahim, bertangas, bertungku dan mandi herba amatlah baik untuk memulihkan tubuh badan ibu-ibu selepas bersalin.

Bakal pengantin dan bujang pun boleh datang spa ni, tak semestinya ibu je sebab Bondahaven ni ada menyediakan pelbagai rawatan seperti berurut, manicure pedicure dan mandian.

Apa yang menarik di Bondahaven?


Sesekali ber ‘me time’ best juga. Mama dah booking appoinment untuk datang ke Bondahaven ni 1 minggu sebelum tu. Dua hari sebelum date appoinment, staf Bondahaven telah buat reminder call kat mama tentang appoinment ni. Ye la, kalau dah busy dengan kerja dan keluarga silap-silap terlepas date booking tu sebab terlupa. Mama bawa Aleesya sorang je teman mama, kalau bawa adik-adik dia sekali mau boleh terbalik spa tu nanti.

Sampai di Bondahaven disambut mesra dan peramah oleh staf Bondahaven. Kami diberi minuman teh serai dan diminta mengisi borang.

Welcome drink - lemongrass tea

Bodyguard mama

Pemandangan di bahagian hadapan Bondahaven

Spa Bondahaven ni memang dikhaskan untuk perempuan sahaja supaya lebih privacy dan lebih selesa mendapatkan rawatan dan konsultasi berkenaan breastfeeding dari Dr. Tengku Nur 'Atiqah. Tapi jangan risau kalau korang datang dengan suami dan anak-anak, ada disediakan waiting room untuk mereka menunggu.




Dalam waiting room berhawa dingin ni disediakan TV jadi Aleesya boleh tengok kartun di Netflix dan Iflix. Takde la Aleesya bosan sementara mama mendapatkan rawatan di spa selama anggaran lebih kurang 130 minit.

My Little Pony lagi la tu

Package di Spa Bondahaven


Setelah memberi personal details kepada Dr. Tengku tempohari, Dr. Tengku menyarankan package yang sesuai kepada mama iaitu Package Body Tone Therapy. Package ni sesuai dengan mama sebab mama pun dah lama tak ber baby, anak-anak pun dah besar makanya package ni pilihan terbaik. Apa yang ada dalam package ni?

Package Body Tone Therapy:
Foot soak
Detox Body Scrub
Toning Body Mask
Aromatheraphy Bath & Rinse
Targetted Deep Tissue Massage

Harga Package: RM299
Duration: 130 minutes

Package lain yang terdapat di Bondahaven

Therapist bernama Natasha Nadia datang memperkenalkan diri dan memberi sedikit penerangan mengenai package yang mama pilih. Nadia kemudian menyuruh mama menukar kasut kepada selipar khas untuk digunakan dalam spa.

Di spa ini disediakan locker untuk para ibu menyimpan handbag atau barang berharga. Memudahkan mama melakukan rawatan di spa nanti.

Locker untuk simpan handbag

Ruangan toilet yang bersih


Package Body Tone Therapy


Foot Soak


Package ini dimulakan dengan Foot Soak dimana mama dibawa ke ruangan khas oleh Nadia. Kaki direndam ke dalam air suam yang dicampurkan bahan rendaman untuk melembutkan kaki. Selepas 10 minit Nadia menggosok kaki dengan berus khas untuk membuang sel kulit yang kasar di bahagian kaki. Suasana di spa yang wangi, bersih dan dialunkan dengan muzik sangat tenang.

Foot soak

Detox Body Scrub


Selesai foot soak, step seterusnya adalah detox body scrub. Bilik khas disediakan yang mempunyai katil, bath tub dan shower room. Sangat privacy bilik ni sebab mama tak perlu berkongsi dengan customer lain, jadi takde la segan sangat. Ada juga disediakan kain batik lepas, disposable panties dan shower cap untuk kegunaan semasa body scrub dilakukan.

