Wednesday, September 2, 2020

Mamahood life is beautiful, maka hargailah sementara masih ada masa...

Tajuknya kemain panjang lagi haa...hehehe bukan senang tau mama nak ada idea tajuk panjang berjela cenggini :)


Mau nya tak besh jadi mama, pagi-pagi lagi dah dengar baby nanges, nak pegi sekolah kejut anak kena jadi tarzan dulu. Lepas tu pergi pulak dapur tung tang tung tang jadi chef nak siapkan bento bebudak sekolah termasuk panaskan baby food Hayder *Bomel mama*. Fuhh! bayangkan lagi 15 tahun, masa diorang dah besar-besar. Ada lagi ke idok momen cenggini? Jawapannya nan hado dah. Masa tu kita bangun pagi selak langsir tingkap tengok mentari pagi je la. Takde dah momen pagi-pagi jadi tarzan, takde dah mata panda sebab baby asyik bangun tengah malam, takde dah riuh rendah keluar masuk rumah sebab barang sekolah tertinggal. Percayalah...kita akan merindukan waktu itu, suatu hari nanti. Waktu tu kita dah kesunyian, termenung, menangis, menyesal pun dah tak guna sebab masa itu tidak akan berulang kembali.








Makanya...


Hargailah saat-saat kelam-kabut di pagi hari ni sementara anak-anak masih kecil lagi. Supaya bila diorang dah besar, dah tak tinggal dengan kita, duduk asrama atau dah berkahwin...tak la kita rasa menyesal kerana tak beri perhatian kerana kesibukan diri kita. Benar, kita sibuk memang untuk mencari rezeki untuk mereka, untuk kesenangan keluarga tapi jangan lupa...tanggungjawab kita yang sebenar adalah untuk menjadikan mereka khalifah. Khalifah yang terbaik di dunia dan di akhirat, amanah Allah dan kita insan terpilih. Terpilih untuk memikul tanggungjawab, mendidik, memberi perhatian dan yang paling penting kasih sayang.



Adakah nanti, bila terlalu banyak kes-kes sosial remaja, anak-anak tidak menjadi...kita ingin menyalahkan mereka? Sedangkan kita sendiri sebagai ibu bapa tidak mendidik anak-anak kita dengan betul. Sebenarnya, mengandung dan melahirkan adalah perkara yang mudah. Tetapi perkara yang susah untuk dilakukan itu adalah mendidik anak-anak. 















Apa yang kita kejarkan dengan karier kita belum tentu dapat mengembalikan momen bersama anak2 kita di waktu kecil. Mungkin...kita adalah pekerja cemerlang, terbaik, terbilang, berdisiplin di pejabat, tapi adakah kita berjaya dan cemerlang juga sebagai ibu dan bapa? Pertanyaan ini masih berlegar di fikiran mama sendiri..."mampukah aku menjadi ibu yang terbaik? Mampukah aku mendidik anak-anakku menjadi anak-anak soleh dan solehah yang bakal menjadi manusia yang berbakti kepada bangsa dan agamanya?" 









Hargailah masa dengan anak-anak sementara masih berkesempatan. Kita tak tahu sampai bila kita akan melalui saat ini, jika umur masih panjang maka beruntunglah...jika tidak?


P/S: Post ini tidaklah ditujukan kepada sesiapa melainkan sebagai peringatan *self reminder* kepada diri mama sendiri.





No comments: