Thursday, December 23, 2021

Mudah Tunaikan Zakat Melalui Bank Islam

Assalamualaikum semua,

 

Belum habis pandemik yang melanda dunia, minggu lepas kita dikejutkan dengan tragedi banjir dan kebakaran yang menyentuh hati semua. Ramai mangsa banjir dari pelbagai peringkat umur dan bangsa terkesan di saat ini. Bukan sahaja kehilangan harta benda malah ada juga yang kehilangan nyawa orang yang tersayang dalam sekelip mata. 

 






Kita sebagai manusia yang sentiasa tersentuh dan terfikir sekiranya tragedi ini berlaku terhadap kita atau keluarga sudah tentu tidak tertanggung kesedihannya. Untuk meringankan beban semua yang terkesan marilah kita sama-sama menunaikan zakat agar wang tersebut dapat disalurkan kepada yang memerlukan. Sekurang-kurangnya dengan zakat yang dibayar dapat meringankan beban mereka yang mungkin kehilangan segala-galanya.

 



 

Kewajipan Membayar Zakat



Kewajipan membayar zakat dijelaskan melalui terjemahan ayat-ayat Al-Quran berikut:-


Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Surah At-Taubah (ayat 103) 


 

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat

Surah An-Nur (ayat 56)


 

Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Surah Al-Baqarah (ayat 83) 


 

Ayat-ayat di atas jelas menerangkan bahawa zakat adalah wajib dan barangsiapa yang mengingkarinya maka ianya terkeluar dari agama Islam. Mereka yang kaya dan berharta wajib dan harus menyedari bahawa dalam rezeki mereka ada rezeki orang lain seperti fakir miskin.

 



  

Mudah Tunaikan Zakat Melalui Perbankan Online Di Bank Islam

 

Pembayaran zakat sekarang sangat mudah dengan hanya menggunakan perbankan internet sahaja. Tak perlu beratur panjang dan mudah di hujung jari sahaja. Bukan sahaja ianya mudah dan pantas, malah ianya selamat.

 



  

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menyediakan kemudahan pembayaran elektronik mudah bagi membolehkan pelanggan menunaikan kewajipan membayar zakat melalui aplikasi mudah alih. Korang boleh follow step di bawah untuk membuat pembayaran.

 




 


 

Tunaikan Zakat Harta Secara Online – Selamat, Cepat dan Mudah

 

Kita selalu agak was-was nak membuat pembayaran secara online. Sebenarnya pembayaran secara online adalah sangat mudah, pantas dan selamat. Korang ada kelebihan boleh monitor pembayaran korang di online banking tersebut, jadi korang takkan terlepas bayaran atau terlupa nak bayar zakat harta juga. Melalui perbankan online dan e-wallet korang tak perlu beratur panjang tambahan zaman pandemik ni agak bahaya bersesak ramai sebab kita pun tak tau siapa yang berisiko menjangkiti kita sebab tak nampak kan virus tu.

 

Banyak bank, e-wallet dan online channel yang mempunyai kemudahan pembayaran zakat ini. Korang boleh tengok gambar di bawah ni. Kalau korang guna e-wallet, korang hanya perlu top up e-wallet korang dan buat pembayaran seperti biasa mengikut jumlah yang dikehendaki.

 


 



  

Jom Tunai Zakat – Menang dan Kongsi

 

Sambil berzakat korang berpeluang memenangi hadiah juga melalui Program Jom Tunai Zakat “Menang & Kongsi” yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Mana tau ada rezeki menang, boleh juga berkongsi rezeki dengan keluarga dan yang tersayang. Hadiah berupa Simpanan Tabung Haji bernilai sehingga RM5,000.

 

Penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat. Ianya bermula dari 15 November 2021 hingga 31 Disember 2021. 

 






 

 Kelayakan penyertaan korang boleh rujuk di bawah ni:-







 

Kempen Zakat Di Hati

  

Kempen Zakat Di Hati merupakan kesinambungan dari kempen yang dibuat pada tahun lalu. Ianya dilihat sebagai medium untuk menyebarluaskan informasi berkaitan kutipan dan agihan zakat kepada masyarakat umum. Orang ramai boleh menyemak jadual untuk menyertai program yang telah disusun oleh Lembaga Zakat Selangor. Pelbagai aktiviti agihan dan kutipan zakat yang agak menarik disusun di sepanjang bulan oleh LZS. Maklumat lanjut korang boleh refer link ini.

  





Sesungguhnya zakat itu tidak akan mengurangi harta


No comments: