Monday, November 1, 2021

Pemeriksaan Mata Professional di Optom Eyecare Bangi

November 01, 2021 0 Comments
Harini mama nak share kisah mama dengan papa pegi check mata di Optom Eyecare di Bangi tempohari. Baru sempat nak menulis sebab kebizian dengan kerja dan menguruskan 4 kiddos yang super duper lasak. Biasa la, anak boboy ramai memang adventure sikit dan supermom sentiasa bertukar jadi tarzan, ekeke itu perkara biasa :)



Okay, berbalik kepada topik asal iaitu pegi check mata papa. Seawal pukul 10 pagi kitorang dah keluar rumah. Firstly, mesti pegi sarapan dulu kat mamak, nanti perut dah berdendang semua serba tak kena. Lepas sarapan baru kami bertolak ke destinasi yang dituju.



Lokasi Optom Eyecare


Optom Eyecare ni kat Bangi je, tak jauh mana pun. Korang waze je Optom Eyecare Bangi nanti sampai la. Memang senang je jalan ke sana. Korang tau kan dulu ada Butik Fareeda? Haa area situ la. Ada cawangan di Kedah juga tau, jadi orang-orang Kedah boleh la pegi check mata kat sini. Tapi jangan risau kalau korang jauh boleh je beli spec kat Optom ni, guna online je kat sini



Sementara menunggu sempat melihat sekitar Optom Eyecare yang tersusun dan kemas




Santai nampak :)




Sampai di Optom, kami disambut mesra oleh Puan Amirah yang merupakan pakar mata juga di Optom Eyecare. Dia menjemput kami duduk dan minta cermin mata yang dipakai oleh papa untuk diperiksa sambil bertanyakan power kanta yang digunakan sekarang.


Suasana di Optom Eyecare amat mendamaikan dan dihiasi dengan banyak lukisan yang menarik dan mempunyai maksud tersendiri. Mama juga sempat melihat lukisan dan sijil yang digantung di dinding kedai ini sementara menunggu papa dipanggil masuk untuk permeriksaan mata oleh pakar optometry mereka.




Sijil-sijil optometry 



Drawing berbentuk bebola mata yang menjadi minat owner Optom Bangi (En. Farid)




Owner Optom Eyecare ini bukan sahaja pakar mata, tetapi juga meminati art. Jadi kebanyakan lukisan ini adalah hasil idea owner sendiri iaitu En. Farid. 





Pemeriksaan Mata Menyeluruh di Optom Eyecare : Pakar Cermin Mata



Optom Eyecare ni bukan kedai cermin mata biasa yang selalu kita pergi tu tau. Kalau di kedai cermin mata biasa, hanya power kanta cermin mata dan silau sahaja yang mereka beritahu sebelum menempah cermin mata. Tapi di Optom Eyecare pemeriksaan klinikal secara menyeluruh dibuat oleh optometry professional yang mempunyai kepakaran dalam kesihatan mata. Ianya bukan sekadar memeriksa power cermin mata sahaja. Kita akan mengetahui lebih mendalam mengenai tahap kesihatan mata kita, samada dapat mengesan penglihatan binokular dan sebagainya.



Biasanya kedai cermin mata biasa tidak perlu ada optometris pun tetapi mereka hanya menggunakan optician sahaja. Optician hanya boleh check rabun dan silau sahaja. Berbeza dengan optometris, mereka akan mencadangkan power cermin mata mengikut kesesuaian kesihatan mata dan juga keperluan kita. Sekiranya mata dikhuatiri mempunyai masalah, optometris boleh keluarkan 'Refer Letter' ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Jadi sangat penting untuk kita buat pemeriksaan mata setiap tahun untuk mengetahui tahap kesihatan mata supaya dapat mengelakkan kerosakan mata lebih teruk.