Katil untuk body scrub dan mengurut


Bath tub


Shower room


Kain batik lepas, disposable panties dan shower cap


Nadia merupakan therapist yang terlatih di Bondahaven. Sebelum mula bertugas di Bondahaven Nadia telah diberikan kursus khas dalam bidang urutan dan spa. Sebab tu bila handle customer dia tak kekok langsung. Cara bercakap semasa bagi penerangan pun jelas, lembut dan ramah.


Juniper body scrub, algae marine mask dan Juniper oil


Nadia menyapu Juniper body scrub di mana ianya berfungsi untuk membuang sel kulit mati di seluruh badan dan juga sebagai bahan detox juga.

Toning Body Mask


Ianya diikuti pula dengan lapisan toning body mask. Mama telah memilih toning body mask algae marine yang berfungsi untuk melancarkan body circulation.

Selesai menyapu kedua-dua jenis scrub dan mask ini, Nadia sempat bertanyakan sama ada penghawa dingin terlalu panas atau terlalu sejuk sebelum meninggalkan mama selama lebih kurang 10 minit supaya scrub tersebut kering. Sempat juga la mama terlelap sebab muzik dalam spa ni memang damai sangat bunyinya. Bunyi air terjun, burung berkicau ala-ala bersantai gitu.

Setelah scrub dan mask kering dan digosok untuk mengeluarkan sel kulit mati di seluruh badan proses seterusnya adalah membersihkan scrub.

Aromatherapy Bath & Rinse


Nadia menyediakan air mandian yang telah dicampurkan dengan Juniper oil. Juniper oil ni berfungsi untuk melembutkan kulit dan juga detox. Setelah selesai membersihkan scrub dan mask di shower room, Nadia meninggalkan mama selama 15 minit untuk berendam dalam bath tub tersebut.

Juniper oil

Best giler berendam dalam bath tub ni, rasa macam nak tertidur lagi. Nanti tidur buatnya terendam dalam air bath tub tu naya pulak. Tengok-tengok je Nadia dah ketuk pintu menandakan 15 minit dah cukup. Boleh teruskan untuk sesi mengurut pulak. Haihh kenapa laa, berendam tu 15 minit je...macam tak cukup pulak rasanya ekeke.


Targetted Deep Tissue Massage


Sesi mengurut ni paling best jugak. Rasa nak tertidur sekali lagi time ni. Memang berbakat betul therapist Bondahaven ni mengurut. Masa isi borang pendaftaran tadi ada ditulis tiga pilihan: mild, medium dan hard. Mama pilih medium. Korang kalau urut kat sini, takkan sakit leher sebab ada ruang khas kat katil tu untuk letak muka korang. Bawah tu pulak ada bunga, wangi pulak tu. Minyak aromathetapy agaknya dia letak dalam tu. Haih bagaikan syurga dunia mama rasa. Patut la nama spa ni Bondahaven. Memang heaven untuk bonda-bonda sekalian alam heh.

Bunga ni kat bawah katil urut tu


Sesi urutan dimulakan dengan menggunakan minyak yang sama semasa berendam tadi iaitu Juniper oil diikuti pula dengan coconut oil. Nadia memang pandai urut, memang seperti yang dipilih medium massage. Body tone ni sebenarnya untuk ibu-ibu lepas bersalin membuang lemak-lemak di bahagian tertentu di badan. Contohnya bahagian paha, punggung, lengan dan perut. Jadi sape yang nak langsingkan badan boleh ambik package ni. Confirm meletup badan korang vogi da vas macam Ziana Zain. Heee gurau ;)

Nadia ada bagitau sebelum tu, yang Juniper scrub dan Juniper oil ni boleh buat badan rasa panas  dan kita rasa nak membuang air kecil je sebab ianya merupakan proses detox.

Selesai berurut Nadia berpesan supaya jangan mandi sebelum 2 jam. Sebab memang selepas berurut kita memang tak boleh terus mandi. Biar lama sikit sebabnyaaa errr...tak ingat pulak, korang google je la yea hehe.

Makanya selesai la package Body Tone Therapy ni. Nadia sempat bertanya mama nak minum apa, air suam atau teh serai? Mama request air suam.


Air suam dan tuala panas

Tuala panas pun diberi dan kemudian boleh bersiap untuk keluar ke reception area.

