Tuesday, March 16, 2021

Projek Infaq Ramadan Melalui Dapur LapoWey Memudahkan Penderma

Kurang sebulan dari sekarang umat Islam bakal menyambut Ramadan yang ditunggu-tunggu. Pelbagai juadah dan hidangan dah terbayang semasa berbuka puasa kan? Tapi jangan dilupakan insan-insan yang kurang bernasib baik di rumah anak yatim, rumah orang tua, fakir miskin, gelandangan dan sebagainya. Tak lupa juga kepada para Frontliners yang bertungkus lumus siang dan malam dalam membantu kita memerangi wabak Covid-19. Elok kiranya kalau ada rezeki lebih sama-sama kita berinfaq kepada mereka. Allah bagi kita rezeki lebih sedikit, boleh berkongsi dengan orang yang lebih memerlukan. InsyaAllah...berinfaq itu tidak akan mengurangi harta malah di dalam ibadah ini terdapat barokah. 


Berinfaq adalah ibadah yang sangat dianjurkan oleh Islam yang dipraktikkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Terdapat beberapa ayat Al-Quran tentang berinfaq yang boleh dijadikan motivasi untuk kita, semoga ianya menjadikan kita insan yang berperibadi mulia, dermawan dalam membelanjakan harta ke jalan Allah, InsyaAllah. 

Ayat Al-Quran tersebut bermaksud;

Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (2) (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, menegakkan shalat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) – (Q.S Al-Baqarah: 2-3)

 

Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta-minta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan shalat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kesusahan, penderitaan dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. – (Q.S Al-Baqarah: 177)




Projek Infaq Ramadan 2021 Bersama LapoWey


Projek Infaq Ramadan dengan kerjasama Dapur LapoWey dan Team Blogger #KBBA9 ini bertujuan untuk menguar-uarkan kepada semua badan korporat atau individu yang berkemampuan untuk berinfaq makanan kepada rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua kurang upaya, frontliners, fakir miskin, asnaf dan lain-lain lagi pada bulan Ramadan yang bakal menjelma nanti.


Team Blogger #KBBA9 telah diberi peluang untuk merasai makanan yang disediakan oleh pihak LapoWey dan ternyata kesemua menu sedap-sedap belaka. Bukan sahaja enak, tetapi disediakan menggunakan bahan yang fresh dan terbaik. Biasanya kita tentu risau kalau nak order makanan untuk didermakan dalam kuantiti yang banyak, takut sekiranya bila sampai kepada penerima tidak menepati kehendak kita. Makanya, pihak LapoWey telah menyediakan servis penyediaan makanan yang terbaik di mana ianya dalam bentuk packaging bento. Memudahkan penerima untuk terus makan dan set disertakan dengan kurma dan air mineral secara percuma.


Menyelerakan, kemas dan bersih. Paling penting sedap



Makanan elok, masih panas dan kuah tak tumpah


Semasa menerima food delivery ini juga, penghantar makanan bersikap sopan dan mesra. Makanan sampai dalam keadaan baik, masih panas, tidak tumpah dan tidak rosak. Anak-anak berselera makan terutama menu Set Ayam Percik Merecik yang semestinya bakal digemari oleh kanak-kanak kerana tidak pedas. Tambahan pula, kanak-kanak memang suka makan ayam jadi sekiranya penderma ingin berinfaq ke rumah anak yatim menu ini sangatlah sesuai.




Dapur LapoWey Memudahkan Penderma Untuk Berinfaq Di Bulan Ramadan


Dapur LapoWey ingin memudahkan individu atau badan korporat yang ingin berinfaq dengan menyediakan servis penyediaan makanan dan penghantaran secara percuma di sekitar Lembah Klang. Sekiranya terdapat penghantaran di luar Lembah Klang, penderma boleh berbincang dengan pihak pengurusan LapoWey. Dengan adanya servis sebegini, akan lebih memudahkan penderma dalam melakukan infaq. Pihak penderma hanya perlu membuat tempahan kepada pihak LapoWey mengikut menu yang disediakan dan kuantiti yang diperlukan. 

Terdapat 6 menu pilihan dan tempahan minima adalah 100 pax.  Setelah tempahan dibuat, pihak LapoWey akan masak dan terus membuat penghantaran secara PERCUMA kepada rumah-rumah kebajikan terpilih atau yang dipilih oleh penderma di sekitar Lembah Klang.

Kemudian pihak LapoWey akan memuat naik bukti kepada pihak penderma dan media sosial (tanpa mendedahkan identiti atau maklumat penderma tersebut) bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma.

Pihak LapoWey juga mengalu-alukan sekiranya terdapat order untuk tempahan sendiri di pejabat, majlis tertentu atau majlis makan-makan bersama keluarga dan rakan dengan tempahan minima 100 pax. 




LapoWey Menyediakan 6 Menu Istimewa


LapoWey merupakan Caterer yang akan menyediakan hidangan untuk dihantar ke rumah kebajikan dan sebagainya, telah menyediakan 6 menu yang istimewa untuk dipilih. Penderma tentu nak anak yatim, asnaf atau penerima makanan yang diinfaqkan, makan dengan berselera dan gembira kan? Jadi LapoWey telah menyediakan menu yang tak akan menghampakan untuk para penderma pilih. Penderma hanya perlu memilih slot tempahan dengan memilih menu dan menetapkan tarikh yang diinginkan. Nak tengok menu yang ada untuk tempahan boleh tengok menu (beserta harga) kat bawah ni. Harga set bermula dari RM8 dan ke atas.


6 set menarik untuk dipilih akan diberikan kurma dan air mineral percuma




Ini antara menu istimewa yang disediakan oleh Dapur LapoWey. Tempahan awal adalah amat digalakkan.








Untuk sebarang pertanyaan mengenai Infaq Ramadhan LapoWey sila hubungi nombor-nombr yang tertera dibawah.







5 comments:

Cik Puan Ena said...

Bagus sgt buat byk pakej boleh pilih. Ramai yang suka infaq.

Fiza Aizzawa said...

Terbaik projek infaq Lapowey nie, tgk menu pun meyakinkan penderma utk infaq..

Mommylin said...

Insyaallah... Ada rezeki lebih boleh berinfaq bulan ramadhan nnt 🥰

Aisya Ismail said...

Kalau ada rezeki lebih memang nak berinfaq bulan ramadhan ni.

berita hari ini said...

mantep informasinya. untuk berita lengkap lainnya bisa kunjungi
berita terkini
berita otomotif
berita bola