Thursday, April 4, 2019

Menulis itu mudah, tapi menulis dari hati itu bukan mudah...(Part 2)

April 04, 2019 0 Comments
Sambungan dari Part 1 boleh baca di sini. Pernah satu masa, saya menghadap pc. Lama...taip kemudian delete, taip lagi delete lagi. Kosong. Tak ada idea langsung nak tulis apa. Walaupun hanya tulis aktiviti sendiri setiap hari pun saya tak boleh.


Sebab apa? Menulis itu sendiri perlukan jiwa, nyawa, ilham...Tanpa elemen-elemen itu, takkan wujud cerita. Tak mudah untuk menulis dari hati. Sampai atau tidak ke jiwa orang yang membacanya?


Hati boleh mati, ilham boleh hilang sekelip mata. Sepertimana penyanyi hilang suaranya, pelukis hilang tangannya begitu juga penulis. Jika hati, jiwa tak mampu menghasilkan idea...takkan mungkin dapat terhasil sebuah cerita yang nyata menyentuh hati pembaca.


Kita membaca sebuah novel, kita dapat merasa bahawa kita adalah orang yang diceritakan dalam novel tersebut. Kita rasa seolah-olah apa yang berlaku pada watak utama cerita itu, adalah kita. Begitulah hidupnya penulisan seorang penulis itu.






Hari ini, dengan izin-Nya...saya mampu menulis sepenuh hati saya. Tanpa perlu termenung berjam-jam memikirkan tajuk apa yang perlu saya tulis. Jiwa perlu hidup untuk terus menulis. Inspirasi perlu ada untuk terus menulis. Menulis bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Tapi di dalamnya ada mesej, pengharapan, pesanan, pengajaran kepada pembacanya.


Semoga satu hari nanti, anak-anak dan orang yang saya sayang membacanya dengan bahagia. Bahawa mereka yang memberi ilham untuk saya teruskan penulisan yang tidak seberapa ini. Sekurang-kurangnya minat saya untuk menulis tidak terkubur.




Wednesday, April 3, 2019

Menulis itu mudah, tapi menulis dari hati itu bukan mudah...

April 03, 2019 0 Comments
Syukur, Allah masih memberi ruang untuk saya menulis lagi di blog kesayangan saya ni. Bukan senang saya nak mula menulis semula. Ye, memang sebelum ni saya masih menulis review, tapi ianya tak sama. Menulis review tulis tentang produk, tapi menulis dari hati ni adalah pendapat, idea dan  pengalaman kita sendiri.

Dulu...9 tahun lepas, saya buat blog ni khas untuk anak sulung saya Syahirah Aleesya. Saya update semua milestones dia, aktiviti dia, macam diari harian. Saya cerita dari dia bangun tidur, makan apa, pegi mana, dah pandai buat apa, senyum, ketawa dan tangis dia. Khas untuk Syahirah Aleesya. Sampai lah ada satu waktu, saya rasa saya tak mampu menulis lagi, sebab kesibukan yang amat sangat. Tak terkejar. Dan lagi...ada perkara yang melukakan hati saya, sampai saya hilang ilham untuk menulis semula. Sampai saya rasa nak tutup semua sosial media. Nak duduk diam-diam je, orang tak tau siapa saya lagi senang. Sampai macam tu sekali saya pernah fikir. 

Tapi...hari demi hari, saya semakin rindukan blog saya ni. Blog yang menyimpan kenangan- kenangan anak sulung saya. Kenangan kebahagiaan saya menjadi seorang ibu. Syukur...syukur...syukur...Allah beri saya kesempatan. Syukur Allah beri saya rezeki anak ini. Syukur Allah beri kesempatan untuk saya rasa kebahagiaan ini. Kebahagiaan menyayangi seorang anak, walaupun penat dia Allah je tau.


Cinta hati saya Syahirah Aleesya


Walaupun saya tak dapat tuliskan perkembangan 2 lagi anak saya, tapi tak pernah ada istilah terlambat untuk saya mula balik.

Korang pernah tak terfikir, tulisan-tulisan korang ni lagi 10 tahun akan jadi kenangan yang paling indah atau paling sedih dalam hidup korang nanti? At least, korang baca nanti korang akan ingat kenapa la jadi macamni, kenapa aku tak buat macam tu dari dulu, kenapa itu dan kenapa ini. Inilah catatan yang mungkin jadi memori juga kepada korang, anak-anak korang atau orang yang korang sayang. Mana tau korang dah tak ada kat dunia ni, anak-anak korang akan baca bila rindu kat korang kan? Tapi make sure korang bagitau anak-anak korang nama blog korang tu hehe.

Okay nak cepat ni...bersambung...




Belajar kecewa itu penting

April 03, 2019 2 Comments
Assalamualaikum...

Mungkin tajuk entri ni pernah saya buat sebelum ini. Tiba-tiba terfikir nak buat sambungannya. Ye, BELAJAR KECEWA ITU PENTING... Kita sering inginkan bahagia, tapi kita tak pernah fikir nak dapat bahagia itu bukan mudah. Macam-macam rintangan, halangan yang menagih pengorbanan yang bukan sedikit.

Kita selalu berharap, semua yang kita lakukan dipermudahkan-Nya tanpa kita fikirkan takkan ada satu pun yang kita dapat belajar kalau semua benda kita nak dapatkan dengan mudah. Seringkali kita mengeluh lalu membiarkan diri hidup dalam kesedihan. Tanpa kita tanya kenapa? mengapa Tuhan bagi kita ujian sesusah ini?

