Monday, December 20, 2021

Dagu Lebih Runcing dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Dwi Serum

Macam dah lama tak share pasal produk muka yang mama guna. Kebizian sangat lately, harini baru sempat nak share pasal produk terbaru yang mama guna dari Safi.

Dulu masa zaman muda remaja, mama suka guna produk Safi. Sebab harga mampu milik, diyakini halal, bersih dan suci. Ingatkan berakhir kat situ je jodoh mama dengan Safi ni, rupanya semakin meningkat usia ada lagi keluaran Safi yang sesuai dengan kulit mama ni. Mama tertarik sangat sebab Safi ni mengimbau kembali ke zaman remaja mama di kampung dulu. Jaga muka secara rutin walaupun masih remaja masa tu, kena cari produk yang tak terlalu mahal tetapi berkesan.



Safi Jenama No. 1 Di Malaysia yang diyakini Halal


Mama memang suka Safi sebab ianya merupakan jenama produk kulit No. 1 yang diyakini halal di Malaysia. Safi sentiasa memperkenalkan teknologi terbaru yang diiktiraf secara klinikal dan saintifik untuk meningkatkan kualiti dan jenama Safi. Jadi mama memang gunakan Safi ni tanpa was-was, sebab diyakini halal dan bersih.



Safi Youth Gold Keluaran Terbaru


Kalau korang nak tau, Safi baru launch produk terbaru diorang iaitu rangkaian produk Safi Youth Gold. Safi Youth Gold ni merupakan produk anti-penuaan, menegangkan kulit muka yang diupgrade dari produk terdahulu iaitu Safi Rania Gold. Makanya, produk Safi Youth Gold atau nama manjahhh / singkatannya SYG ni mestilah mempunyai ciri-ciri yang lebih baik untuk korang-korang yang semakin meningkat umur macam mama ni :). Harus la kan kena jaga sebab makin berumur, kulit pun makin kendur dan timbul pulak garis halus sana sini. Walaupun memang la boleh filter guna Apps kat handphone tu, tapii kalau kita tengok muka sendiri live kat cermin pun dah macam nak pengsan, acaner kan? hehehe



Safi SYG





Formulasi yang dipertingkatkan dari Safi Youth Gold ini sesuai untuk korang-korang yang berumur 30 hingga 50 tahun kerana di usia begini kadar kolagen dalam badan semakin menurun. Jadi kedutan dan garis halus akan lebih banyak menyebabkan kulit nampak tidak bermaya. Packaging Safi Youth Gold pun memang cantik, menarik kau memang da boom kali ni di mana ianya menggunakan kombinasi warna dark purple dan emas. Memang aumm sangat colour ni, mama likeyyy. Harga pun affordable dan nak dibandingkan dengan kesannya memang berbaloi sangat kalau korang cuba. 







Cantik kan packaging SYG



Safi Youth Gold memperkenalkan produk mengikut keperluan pengguna masa kini yang membantu mengurangkan penuaan kulit seperti dagu berlapis dan kulit kendur yang boleh menjadikan wanita moden hilang keyakinan diri. Safi Youth Gold Lifting Golden C Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser mampu mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit. Kulit akan kelihatan semakin muda apabila kulit tegang, rata dan semakin glowing. Pengurangan double chin telah dibuktikan melalui 50% pengguna yang telah menggunakan Safi Youth Gold Lifting Golden C Serum






Warna dark purple dan gold nampak mewah



Harganya korang boleh tengok bawah ni: -

Lifting Golden C Serum - RM59.00
Lifting 24K Serum Cleanser - RM19.80




Kecil-kecil cili padi, kalau nak dagu runcing cuba sendiri :) 
ewahh berpantun pulak hehe





Packaging yang kemas dan produk telah diuji secara klinikal dilabelkan di kotak






Wanita berkerjaya dan housewife sesuai sangat cuba sebab tugasan korang yang super busy






Kelebihan Safi Youth Gold yang Korang Perlu Tahu


Korang mesti suka Safi Youth Gold ni sebab banyak kelebihan antaranya:-

  1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur
  2. Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit
  3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus
  4. Diformulasi dengan teknologi Golden C-Lift, kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24Kyang lebih berkesan dari Vitamin C biasa
  5. Formulasi tidak melekit/ berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit
  6. Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabunga Golden C & Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit: 
  • Menegangkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan 
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Melindungi kulit dari pengoksidaan
  • Meningkatkan kehalusan kulit
  • Memperbaiki kulit rosak
Ianya berdasarkan ujian saintifik dan klinikal

     7. Harganya juga berpatutan iaitu RM59.90 dan boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons,         Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee dan                 Lazada.





Cara Penggunaan Safi Youth Gold 




Senang je nak guna SYG ni






Tekstur tidak melekit dan mudah meresap







Titiskan pada pipi, dagu atau bahagian muka yang kendur







Dap dap hingga meresap ke dalam lapisan kulit
Korang boleh tengok perubahannya sepantas 15 minit
Cubalah sendiri :)





Kalau korang nak dagu runcing dan tirus jom dapatkan di : -


Lifting Golden C Serum : https://bit.ly/3izM0fm


Lifting 24K Serum Cleanser : https://bit.ly/3FpssEj




2 comments:

dorsett pink said...

Wow! Dagu lebih runcing. Menarik ni

Hoki88 said...

Terima kasih atas infonya bossku