Kemudahan lain di Spa Bondahaven


Semasa keluar dari bilik tadi, mama dibawa therapist melalui bilik urutan untuk ibu berpantang. Bilik ini mengandungi katil, kerusi bertangas dan bilik air yang juga terdapat tempayan kecil untuk mandi. Tiba-tiba mama terberangan, next baby nanti kalau berpantang nak dapatkan rawatan berpantang kat sinilah. Heh! Dah-dah insaf kejap, jangan nak berangan hehe.

Bilik urutan berpantang
Ada katil, kerusi bertangas dan tempayan untuk mandi penutup pantang

Lepas tu mama di bawa ke satu lagi bilik urutan. Bilik ni dipisahkan oleh langsir antara satu sama lain.


Berurut di bawah ni sesuai untuk ibu yang baru melahirkan. Sesuai juga kalau berurut bersama kawan, boleh sembang sebelah-sebelah


Katil ni untuk yang dah nak habis pantang


Kemudahan lain seperti bilik konsultansi, bilik meeting dan surau


Khidmat breastfeeding consultation dengan Dr. Tengku Nur 'Atiqah sendiri bermula dengan harga RM90 dan ke atas bergantung kepada kes. Pakar laktasi ini akan memberi penerangan dan bantuan kepada para ibu yang mempunyai masalah untuk menyusukan bayi mereka.

Korang bukan saja dapat khidmat konsultasi, tapi di sini juga ada kemudahan untuk menyusukan anak. Ada bilik khas yang mengandungi pam dan strellizer untuk dicuba. Kalau korang nak beli pun boleh sebab memang ada ready stock.

Pam dan sterillizer yang terdapat di Bondahaven

Personal Review


Bondahaven Breastfeeding Specialist & Spa ni bukan sahaja bermanfaat dan memanjakan ibu tetapi membantu ibu dari segi mental dan fizikal untuk menempuh alam keibuan yang agak mencabar. Saya recommend sangat para bakal ibu, ibu atau sesiapa saja *perempuan* datang ke sini untuk alami sendiri pakej dan rawatan yang disediakan.



Bergambar kenangan bersama therapist Natasha Nadia


Bukan sahaja therapist berpengalaman dan terlatih malah kemudahan yang terdapat di spa ini memudahkan para ibu, di mana setiap keperluan asas ibu dan bayi ada dijual di sini. Staf juga peramah dan berpengetahuan mengenai setiap produk yang dijual di spa ini.


Beli bird's nest & longan ni buat hilang dahaga dalam perjalanan balik


Maklumat mengenai Bondahaven


FB: Bondahaven - Your Specialist Breastfeeding & Spa

IG: @bondahaven

Website: www.bondahaven.com

Email: bondahaven@gmail.com

Telefon: 017-800 8912



10 comments:

shazillahsani.com said...

Wahhh... Cantik yer tempatnya.. Mmg dpt release tension ada kat sini... Hihihi

Lan Careno said...

Nice review.. Details n menarik. Takde le tmpt manjakan badan mcm ni utk lelaki. Hahaha

Nina Mirza said...

Cantiknya spa dia... Nampak keselesaan dan ketenangan nya. Tertarik nak manjakan diri kat sana

Mamaleesyamiro said...

Memang cantik. Rasa tenang datang sini. Memang release :)

Mamaleesyamiro said...

Haha kann...lepas ni cari spa untuk lelaki plak. Memang best sangat spa ni, bawa la isteri pegi...mesti dia suka :)

Mamaleesyamiro said...

Betul Nina. Selesa dan dapat rehatkan badan serta minda. Rasa ringan badan lepas berurut

Ai said...

Seronoknya dapat me time dekat spa. Cantik pula tu. Tenang je.

Mamaleesya said...

Sekali sekala Ai. Kalau ada masa pegi la try. Memang berbaloi package dia. Sesi sebenar 130 minit tapi memang terlebih2 masa dia bagi

Emarieys said...

lain dari yang lain punya spa...

Mamaleesyamiro said...

Betul. Yang pertama di Malaysia ni