Tuesday, December 11, 2018

Breakfast sefamily sambil join Contest di Don's Warong

Tempohari kami berkesempatan ke Don's Warong. Kami plan nak breakfast jauh sikit dari rumah sebab tu keluar awal pagi. Mama cadangkan kitorang pergi ke Don's Warong. Selalu sangat nampak restoran ni lalu kat wall FB mama, nampak macam sedap...apa salahnya cuba kali ni.

Sampai kat Don's Warong, memang cantek sangatlah dapat parking betul-betul kat tepi restoran tu. Tak payah nak parking kat basement dan menapak bersama askar-askar yang ada. Kurang sikit la mama diorang ni jadi singa, kalau tak hero-hero ni sempat la berkung fu sesama sendiri sementara nak sampai kedai makan *heee mak-mak je faham*.


Kitorang pilih meja kat luar sebab boleh cuci mata tengok orang lalu lalang sambil menikmati view pagi yang fresh ni.


Lokasi Don's Warong

Terletak di Plaza Damas Sri Hartamas, korang boleh waze Don's Warong confirm akan sampai depan pintu restoran :). Suasana kat sini tenang je sebab di kelilingi kawasan perumahan dan juga berdekatan dengan Istana Negara. Kami sampai je terus dilayan dengan mesra dan ramah oleh staf di situ. Bahagian dalam restoran bersih, kemas dan teratur.

Kaunter minuman dan cashier

Bahagian dapur

Staf sedang menyediakan hidangan untuk customer

Tenang

Apa yang menarik di Don's Warong?

Mama memang penggemar makanan Johor terutamanya laksa Johor, otak-otak dan mee rebus tulang. Tapi kali ni mama nak try menu lain pula yang  ada di Don's Warong ni. Okay jom kita tengok menu yang kami order.

Nasi lemak soft shell crab

Nasi lemak sambal sotong

Ubi rebus special

Lempeng kelapa

Lempeng pisang

Kacang pool

Nasi lemak bungkus

Bon appetit

Macam sedap

Minuman

Personal Review

Nasi lemak soft shell crab mama suka sebab rasa manis-manis ketam digabungkan dengan rasa lemak nasi lemak tu yang buat menu ni jadi sedap. Ketam lembut tu digoreng rangup berempah, ala-ala ayam goreng berempah menjadikan menu ni special.


Ayah pulak suka lempeng pisang dan lempeng kelapa. Bila makan memang terasa lembut dan lagi sedap bila dicicah dengan sambal. Teringat dulu masa zaman kanak-kanak, lempeng ni makanan pagi yang paling selalu mak buat. Sekarang je susah nak jumpa melainkan buat sendiri kat rumah. Hehe kalau rajin.

Ubi rebus satu lagi menu yang memang susah nau nak jumpa kat KL ni. Ubi rebus yang dimakan dengan ikan masin lagi tambah kick rasa dia. Memang bila makan ubi rebus kat sini mengimbau kenangan lampau masa duduk kampung. Best sangat dah kalau dapat makan ubi rebus terutama bila musim hujan. Minum pula air kopi panas, fuhh!

Lain-lain menu macam nasi lemak sotong dan kacang pool pun sedap. Makanan Johor memang biasanya dapat memikat hati mama. Tak payah nak pegi jauh-jauh sampai ke Johor dah, berejam drive baru dapat makan kacang pool dan lain-lain menu Johor, kat Don's Warong dah ada. Harga pun berpatutan dan puas hati.

Sempat bergambar sefamily

Don's Warong School Holiday Contest

Kebetulan masa kami datang, Don's Warong ada buat Contest sempena cuti sekolah. Aleesya biasanya memang berminat dengan contest-contest ni. Adik-adik dia tolong tengok je sambil main game kat handphone. Anak-anak zaman milenium memang begitu la.


Coloring Contest ni bermula dari 24th Nov - 31st Dec 2018. Ada 3 kategori kanak-kanak dan remaja yang boleh join contest ni. Kategori umur 2-5 tahun, 6-12 tahun dan 13-17 tahun. Pemenang akan dipilih oleh Crew Don's Warong selepas 31st December 2018 nanti dan akan diumumkan dalam social media page Don's Warong. Tapi ada terma dan syarat tau kalau nak menang, kena snap gambar dengan coloring sheet yang dah siap tu dan tag @donswarong di Facebook atau Instagram disertakan sekali #donswarong #dwschoolholidaycontest. 

Tiga pemenang bertuah iaitu seorang dari setiap kategori akan memenangi RM100 Voucher. Best jugak kan? Sambil makan-makan dapat menang contest, rezeki mana tau kan.

 Si adik yang setia temankan kakak mewarna

 Bila nak boleh makan ni?


 Hampir siap

 Satu kegigihan Aleesya

 Mama nak jugekk

Silau pulak haih gambar ni

Okaylah mama, makan pun dah kenyang. Contest pun dah masuk. Jom kita balik!

Info 



Alamat: B-0-4 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur


9 comments:

Lan Careno said...

Bijaknya buat idea colouring contest tu. Boleh dok diam anak2 mewarna. Ehhh nasi lemak soft shell crab tu knapa menggoda sangat.. Haihh

Unknown said...

tempat restoran menarik. makanan pun banyak pilihan. mesti best kalau dtg sni kan.

Salina Johari said...

Famous betul Don's Warong ni .. bila rasanya Sal berkesempatan nak singgah

Mimin Adam said...

lapar teruss ! hahahaha. jom kak bawak min ke sana pulak

Nadia Johari said...

Sesekali sarapan dekat luar best juga kan. Menu dia semua nampak sedap lagi yang lempeng tu.. Bagusla ada colouring contest.. Budak2 sukala

acu yuhan said...

hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

Ai said...

Menu membuka selera betul.

mas saari said...

Menariknya lempeng pisang tu, nanti nak cubalah makan kat sini.

Mamaleesyamiro said...

Memang sedap mas, lembut je lempeng kat sini