Wednesday, May 5, 2021

Mudah Bayar Zakat Online Melalui Bank Islam

 

Tinggal beberapa hari je lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Rasa sekejap je Ramadan nak berakhir, di tambah pula dengan pandemik yang melanda dunia ni memang menambahkan lagi la keresahan semua. Bilalah nak berakhir semua ni kan?

 

Harini mama nak cerita tentang pengalaman mama bayar zakat masa mula-mula dulu. Memang agak leceh juga sebab kena pegi pejabat zakat terus, nak cari parking lagi, nak tunggu nombor giliran lagi. Masa tu pula tak reti lagi nak bayar-bayar online ni, jadi buat aje la kaedah biasa ni bayar kat kaunter bayaran zakat.  

 

Tapi sekarang ni dah senang sangat nak bayar zakat, online je. Dah tu pulak mama tengok sekarang siap ada truck zakat bergerak lagi, haritu nampak kat depan Ampang Point. Senang sangat merata-rata ada kemudahan bayar zakat.

 


Tunaikan zakat ni dapatlah ringankan beban pada orang-orang yang memerlukan. Sebab dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Jadi marilah kita sama-sama bayar zakat supaya berkat pendapatan yang kita perolehi dan dapat juga menyucikan harta yang kita miliki.


Syarat-syarat Berzakat


Ok tu pengalaman bayar zakat, ni mama share pulak syarat-syarat wajib berzakat untuk info bersama:


1. Islam

Untuk yang beragama Islam sahaja zakat difardhukan. Jadi sekiranya orang bukan Islam menunaikan zakat, maka zakat mereka tidak sah kerana tidak mempunyai ciri-ciri ibadat

 

2.   Pemilikan Sempurna

Bermaksud pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk mengurus dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-undang dan peraturan.

 

3.       Cukup Nisab

Merupakan kadar minimum pemilikan harta yang mewajibkan zakat dikenabayar ke atas harta tersebut.

 

4.       Cukup Haul

Haul merupakan tempoh setahun iaitu 12bulan qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.


5.       Harta Yang Berkembang

Harta yang berkembang bermaksud harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki atau boleh diusahakan.


Bayar Zakat Menggunakan Bank Islam






Senang je bayar zakat menggunakan online ni. Kalau korang mempunyai akaun Bank Islam, klik je untuk transfer dan dah boleh mula bayar zakat tu. Mudah kan? Tapayah beratur panjang-panjang dan ambil cuti semata-mata nak uruskan pembayaran kan. Jimat masa dan tenaga guna online ni.                      

Jadi takde alasan lagi untuk korang tak bayar zakat tau, sebab banyak platform dah sekarang ni. Semua dihujung jari je.

 


Jom Zakat Cashless Di Bulan Ramadan

 

Bulan Ramadan ni agak penat sikit nak beratur lagi, nak jaga jarak dan SOP lagi. Jadi jom la kita bayar zakat cashless je. Semua guna online kan senang. Tapayah beratur panjang, sambil mengurangkan kadar kesesakan kat bank sama.





LZS sekarang ni sedang menganjurkan Jom Zakat Cashless sepanjang Ramadan sempena Kempen Pay Smart Stay Smart. Kempen ni berlangsung bermula 13 April hingga 12 Mei 2021. Korang juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM15,000 tau. Mana tau ada rezeki korang, rezeki kan tak salah alamat.

 

Caranya mudah je, bayar zakat secara online melalui online banking, e-zakat pay atau branch, mobile banking, ATM Machine atau e-wallet, tak kisah mana-mana yang penting cashless.


Lepas tu korang imbas QR code menerusi borang di link ni.


Jangan lupa daftar zakat online di ezo.zakatselangor.com.my    

 



1 comment:

Ikhwan said...

Terima kasih kerana berkongsi... nampak senang juga nak bayar zakat