Tugas optometris adalah:
  1. Membuat pemeriksaan klinikal secara details pada mata
  2. Memeriksa sekiranya terdapat masalah pada mata
  3. Merawat dengan memilih cermin mata mengikut keperluan mata




Step by Step : Pemeriksaan Mata


Di Optom Eyecare terdapat beberapa mesin/professional serta canggih yang digunakan untuk pemeriksaan mata. Ianya digunakan untuk memeriksa mata sehingga ke bahagian saraf mata. Jom kita tengok step by step cara pakar optometris mereka buat pemeriksaan mata:



Step 1 - Mesin Autorefractor


Step kedua menggunakan mesin Autorefractor. Mesin ini digunakan untuk memeriksa power dan silau pada mata. Setelah pemeriksaan dibuat power mata husband masih sama seperti sebelum ini dan tidak mempunyai masalah silau pada mata.


Mesin Autorefractor








Step 2 -  kanta




Sebelum tu husband kena pegang alat ni





Mesin ni mama lupa pulak apa namanya







Sessi ni sangat cepat





Masa ni husband kena baca Alphabet di screen







Ada huruf yang dapat dibaca dan ada yang kabur




Mesin yang digunakan memang tak pernah jumpa di kedai cermin mata biasa




Kanta-kanta yang mempunyai power tertentu




Step 3 - Mesin Diagnostik


Mesin Diagnostik ini digunakan untuk periksa saraf mata bahagian hadapan. Kita akan dapat tau jika mata kita ada selaput, mata merah, penyakit kencing manis atau glaucoma yang mengakibatkan mata kita jadi buta.

Dari pemeriksaan ini optometris mendapati tidak ada kerosakan yang disebabkan oleh penyakit merbahaya tadi. 

Pemeriksaan mata yang sangat teliti oleh optometris





Mata hendaklah fokus kepada cahaya putih untuk mendapatkan result yang betul






Optometris sangat pakar menggunakan mesin tersebut 





Tiada tanda-tanda ada penyakit merbahaya






Step 4 - Mesin Slit Lamp


Mesin Slit Lamp digunakan untuk  memeriksa saraf mata kita bahagian belakang pula. Alat ini dapat melihat struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa mata. Mesin ini juga dapat memeriksa samaada kita mempunyai masalah katarak atau tidak. Biasanya keadaan mata yang sihat mempunyai salur darah yang cantik dan sebaliknya jika ada kerosakan mata, salur darah pecah.

Hasil dari pemeriksaan, husband tidak mempunyai masalah katarak dan hanya terdapat sedikit sahaja salur darah yang pecah.




Pemeriksaan terperinci





Kusyuk dengar penerangan optometris





Optometris menerangkan mengenai mata yang sihat (salur darah cantik),
manakala jika mata rosak atau kabur kelihatan banyak salur darah pecah. 




Selesai sudah pemeriksaan klinikal secara menyeluruh.


Optom juga ada menjelaskan mereka akan mengeluarkan 'Refer Letter' sekiranya keadaan mata pelanggan menunjukkan sesuatu yang serius dan boleh bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jadi kalau korang adalah masalah mata, dapat surat tu lebih mudah kan?






Speciality at Optom Eyecare (Bespoked Optom)


Di Optom Eyecare, korang boleh customised your own spectacles mengikut kehendak korang. Spec boleh direka dan diukur mengikut bentuk wajah. Selain tu, korang boleh letak jenama korang sendiri samada nak letak nama korang ke, nama pasangan korang ke atau nama sesiapa sahaja untuk korang jadikan hadiah. Boleh je customised bentuk, warna bingkai dan size mengikut pilihan korang. Biasanya wanita bertudung tak suka tudung jadi kembang bila pakai spec, jadi boleh customised supaya ikut bentuk muka korang.



Contoh frame bespoked Optom
Boleh customised ikut pilihan sendiri





Bingkai Frameless Pilihan Husband


Husband telah memilih bingkai frameles sebab dia memang penggemar rekaan yang simple. Lagipun bingkai frameless ni lebih ringan dan selesa.




En. Farid yang merupakan owner Optom Eyecare juga merupakan pakar dalam bidang optomery.
Penjelasan menyeluruh mengenai jenis lense dan pilihan frame yang ada di Optom






Tengah fikir nak frame yang mana satu






Test kanta






Pilihan bingkai frameless







Try sat






Akhirnya tetap pilihan dia bingkai frameless







Puan Amirah yang juga merupakan optometris di Optom sedang mengambil details







Jom kita tengok bingkai yang dah siap.




