Friday, September 4, 2020

Pengalaman Work From Home dengan anak kecil

September 04, 2020 3 Comments
Assalamualaikum semua...


Zaman pandemik yang agak mencabar ni memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Beberapa bulan lepas semasa awal-awal PKP dijalankan semua orang bersorak gembira sebab boleh bekerja dari rumah. Awalnya memang agak seronok sebab boleh meluangkan masa dengan anak-anak, tetapi bila PKP disambung sehingga sebulan maka bermulalah episod emosi para ibu-ibu di rumah. Bukan saja terpaksa bekerja dari rumah, bahkan sekaligus terpaksa menguruskan anak-anak dalam masa yang sama. 


Cabaran Work From Home adalah anak-anak kecil akan meragam inginkan perhatian, sedangkan para ibu perlu menyelesaikan tugasan on time seperti yang diminta oleh majikan. Selain tu, environment pun memainkan peranan juga. Tugas susah nak disiapkan secara teratur sebab di rumah tak ada meja untuk bekerja, internet pun slow. Jadi produktiviti kerja tu agak lambat dan kadangkala kita terpaksa stay up di malam hari untuk menyiapkan kerja-kerja office selepas anak-anak tidur.


Makanya, macamana nak buat anak-anak entertained sementara mama boleh buat keje-keje office tu? Marilah kita tengok aktiviti anak-anak semasa PKP while mama work from home.


.


.

.


 Ajak anak-anak yang besar bermain dengan baby. Bila dia leka, mama cepat-cepat siapkan apa yang patut. Selain menghiburkan, anak-anak dapat develop skills diorang jaga adik



Hayder paling suka kena agah dengan patung Minions ni, mengekek dia gelak.





 Tok-tok-tok...ada orang tak? Shaye nak tolong mama buat koje. Pleaseee buka pintu ;P




Future Engineer mama tengah kira apa tuu? Ish, ish, ish...abes calculator mama dia buat main



Walaupun agak leceh Work From Home tapi mama enjoy je dapat bekerja sambil layan anak-anak. Bila lagi kan nak jadi suri rumah sepenuh masa? Masa PKP 2 bulan tu je la boleh. Sekarang dah kena bekerja full day dan dah tak boleh Work From Home, tiba-tiba rasa rindu pulak momen-momen ni.


Apa-apa pun mama bersyukur kerana diberikan masa untuk bersama anak-anak walaupun dalam tempoh PKP yang singkat itu. Syukur, syukur, syukur Allah beri nikmat.



Thursday, September 3, 2020

Review 5 barang baby yang menarik untuk rujukan para ibu

September 03, 2020 1 Comments
Assalamualaikum,

Bersiaran lagi kita harini. Kali ni mama nak share tentang barang-barang baby pula. Kebanyakan barang yang mama senaraikan adalah digunakan oleh baby Hayder dari umur sebulan dan ke atas. Apa dia produk-produk baby tu, jom kita tengok.

.


.



.



Okay kat atas ni ada rompers baby, barut baby, diapers, baby wipes dan diapers cream. Meh mama review satu persatu ye untuk kemudahan mommy-mommy di luar sana yang tengah mencari produk baby. Review mama ni adalah dari pengalaman mama gunakan ke atas baby Hayder. Sebenarnya banyak lagi barang baby yang menarik yang Hayder gunakan, cuma takde pulak gambar dalam memory handphone mama. Makanya mama review yang mana ada gambar je ye :)

1. Rompers

Rompers ni mama beli kat Toy's R Us. Jangan tak tau korang, kat Toy's R Us tu bukan jual toys je, barang baby pun ada tapi korang kena tengok la cawangan mana. Rompers ni mama beli masa Toy's R US buat Member's Sale, so dapat beli murah juga. Harga tak ingat dah, tapi satu set ada 3 helai rompers comel. Kain best dan tebal sesuai dengan cuaca Malaysia. 


2. Barut baby

Barut baby ni mama beli di Instagram shop. Sekarang kan senang, taip je hashtag barang apa yang kita nak beli tu, maka keluarlah semua kedai-kedai online sekalian alam. Barut baby ni mama suka sangat sebab size dia lagi besar dan panjang. Kain tak panas dan banyak pilihan corak comel. Masa mama beli IG shop ni ada buat clearance sale 1 set (ada 5 helai)  RM25, jadi mama grab 2 set terus. Kalau mommy nak try untuk baby atau bakal baby, boleh search IG @bebiesf. Memang rambang mata tengok corak-corak barut kat IG shop ni. Kalau yang dapat baby girl lagi la banyak pilihan, kusss semangat nasib baik Allah bagi mama baby boy, dapat la berjimat. Berjimat la sangat :), ingat barang baby boy tak comel ke? Comel jugakk uiii hehehe.