Putus asa...ye putus asa jalan terakhir dalam hidup kita. Kita berhenti berharap, sampai satu tahap kita dah taknak apa-apa lagi. Kita biarkan semua berlalu, dah taknak fikir lagi. Cukup! Cukup segala derita ni! Itu kata hati kita. Tapi...tahukah kita bahawa BELAJAR KECEWA ITU PENTING...supaya kita akan lebih menghargai apa yang akan kita miliki di masa akan datang. Supaya kita belajar dari kesilapan kita di masa lalu. Supaya kita bersyukur kerana kita pernah jatuh tersungkur, lalu bangun kembali.

Waktu itu kita akan sangat-sangat teringin berterima kasih kepada orang-orang yg hadir di masa lalu kita. Kalau boleh nak cakap "Kalau bukan kerana awak buat saya kecewa, saya tak akan jumpa dia. Ye...dia yang melengkapkan hidup saya sekarang. Dia yang ubatkan hati saya hingga saya mampu meneruskan hidup dengan senyuman".

Hidup...takkan pernah sunyi dari ujian. Kita yang terlalu cepat mengalah dalam hidup tanpa menyedari yang setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya.

Allah is the best planner.

Monday, April 1, 2019

Surya Apple Cider Vinegar dengan campuran madu asli, legakan kembung perut

April 01, 2019 1 Comments
Kalau sebut pasal Apple Cider Vinegar atau cuka epal ni mesti korang akan terfikir tentang apa khasiatnya kan? Mama dulu pun tak tau tentang kewujudan cuka epal ni sehinggalah masa tu office ada buat open house raya. Mama pun gigih la fikir nak masak apa untuk potluck. Rendang je mama tau masak, tapiii masalahnya dah ada orang lain nak bawak. Dipendekkan cerita pakcik google amatlah membantu, mama dapat la resepi pasta salad. Tak pernah buat sebelum ni hokay! Makanya bermulalah kesah mama mencari bahan-bahannya. Salah satu bahan yang kena letak adalah cuka epal. Kena letak satu sudu je, tapi kena beli sebotol *errr...yang lebih tu nak buat apa?*. Beli ajelah, dah nak buat pasta salad kan? Jadi jugaklah pasta salad tu, nak kata sedap sangat errr...memang sedap la *hehe mama yang makan sedap la, tak tau la orang lain...kot bukan taste diorang ke*.



Surya Apple Cider Vinegar Legakan Kembung Perut


Surya Apple Cider Vinegar



Okay itu lah kisahnya mama try Apple Cider Vinegar. Rupa-rupanya cuka epal ni banyak khasiat yang mama tak tau, ingatkan boleh buat masak je. Antara khasiatnya adalah boleh melegakan kembung perut. Korang pun mesti pernah kena kembung perut kan? Rasa tak selesa sepanjang hari dibuatnya. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Kalau musim cuti sekolah biasanya ada kenduri sana sini, makan pun macam-macam. Perut mulalah kembung, meragam dan tak selesa. Janganlah korang risau wahai sahabatku sekalian, minum je Apple Cider Vinegar dari Surya ni, confirm masalah korang tu settle.



Tak payah nak risau sangatlah kalau kembung perut haihh



Rasanya sedap tak masam sangat dan manis je, mesti korang suka minum sebab ianya mengandungi campuran madu asli. Cuka epal tu sendiri pun dah berkhasiat, ditambah lagi dengan madu asli lagi la superb! Nak bancuh dengan air sejuk pun boleh, bancuh dengan teh atau jus buah pun boleh atau nak minum terus sesudu pun boleh tak ada masalah. Cuka Epal dari Surya ni sesuai untuk diminum oleh semua lapisan masyarakat.



Pemenang Reader's Choice Award 2017


Bahan-bahan Surya Apple Cider Vinegar

Mestilah dari bahan-bahan alami yang selamat lagi boleh diminum tanpa was-was. Dihasilkan dari campuran air, madu asli, jus epal pekat dan juga cuka. Campuran madu asli tu bukan sahaja berkhasiat tapi menjadikan cuka epal dari Surya ni jadi manis dan sedap. Takdela rasa masam sampai tak boleh telan nanti.

Kita pun sedia maklum, epal merupakan buah yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan dan baik juga untuk detox. Manakala madu asli pula mempunyai kuasa bioaktif untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Cuka pula mengandungi bahan asid acetic yang membantu membersihkan usus. Gabungan bahan-bahan tersebut menjadikan korang lebih bertenaga dan sihat.



Bahan-bahan: Air, madu asli, jus epal pekat dan cuka



Beli Online Lagi Mudah

Kalau korang busy sangat tak sempat nak pegi beli, korang klik-klik je kat website LAZADA dan SHOPEE nanti sampai la depan pintu rumah atau office korang. Walaupun keje banyak macamana sekali pun, kesihatan tetap kena jaga. Beli online jimat masa dan tak payah susah payah cari parking



Kat mana lagi ada jual?

Jangan risau, kalau korang tak suka beli online sebab nak tengok sendiri depan mata, korang boleh je beli di butik Himalaya, Watsons dan farmasi-farmasi yang terpilih.



Info

Facebook: Surya Malaysia

Instagram: @surya.malaysia



Korang cubalah sendiri, mana tau sesuai menghilangkan kembung perut korang tu :). Selamat mencuba!