Kotak ekslusif  dan kemas





Cantik sangat 







Memang puas hati dengan hasilnya






Optom Eyecare memang terbaik



Personal opinion mama, buat spec di Optom Eyecara ni value for money. Selain tu, dapat detect masalah mata sebelum terlambat dan jadi lebih teruk. Kita pun tak pakar dalam bidang mata ni kan, jadi kita bagi optometris professional check mata kita. Memang berbaloi sangat sebab penerangan mereka jelas dan sangat terperinci. Dapat lihat sendiri bahagian depan dan belakang mata serta masalahnya dengan jelas.







Maklumat Lanjut








Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, korang boleh juga hubungi mereka melalui

Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi


Selain kat Bangi, korang yang duduk kat Kedah boleh juga berkunjung ke cawangan Optom Eyecare Kedah.
No 17-GF,
Taman Bandar Baru Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah
Tel: 011-10641167







Friday, October 1, 2021

Kitsui Coffee Xslim Shapez Membantu Dapatkan Berat Badan Ideal

October 01, 2021 0 Comments

 

Semenjak pandemik melanda dunia, kebanyakan masa kita banyak dihabiskan di rumah. Work from home, weekend pun di rumah juga. Bila dah duduk di rumah, memang kita akan cenderung untuk makan berlebihan disebabkan selalu masak, selalu order makanan atau terlalu bosan tak tau apa nak buat. Selain itu, kita juga jarang bersenam dan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidur berlebihan juga menyebabkan berat badan naik mendadak. Bila berat badan dah naik memang susah pula nak turun, tambahan pula lemak-lemak jahat ni memang degil sangat nak dinyahkan dari badan.


Jadi apa solusinya? Jom mama share satu produk berasaskan minuman yang best ni.





Apakah Kitsui Coffee Xslim Shapez?







Kitsui  Coffee Xslim Shapez ni merupakan produk minuman yang boleh membakar lemak berlebihan. Lemak berlebihan ni selalu ada kat bahagian tummy, paha, lengan, pinggang dan punggung. Memang kalau ada lemak berlebihan ni, menjadikan kita kurang yakin dan susah juga nak memilih pakaian untuk digayakan. 



Kitsui Coffee Xslim Shapez  berfungsi menyekat selera makan berlebihan dan ianya juga mengenyangkan. Bila kenyang, tengok makanan sedap pun kita jadi kurang selera la nanti. Makanya, dapatlah menurunkan berat badan. Ianya juga mengandungi kandungan serat yang tinggi serta rendah kalori dan karbohidrat.


Kalau korang nak meningkatkan metabolisme boleh try Kitsui Coffee Xslim Shapez ni sebab ianya membantu membakar lebih banyak kalori. Sekarang kan kita jarang bersenam, jadi sedikit sebanyak Kitsui Coffee Xslim Shapez ni dapatlah membantu mengurangkan kalori. Ianya juga membantu membuang toksin dalam badan. Banyak kan kelebihan Kitsui Coffee Xslim Shapez ni?





Formulasi Terbaru Dari Korea


Kitsui Coffee Xslim Shapez merupakan produk slimming yang trending sekarang dengan formula terbaru dari Korea. Ianya diperbuat dari ramuan hebat Korean ginseng yang terkenal dengan khasiat semulajadinya. Korean ginseng banyak digunakan untuk menguatkan system imun dan dapat melawan keletihan badan, terutama pada orang yang mengalami sindrom kekurangan tenaga. Selain itu, ianya membantu meningkatkan fokus minda kita.



Green Coffee Bean juga merupakan bahan di dalam produk minuman botani ni. Ekstrak serat dari biji kopi hijau mengandungi antioksidan yang sangat tinggi dan membantu meningkatkan tenaga seluruh badan dan menyokong kesihatan otak. L-Carnitine pula bahan yang terkandung dalam Kitsui Coffee Xslim Shapez yang berfungsi mengurangkan lemak dan meningkatkan metabolisme. Hoodia merupakan ekstrak tumbuhan semulajadi yang membantu mengurangkan selera makan.