3. Applecrumby diapers

Diapers ni memang antara yang terbest mama pernah guna untuk baby. Tak bocor, lembut, takde chlorine, pendek kata memang best lah. Yang tak best nya cuma mahal sikit harga dia. Mama beli diapers ni masa ada sale di website Applecrumby dan guna voucher lagi murah. Mama tau pasal diapers ni masa mama melawat pusat rawatan dan penjagaan ibu berpantang (confinement centre). Kat situ ada disediakan sekali diapers untuk baby, dan diorang gunakan jenama diapers ni. Jadi mama terus beli untuk stock baby Hayder. Tapi sekarang Hayder dah tak pakai dah diapers jenama ni, sebabnya mahal, tukar jenama lain pulak.


4. Baby Suzuran wet cleaning cotton

Wet cotton ni sesuai untuk cuci mulut, lidah, telinga dan muka. Korang nak bawak travel pun boleh, senang nak cuci mulut baby lepas makan. Takde sabun dan guna air suling je, jadi selamat untuk cuci lidah bayi dari kerak susu.


5. Mustela Vitamins Barrier Cream

Krim ni sesuai untuk mengelakkan diapers rashes. Memang sesuai sangat dengan kulit Hayder dan sejak beli Mustela ni mama memang tak pernah tukar diapers cream jenama lain. Sesuai digunakan dari bayi newborn lagi sebab dibuat dari bahan natural je.


Okay bersambung di next post. Nanti mama akan buat post tentang kompilasi resepi baby pulak. Tungguuu



Wednesday, September 2, 2020

Mamahood life is beautiful, maka hargailah sementara masih ada masa...

September 02, 2020 0 Comments
Tajuknya kemain panjang lagi haa...hehehe bukan senang tau mama nak ada idea tajuk panjang berjela cenggini :)


Mau nya tak besh jadi mama, pagi-pagi lagi dah dengar baby nanges, nak pegi sekolah kejut anak kena jadi tarzan dulu. Lepas tu pergi pulak dapur tung tang tung tang jadi chef nak siapkan bento bebudak sekolah termasuk panaskan baby food Hayder *Bomel mama*. Fuhh! bayangkan lagi 15 tahun, masa diorang dah besar-besar. Ada lagi ke idok momen cenggini? Jawapannya nan hado dah. Masa tu kita bangun pagi selak langsir tingkap tengok mentari pagi je la. Takde dah momen pagi-pagi jadi tarzan, takde dah mata panda sebab baby asyik bangun tengah malam, takde dah riuh rendah keluar masuk rumah sebab barang sekolah tertinggal. Percayalah...kita akan merindukan waktu itu, suatu hari nanti. Waktu tu kita dah kesunyian, termenung, menangis, menyesal pun dah tak guna sebab masa itu tidak akan berulang kembali.








Makanya...


Hargailah saat-saat kelam-kabut di pagi hari ni sementara anak-anak masih kecil lagi. Supaya bila diorang dah besar, dah tak tinggal dengan kita, duduk asrama atau dah berkahwin...tak la kita rasa menyesal kerana tak beri perhatian kerana kesibukan diri kita. Benar, kita sibuk memang untuk mencari rezeki untuk mereka, untuk kesenangan keluarga tapi jangan lupa...tanggungjawab kita yang sebenar adalah untuk menjadikan mereka khalifah. Khalifah yang terbaik di dunia dan di akhirat, amanah Allah dan kita insan terpilih. Terpilih untuk memikul tanggungjawab, mendidik, memberi perhatian dan yang paling penting kasih sayang.



Adakah nanti, bila terlalu banyak kes-kes sosial remaja, anak-anak tidak menjadi...kita ingin menyalahkan mereka? Sedangkan kita sendiri sebagai ibu bapa tidak mendidik anak-anak kita dengan betul. Sebenarnya, mengandung dan melahirkan adalah perkara yang mudah. Tetapi perkara yang susah untuk dilakukan itu adalah mendidik anak-anak. 















Apa yang kita kejarkan dengan karier kita belum tentu dapat mengembalikan momen bersama anak2 kita di waktu kecil. Mungkin...kita adalah pekerja cemerlang, terbaik, terbilang, berdisiplin di pejabat, tapi adakah kita berjaya dan cemerlang juga sebagai ibu dan bapa? Pertanyaan ini masih berlegar di fikiran mama sendiri..."mampukah aku menjadi ibu yang terbaik? Mampukah aku mendidik anak-anakku menjadi anak-anak soleh dan solehah yang bakal menjadi manusia yang berbakti kepada bangsa dan agamanya?" 









Hargailah masa dengan anak-anak sementara masih berkesempatan. Kita tak tahu sampai bila kita akan melalui saat ini, jika umur masih panjang maka beruntunglah...jika tidak?


P/S: Post ini tidaklah ditujukan kepada sesiapa melainkan sebagai peringatan *self reminder* kepada diri mama sendiri.