Tuesday, April 27, 2021

Parcel Raya F&N Pengganti Diri Di Hari Raya

Tahun ni tak dapat nak beraya di kampung la nampaknya semua. 

Apa nak buat dah tak boleh rentas negeri, menangis tepi bucu katil la jawabnya di pagi raya tsskk :(


:(


:(


:(


Heee, nak sedih-sedih buat apa? Life must go on, walaupun tak boleh rentas negeri, rentas desa dan sebagainya chill je okay. Asalkan semua sihat dan masih dapat berhubung guna video call, telefon, social media lagi makanya kita bersyukur je. Nanti pakai je baju raya sedondon walaupun sorang kat Perak, sorang kat Kedah, sorang kat KL, sorang kat Negeri Sembilan. Raya tetap raya, kena la happy-happy kan :)


Apaaa??? tak dapat makan ketupat lemang sama-sama? Boleh jee u olzzz, sekarang ni kan boleh je order online. Pos je kat mak ayah adik beradik kat kampung. Nanti diorang mesti happy dapat packet kegembiraan yang korang kirim tu. Hati munge-munge je mak ayah kat kampung nanti. Macam zaman dulu-dulu la, kad raya pengganti diri. Sekarang kita kasi tukar, 'Parcel Raya F&N' pengganti diri. Haa giteewww :)




Applikasi F&N Life


Applikasi F&N Life ni ialah aplikasi yang memudahkan korang untuk shopping barang-barang F&N dan lain-lain. Sekarang F&N sediakan pakej lagi tau untuk korang order, ada pakej F&N Life Ramadan Bundle dan F&N Life Raya Bundle. Ada lagi pakej-pakej lain untuk korang grab dan boleh juga kalau nak beli barang F&N yang bukan pakej. 


F&N Life
Ceria bersama F&N Life


Bulan Ramadan boleh la order pakej ni buat berbuka puasa




Ni pulak Raya bundle






Cara Set Up Aplikasi F&N Life Guna Smartphone


Okay, meh mama nak tunjuk cara nak set up aplikasi F&N Life ni. Follow rapat-rapat step di bawah ni iyee :




1. Untuk pengguna Android korang klik Play Store

2. Kemudian korang pegi kat bahagian Search, korang search fnlife

3. Bila keluar lambang F&N Life (macam gambar atas ni) korang klik situ

4. Lepas tu korang klik Install

5. Siap install korang boleh la register macam biasa, letak address dan sebagainya

6. Dah boleh guna untuk order :)




Pengalaman Order Bundle Raya Guna Apps F&N Life


Mama order kat F&N Life ni masa mama tengah tidurkan Hayder. Senang pulak membeli belah sambil baring-baring ni, pilih je yang mana berkenan di hati, klik2 sampai. Mudah dan mesra pengguna pulak apps F&N Life ni. Beberapa minit je dah settle.



Mama pilih pakej Masak Masak Raya Bundle




Murah pulak tu dah ada diskaun siap-siap



Lepas checkout, tunggu dalam 2 hari macamtu dah sampai. Delivery partner F&N ni siap whatsapp dulu sehari sebelum hantar. Makanya takde la barang tu sampai tapi takde orang kat rumah kan. Masa barang sampai depan pintu rumah, mama tengah dukung Hayder. Adik yang hantar tu siap letakkan barang tu dalam rumah terus. Wahh, terima kasih la dik uiii.





Unboxing F&N Masak Masak Raya Bundle


Okay, jom kita tengok apa dalam pakej kegembiraan ni. Macam biasa budak-budak ni eksaited lebih sebab diorang ingat mama beli toys kat diorang.



Hayder tak sabar nak unboxing ni mama




Unboxing timeee



Barang dalam keadaan elok




Melemang dan merendang la kita nanti awak




Green packet pun ada, boley bagi wit raya




Barang masak Raya doneee



Apa lagi yang menarik dalam Aplikasi F&N Life ni?


Tak abes lagi u olzzz, ada lagi yang best dalam apps ni. Korang boleh tengok resepi menarik dalam ni. Semua resepi ni berasaskan barang-barang keluaran F&N, sedap-sedap semuanya. Nanti mama pun nak try buat jugak. Korang tunggu next entry mama share resepi plak, hehe tunggguu.


Resepi pun ada





Haihh terliur pulak tengok time bulan-bulan pose ni





Maklumat lanjut:



Facebook: F&N Life

Instagram: fnlife




2 comments:

Shafyqah Azahar said...

wow mudahnya! nak beli la satu 🤩🤩

Cik Puan Ena said...

Senangnya ada apps. Boleh order je