Tahukah Anda Kesan Daripada Berat Badan Yang Berlebihan?


Berat badan yang semakin meningkat dan  berlebihan akan mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya seperti Obesiti, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Bukan itu sahaja, lemak berlebihan di bahagian leher, lengan tangan, perut, peha dan kaki akan menyebabkan kurang keyakinan dengan penampilan diri.






Kitsui Coffee Xslim Shapez sesuai untuk individu yang:

  • Mempunyai lemak berlebihan, di bahagian leher, lengan, perut, peha dan kaki
  • Berat badan bertambah setiap bulan
  • Selera makan yang kuat
  • Badan cepat letih dan lesu
  • Tidak mengamalkan cara pemakanan sihat
  • Kuat berdengkur
  •  Kurang bersenam atau tidak bersenam






C


Cara Semulajadi Untuk Mendapatkan Bentuk Badan Ideal





Produk menguruskan badan memang banyak di pasaran, tetapi Kitsui Coffee Xslim Shapez membantu mendapatkan bentuk badan ideal dari cara semulajadi. Semua mesti nak shape badan yang cantik bukan untuk menarik perhatian orang tetapi sebagai motivasi untuk diri sendiri kekal sihat. Sihat dan cantik tak dapat dipisahkan, jadi produk yang selamat juga diperlukan. Apa guna kurus tapi menggunakan produk yang beracun dan merbahayakan tubuh badan kan? Korang jangan risau, produk Kitsui Coffee Xslim Shapez ni dijamin selamat dan tidak beracun kerana ianya bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti hormone, pengawet, gluten, GMO, antibiotik dan bahan kimia. Dan yang paling penting, ianya halal dan juga sesuai untuk Vegan. Kitsui Coffee Xslim Shapez juga telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa (korang boleh tengok kat bawah ni).








Kitsui Sibutramine adalah bahan larangan dari pihak Kementerian Kesihatan dalam ubat kurus.

Berdasarkan data daripada kajian Sibutaramine on Cardiovascular Outcome Study, pengunaan sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan. Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat sibutramine. Rujuk link https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/24-mei-2018/kesan-negatif-sibutramine-kuruskan-badan.html



Terbukti kitsui tiada kandungan sibutramine selepas ujian makmal dilakukan. Kitsui diperbuat daripada 100% bahan halal semulajadi. TIADA BAHAN LARANGAN .










Bahan-Bahan Semulajadi Kitsui Coffee Xslim Shapez







Kecantikan semulajadi memang diimpikan oleh setiap wanita. Tapi, kecantikan sahaja tak cukup kalau badan kita tidak sihat disebabkan pengambilan produk yang salah dan memudaratkan. Kitsui Coffee Xslim Shapez diformulasi secara unik menggunakan bahan semulajadi yang terbaik dan dipilih khas untuk keperluan pemakanan gaya hidup masa sekarang. Ianya memudahkan dan berbentuk sachet, senang larut dan mudah dibancuh.



Cara pengambilan:

  • Masukkan 1 sachet (15g) Kitsui Coffee Xslim Shapez ke dalam air sejuk / air suam
  • Goncang sehingga larut / sebati
  • Minum serta merta








Boleh rujuk link ini untuk lihat cara pengambilan






Testimoni Pengguna Kitsui Coffee Xslim Shapez


Mama share sekali testimoni pengguna Kitsui Coffee Xslim Shapez memang terbukti berkesan. Jadi korang tak perlu ragu-ragu nak cuba minuman botani ni untuk kecantikan semulajadi dan kesihatan korang.
























Di Mana Nak Beli Kitsui Coffee Xslim Shapez?


Korang boleh dapatkan produk Kitsui Coffee Xslim Shapez di Watsons seluruh Malaysia dan pembelian online di Shopee https://shopee.com.my/kitsui.my.hq